PANDORA PERKENAL PRODUK MELALUI PEMENTASAN 'MUD'.
Apabila mendapat undangan daripada Yuhanis untuk ke majlis pelancaran barangan kemas, Pandora Malaysia (Pandora) di Panggung Bandaraya DBKL baru-baru ini, Kak Fas terfikir juga kenapa agaknya Pandora memilih bangunan warisan yang pernah satu ketika dahulu menjadi pejabat lama Dewan Bandaraya beserta panggung.
Sebenarnya bertahun-tahun lamananya Kak Fas tidak masuk ke panggung bandaraya ini… ia membawa nostalgia kala terakhir rasanya melihat persembahan di situ ialah sewaktu ayah Kak Fas membawa Kak Fas (semasa remaja) melihat sebuah persembahan amal untuk S.M. Salim ketika itu yang kehilangan isteri tercinta disebabkan satu kemalangan.
Kak Fas masih ingat lagu ‘Takdir’ yang dinyanyikan S.M. Salim (kini Tan Sri). Sedap tetapi cukup sedih lagu itu yang dinyanyikan Tan Sri khas untuk arwah isterinya….
Apa pun sekembalinya Kak Fas ke dalam Panggung Bandaraya kali ini atas undangan Pandora difikirkan untuk melihat pertunjukan fesyen produk Pandora… tetapi sangkaan itu meleset.
Rupa-rupanya pelancaran produk Pandora dibuat dalam format baharu dan lain daripada kebiasaannya.
Kali ini Pandora ‘berhijrah’ ke alam ‘sejarah’ bersama pementasan teater muzikal MUD: Our Story of Kuala Lumpur yang merupakan cerita mengenai kehidupan tiga sahabat Mamat, Meng dan Muthiah berlatarbelakangkan era tahun 1881,iaitu tahun Kuala Lumpur diterokai.
diubah mengikut kesesuaian.
Syarikat produksi teater terkenal tanahair,
Enfiniti Vision Media bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mementaskan teater muzikal bertajuk MUD: Our Story Of Kuala Lumpur (MUDKL) di Panggung Bandaraya.
MUD merupakan teater muzikal yang menceritakan mengenai kehidupan tiga sahabat Mamat, Meng dan Muthiah berlatarbelakangkan sekitar tahun 1881, iaitu tahun Kuala Lumpur diteroka.
Rupanya, Kak Fas agak ketinggalan. Ceritera kisah Kuala Lumpur ini sebenarnya sudah dipentaskan sejak Julai 2014 dan telah diarahkan oleh Amsalam Doraisingam (versi asal) dan Pat Ibrahim (versi 2.0).
Kini, teater itu diberi nafas baharu dengan sentuhan Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai pengarah dan Presiden Enfiniti Vision Media dan akan dipentaskan sepanjang tahun bermula 7 Julai lalu.
Cuma pada 21 Julai lalu, Kak Fas bekesempatan menonton MUD, itu pun atas undangan PANDORA.
Dan ternyata, apa yang Kak Fas tonton adalah sebuah muzikal teater yang bertaraf kelas pertama. Sempena pelancaran produk PANDORA, pementasan diubah suai dengan barisan pelakon memakai produk PANDORA.
Malah skripnya pun diolah bagi menyelitkan produk PANDORA tanpa mengacau bilaukan cerita asal MUD: The Story of Kuala Lumpur.
Walau pun, pada hakikatnya PANDORA masih belum wujud pada zaman itu sehingga tahun 1982, namun ironi dan mesejnya tetap mampu memikat hati penonton sejajar dengan tema koleksinya tahun ini iaitu ‘Meraikan persahabatan’ sempena menyambut ‘United Nations’ International Day of Friendship’.
Hakikat ini sama seperti perjuangan tiga sahabat berlainan bangsa dalam ‘MUD” - Mamat, Meng dan Muthiah.
Syabas, harus diucapkan pada pihak produksi serta Kumpulan HABIB khususnya PANDORA yang diterajui pasangan Dato Meer Sadik Habib dan Datin Zarida Noordin yang mengambil kesempatan mempromosikan PANDORA seiring dengan pementasan MUD dalam suasan AIdilfitri.
Pementasan teater ini turut memberi peluang kepada penonton merasai sendiri pengalaman menjadi sebahagian penduduk asal Kuala Lumpur dengan berinteraksi dengan pelakon di pentas.
Dato Meer dan Datin Zarida turut diiringi ke pentas menjayakan sebahgian daripada segmen penceritaan iaitu memasak dan rewang sambil para pelakon memperkenalkan PANDORA, sebuah produk barangan kemas Danish daripada Copenhagen sejak 1982.
Sejumlah 38 pelakon dan tenaga produksi terlibat dalam pementasan berdurasi satu jam itu yang ditayangkan dua sesi sehari pada pukul 3 petang dan 8.30 malam di Panggung Bandaraya DBKL.
Orang ramai, khususnya generasi Y sekarang yang masih kabur tentang sejarah pewujudan Kuala Lumpur bolehlah berkunjung ke Panggung Bandaraya untuk menonton MUD: The Story of Kuala Lumpur
Tiket dijual dengan harga RM60 kepada pelancong dan tempatan RM45.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.mudKL.com.my atau laman Facebook dan Twitter MudKL.
Tetapi bagi pembeli dan pemakai setia PANDORA yang nak tahu lanjut mengenai produk terbaharu yang dilancarkan itu iaitu koleksi ‘High Summer’ dan ‘Pre Autumn’ boleh semak dalam ruangan ‘Product’ dalam blog Kak Fas ini….