NORA DANISH 'JATUH CINTA' SELFIE DENGAN OPPO F1s
Sebelum diperkenalkan atau pun lebih tepat dilancarkan kepada khalayak, promosi telefon pintar terbaharu daripada OPPO iaitu OPPO F1s cukup aktif.
Boleh dikatakan siaran akhbar mengenai kehadirannya tidak putus-putus sampai ke pangkuan Kak Fas dengan tujuan agar ia disiarkan.
Kak Fas sudah pun menyiarkannya dalam ruangan 'Product/Tech' sebelum ini.
Dan kerana itu juga apabila tibanya undangan untuk ke majlis pelancaran telefon bimbit yang memperkenalkan pelakon Nora Danish sebagai 'Miss Oppo' iaitu duta kepada Oppo F1s, sudah tentulah Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang menyaksikannya.
Wah! Kemeriahan majlis sudah dilihat lebih awal lagi apabila tempat parkir kereta pun penuh dan sesak. Mana tidaknya, pelancaran rupa-rupaya bukan hanya bersama pihak media dan tetamu jemputan tetapi turut dihadiri seluruh ejen jualan OPPO seluruh negara.
Mana tak penuh tempat parkir? Memang luar biasa keadaannya waima kesemua ejen-ejen terlibat lengkap berpakaian baju t yang tertera tulisan OPPO F1s.
Jika di bawah pun dah penuh dengan kereta apatah lagi bila naik ke ruang Dewan Nexus Connexion,...sesak juga. dengan ratusan manusia menanti.
Pendekata, nak cari meja pendaftaran media pun kena melalui celah-celah ramai dan perlu bertanya jika tidak memang payah nak nampak.
Dan sementara menunggu pintu dewan dibuka, ramai mengambil kesempatan berselfie, berfoto di ruang papan OPPO mahu pun sekadar menjamu selera. Boleh dikatakan 'happening' lah petang itu.
Lebih-lebih lagi apabila ada pertandingan foto di mana tetamu yang mengambil gambar boleh 'upload' foto masing-masing dalam laman sosial bagi memenangi sebuah telefon bimbit OPPO F1s. Mereka perlu hashtag #OppoF1s, #SelfieExpert dan #OppoMalaysia serta 'like' facebook Oppo Malaysia bagi melayakkan mereka bertanding. Khabarnya gambar dan slogan menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Sehingga berita ini ditulis Kak Fas belum dapat maklumat apakah sudah ada pemenangnya.
Pun begitu, pelancaran F1s menepati slogannya 'SelfieExpert' apabila dutanya, Nora Danish aka Miss Oppo melakukan demonstrasi bagaimana melakukan selfie dengan telefon tersebut.
"Saya memang suka selfie dan telefon ini banyak membantu. Saya boleh pilih perisian mana dari 1 hingga 7 untuk mencantikkan lagi wajah. Saya selalu pilih nom 4 kerana itu sudah cukup memberikan wajah saya nampak licin dan berseri', ujar Nora mengenai ciri keistemwaan Oppo F1s yang dimilikinya.
Telefon pintar terbaru, F1s ini dilengkapi kamera depan 16 megapiksel bersama f2/0 yang turut disediakan bersama perisian Beautify 4.0 sesuai kepada individu yang gemar berselfie.
Kamera belakangnya pula beresolusi 13 megapiksel f/2.2 dengan kemudahan dua slot kad SIM dan satu slot kad mikroSD.
Kak Fas dah cuba mode 'selfie' yang dikatakan Nora... memang menarik... anda boleh 'adjust' bagi mendapatkan tona wajah apa yang diinginkan... nak putih ke... kemerah-merahan ke... semuanya boleh.
Yang perlu dilakukan cuma menarik bahagian bawah yang tertera mode dari nombor satu hingga tujuh...
Seperti kata Nora, dia suka memilih perisian nombor 4 untuk kelihatan berseri dan 'flawless' ujarnya....
Didatangkan dengan bateri 3075 mAh dan fungsi pengecas pantas VOOC, F1s dijual pada harga mampu milik RM1,198.dengan pilihan warna emas atau emas ros,
Oppo F1s yang mempunyai skrin 5.5 ini dengan RAM 3GB serta storan 32GB akan mula dijual pada 20 Ogos. Anda tentu tidak sabar nak cuba 'berselfie' dengan F1s ni kan? Jadi tunggulah pada tarikh berkenaan....cuma dalam seminggu je lagi...sabor ya kalau nak nampak cantik macam Nora Danish gitu?
Apa pun yang penting Nora Danish aka Miss Oppo ini tetap kekal menjadi duta bagi Oppo selepas kejayaan model sebelum ini, Oppo F1.
Baca berita lanjut mengenai OPPO F1s dalam ruangan 'Product/Tech' selepas ini ya...atau untuk maklumat lanjut layari http://www.oppo.com/my/.

BERSAMA rakan-rakan media lain..... |