Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MASTERCHEF AUSTRALIA MUSIM KE 8 KEMBALI DI LIFETIME ASTRO 709

KARMEN Lu... pakar pembuat 'dessert'.

Kembali untuk musim ke-8, MasterChef Australia tahun ini bakal membawa yang terbaik dan menggabungkannya dengan lebih ramai tukang masak jemputan antarabangsa yang terkemuka, bakat baharu yang menyerlah dan cabaran menarik untuk menjadikan siri ini benar-benar mengagumkan.  

Juri MasterChef Australia Gary Mehigan, Matt Preston dan George Calombaris kembali untuk berkongsi bakat unik dan kebolehan mereka dengan kumpulan peserta yang terbaharu ini, menggalakkan dan mencabar mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk memasak dengan lebih bijak, melahirkan kreativiti dan mengatasi segala halangan. 

Masterchef musim ke 8, KARMEN Lu,.

24 peserta terbaik mesti bersedia untuk cabaran getir dari tukang masak jemputan paling terkemuka yang bakal muncul untuk mencabar dan memberi inspirasi terbaik kepada para peserta untuk julung kali.

Pemenang bukan sahaja akan memperolehi pengalaman amat berharga dan gelaran MasterChef Australia 2016 tetapi juga bakal memenangi wang tunai $250,000 serta ruang bulanan dalam majalah makanan terkenal Australia, ‘Delicious’.  

Musim ini juga memperkenalkan segmen baharu iaitu kotak misteri pilihan istimewa penonton, di mana bahan masakan dalam kotak telah dipilih oleh peminat MasterChef Australia melalui laman media sosial.  

MasterChef Australia adalah pertandingan memasak yang unik; ia merubah kehidupan, memberi inspirasi kepada orang ramai dan memikat hati tukang masak terbaik dunia.

Penonton boleh menyaksikan Masterchef Australia musim ke 8 ini apabila ia ke udara di saluran Lifetime Astro 709 setiap hujung minggu jam 8 malam.