Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ABSTRAX HARAP PIHAK BERKUASA KAWAL CETAK ROMPAK JENAMA TEMPATAN

DR. FAIZ dan duta Abstrax, Beto Kusyairy di Abstrax Headquarters Shah Alam baru-baru ini. Pix - Mr. Jocko.

Jenama tempatan yang semakin meningkat naik, #Abstrax baru-baru ini telah melancarkan koleksi terbaharunya, menampilkan jersi 'Vottex' untuk Selangor dan Johor.

Pelancaran jualan kedua jersi berkenaan telah berlangsung sempena pembukaan ibu pejabat Abstrax 'Abstrax Headquarters' yang kini beroperasi dalam sebuah bangunan tiga tingkat di Shah Alam.


Abstrax juga mempunyai  cawangan 'concept store' mereka di Bangsar serta laman web bagi jualan dalam talian mahu pun sebuah trak untuk jualan 'roadshow' seluruh Malaysia.

Dengan pelancaran dan langkah serius Abstrax melahirkan jenama tempatan, CEO Abstraxjingga, Dr. Faiz Izwan berharap tiada cetak rompak ke atas produk-produknya dilakuka secara besar-besaran.

"Memang ada berlaku cetak rompak pada beberapa desain kami seperti #MASterpiece yang mendapat jualan laris di mana baju t itu adalah kolobrasi Abstrax bersama Malaysia Airlines namun kami berharap pihak berkuasa mengambil langkah serius dalam menangani isu ini agar anak-anak tempatan yang berusaha keras melahirkan jenama sendiri dapat perlindungan sewajarnya," ujar Dr. Faiz.

Koleksi Jersi Abstrax "Vortex" Selangor dan Johor di bawah tagline "Never Afraid" boleh diperoleh dalam dua versi iaitu RM90 untuk lengan pendek dan RM100 (lengan panjang).

Koleksi Jersi terbaru ABSTRAX Vortex ini boleh didapati di ABSTRAX Shah Alam dan ABSTRAX Concept Store Bangsar atau secara Online. Harga ABSTRAX Vortex ini dijual dengan RM90 (short sleeve) dan RM100 (long sleeve). Pelanggan juga boleh menempah nama khas dengan harga tambahan dari RM25.


Bagi mereka yang tinggal di luar kota boleh membuat tempahan dalam talian dengan melayari laman web : www.abstraxjingga.com atau melalui laman facebook di http://www.facebook.com/abstraxjingga.

Baca lanjut mengenai kenapa hanya Selangor dan Johor terlebih dahulu di hasilkan oleh Abstrax pada ruangan 'Fashion & Event"  dalam blog Kak Fas ini seterusnya....


BLOGGER Mr. Jocko tidak mahu ketinggalan mencuba  baju Abstrax #MASterpiece #Malaysia Airline yang tidak akan diulang lagi pengeluarannya lantas menjadikan baju t ini eksklusif pada sesiapa sahaja yang memiliknya.