Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN MUZIK DIJEMPUT SERTAI 'M3 BATTLE OF THE BANDS'


Pusat membeli-belah terbaharu, M3 Shopping Mall yang terletak di Taman Melati dengan kerjasama Kelab Buskers Malaysia (MYBC) akan menganjurkan pertandingan ‘ M3 Battle of the Band’ bertujuan menghargai bakat pemuzik anak muda di samping mewujudkan elemen muzik sihat dan berkualiti.

‘M3 Battle of the Band’ dijangka akan bermula pada 12 hingga 14 Ogos ini di mana pihak penganjur mensasarkan kira-kira 50 kumpulan muzik akan bersaing.

“Setekat ini kira-kira 30 kumpulan telah berdaftar dan kami masih membuka peluang kepada lebih ramai lagi kumpulan untuk menyertai pertandingan yang julung kali diadakan di pusat membeli-belah M3 Mall ini, “ ujar Presiden MYBC,  Encik Wady Hamdan  (tengah) pada sidang media yang berlangsung petang Isnin tadi..



Menurutnya, setiap kumpulan akan bertanding pada kategori saringan terlebih dahulu yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Ogos bermula jam 4 petang hingga 10 malam.

“Juri professional yang dipilih akan  turut diketuai juri tetap, iaitu Radhi OAG  dan mereka akan memilih hanya 6 kumpulan yang layak ke peringkat akhir pada 14 Ogos,” tambah Wady.

Dengan mendaftar  sebanyak RM50 sahaja, peserta berkumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu pilihan bergenre bebas dengan gaya tersendiri.

Dalam pada itu, penganjur turut mendapat kerjasama daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan tujuan menjadikan masa hadapan industri muzik terus sihat dan bebas dadah.

Untuk itu, pihak AADK akan mengadakan pameran selama tiga hari berlangsungnya pertandingan sebagai langkah menyampaikan kesedaran mengenai bahayanya dadah.

“Kita mahu menghargai bakat pemuzik di kalangan anak-anak muda dan mewujudkan elemen muzik sihat lagi berkualiti tanpa melibatkan unsur dadah,” tambah Tengku Hanizar Tengku Awang, Pengarh AADK KL.




Turut bersama, Encik  Nadimie Jamsani, Pembantu Pengurus Mall (dua, kanan), Encik Paul Phong, Galaxy Expo, Advertising Consultant (kanan) dan Mohd Norsyakirin Jamsari, Ketua Pengarah Operasi Matic.Fm.(kiri)

Bagi pihak M3 Mall yang baharu dibuka pada hujung bulan Januari lalu, Nadimie memaklumkan M3 sangat komited  untuk menjadikan pusat membeli-belah itu sebagai hub anak-anak seni berkarya.

“Pertandingan  ini adalah langkah awal bagi mewujudkan suasana tersebut dan kami akan memberikan kerjasama sebaik mungkin bagi menjayakan program ini, “ jelas  Nadimie.

Bagi kumpulan –kumpulan muzik yang masih belum berdaftar bolehlah menghubungi pihak penganjur di mana hadiah lumayan berupa wang tunai disediakan.

Juara ‘M3 Battle of the Band’ bakal  membawa pulang wang tunai RM3,888 diikuti RM2,188 untuk Naib Juara dan RM1,288 bagi tempat ketiga berserta trofi untuk semua.

Menurut Wady, slebriti dan ikon muzik generasi muda, Radhi OAG akan bersama sepanjang tiga hari pertandingan bersama  empat lagi barisan juri undangan professional yang lainnya.

Bagi memeriahkan lagi suasana, M3 Mall akan menyediakan ruang jualan ‘booth’ berukuran 10 x 10  bagi mereka yang berminat berniaga pada kadar RM200 untuk tiga hari.

Maklumat lanjut mengenai cara pendaftaran dan pertandingan boleh menghubungi Asrul (010 5127822), Ain 017 6493672 atau layari laman facebook dan Instagram  My Buskers Club.