SERTAI LARIAN MERAPOH SOKONG PEMELIHARAAN HUTAN TROPIKA
Adakah anda seorang pelari? Dan barangkali anda sedang mencari-cari tempat yang sesuai untuk berlari jauh dari hiruk piruk kebisingan kota…
JIka itu tujuan anda mungkin menyertai ‘Merapoh Forest Run 2016’ yang bakal diadakan di kawasan hutan hujan tropika di Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh, Kuala Lipis, Pahang pada 3 September 2016 depan, adalah langkah paling tepat.
Apa istimewanya ‘Larian Hutan Merapoh 2016’ (MFR2016) ini?
“Hanya pada larian ini peserta dapat berlari di dalam hutan hujan tropika yang dikelilingi udara segar. Jadi sambil berlari mereka dapat menghirup oksijen bersih daripada alam kehijauan sekeliling, “ ujar Kol Bersekutu (PA), Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina bt Syed Akil pada sidang akhbar ‘Merapoh Forest Run 2016’ yang berlangsung di Hotel Concorde, semalam..
Turut hadir, Dato Sri Mohamed Nazir Meraslam, Pengarah Projek MFR2016 merangkap Bendahari WSFFM.
Sebagai Presiden Women’s Sports And Fitness Foundation Malaysia (WSFFM) selaku pihak penganjur, Puan Sri Sabrina melahirkan harapan larian yang merupakan kali kedua dianjurkan pihaknya mampu mencapai sasaran penyertaan sehingga 1,000 peserta berbanding 700 orang tahun lalu.
Menurut Puan Sri, larian yang dillhamkan oleh beliau merupakan perlumbaan lari yang sangat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta kerana trek larian MFR2016 berbukit-bukau dan mencabar.
Namun begitu, sambung beliau, trek tersebut, yang melalui di tengah-tengah Taman Negara Pahang Sg. Relau mampu memheri satu kepuasan kepada peserta sambil menikmati keindahan khazanah alam yang berusia beratus juta tahun.
“Antara tujuan utama MFR2016 adalah untuk mendidik masyarakat rnengamalkan gaya hidup sihat melalui bersukan di samping menghargai hutan hujan tropika di negara ini. Selain itu, MFR2016 turut mempromosikan Taman Negara Pahang Sg. Relau dan Merapoh yang mempunyai beratus-ratus buah gua yang belum diterokai dan mempunyai pelbagai misteri yang belum terungkap, " ujar Puan Sri.
Beliau berhar lebih ramai atlet bertaraf profesional, amatur dan pencinta alam semulajadi akan menyertai MFR2016 selain mendapat sokongan pihak korporat dari aspek penajaan kewangan, hadiah atau barangan.
Seperti tahun lalu, MFR2016 pada tahun ini turut mendapat sokongan dari Tourism Pahang sebagai rakan usahasama utama dan disenaraikan di dalam kalendar Tahun Melawat Pahang 2017.
Selain itu, Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, Tourism Malaysia Pahang, Perhilitan, Taman Negara Pahang, Jabatan Bella & Sukan Malaysia dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) turut menjadi rakan kerjasama.
DI samping itu, MFR2016 tidak ketinggalan mendapat sokongan penuh dari Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang, Pejabat Daerah & Tanah Lipis serta Malaysia Tourism Council (MTC).
Pihak penaja pula meliputi Revive dan Bleu (minuman isotonic dan air mineral), Ultron (t-shirt rasmi), Tanah Aina Resort dan Mutiara Taman Negara Pahang (pakej percutian).
Atas permintaan dan sambutan baik pada tahun lepas, MFR2016 kali ini akan menambah lagi dua kategori iaitu 12km B17 Lelaki Terbuka dan 12km B17 Wanita Terbuka yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar dan remaja berusia 14 – 17 tahun.
Empat kategori yang turut dipertandingkan adalah 25km Lelaki Terbuka, 25km Wanita Terbuka, 15km Lelaki Terbuka dan 15km Wanita Terbuka di mana syarat penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia, Asia dan pemastautin di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas.
Keseluruhannya, MFR2016 menyediakan enam kategori iaitu:
- 25km Terbuka Lelaki - RM80/seorang
- 25km Terbuka Wanita - RM80 seorang
- 15km Terbuka Lelaki - RM50/seorang
- 15 km Terbuka Wanita - RM50/seorang
- 12km B17 Terbuka Lelaki - RM40/seorang
- 12km B17 Terbuka Wanita - RM40/seorang
Selain hadiah wang tunai, pemenang pertama hingga kedua belas layak membawa pulang hadiah menarik serta pakej percutian yang kesemuanya bernilai lebih RM25,000/
Kepada sesiapa yang berminat menyertai MFR2016, pendaftaran boleh dibuat secara online di www.wsffm.com/regmfr16 atau hubungi terus Setiausaha Agung WSFFM, Saudara Arizal Ab.Rahman di talian 601112249782 atau Izuan (60179321899) atau Naziera (60134668109).
Borang MFR2016 dan makiumat berkenaan MFR2016 boleh di perolehi melalui Facebook WSFFM atau Merapoh Forest Run.
Tarikh tutup ditetapkan pada 15 Ogos ini jadi cepat berdaftar sebelum terlambat.
Kak Fas yakin pencinta alam dan pelari akan menikmati sebuah larian yang bukan sahaja mampu memberikan pulangan lumayan tetapi kesihatan yang sempurna waima berada di sebuah kawasan hutan tropika yang segar dan bersih seperti Merapoh.
Sambil berlari anda juga menyumbang ke arah menyokong pemeliharaan hutan tropika yang kini semakin pupus diterokai insan yang tidak prihatan terhadap alam semula jadi demi kerakusan mereka terhadap pembangunan.moden.