Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOLEKSI 'COACH 1941 MENS FALL' KINI DI PASARAN


Apabila memasuki butik jenama COACH terletak di Suria KLCC baru-baru ini ... ingatan Kak Fas sudah tentu melayang ke negara asal kelahirannya iaitu di Amerika Syarikat.

Masih teringat sewaktu dibawa  melawat ke Factory Outlet di Austin, Texas lebih kurang 5 tahun lalu, Kak Fas sempat meninjau ke butik COACH di situ.

Nak masuk ke butik itu pun kena beratur panjang, maklumlah jenama COACH antara yang menjadi pilihan bukan sahaja rakyat Amerika malah pelancong-pelancong asing  yang hadir ketika itu.

Melihat desain-desainnya yang bukan sahaja cantik dan berkualiti membuatkan Kak Fas terpaut dan jatuh hati dengan COACH apatah lagi harganya sudah tentu lebih murah berbanding membelinya di Malaysia.

Jadi kata orang, apabila hati sudah suka, hendak tak hendak terpaksa juga membeli satu buat kenangan kata orang ya tak...

Okey, lupakan cerita lama.... ni Kak Fas nak membuka cerita baharu.

Baru-baru ini Kak Fas mendapat jemputan menyaksikan koleksi terbaharu COACH tetapi bukan untuk kaum wanita tau..... koleksi menghampiri musim sejuk untuk kaum lelaki atau lebih tepat dinamakan koleksi 'Coach 1941  Mens Fall 2016'.

Ya... jangan ingat perempuan sahaja tahu nak bergaya.... lelaki sekarang pun dah bijak memilih jenama ekskusif dan bermutu.

Sebaik sahaja tiba ke butik COACH untuk lelaki,Kak Fas dan rakan-rakan media lain dibawa keliling dan diberikan penerangan berhubung dengan koleksi terbaharu COACH yang sebahagian daripadanya  memperlihatkan desain eksklusif.lagi unik dengan motif dinasaur.

Walau pun mencecah harga ribuan ringgit namun ciri unik dan nilai eksklusif yang direka pada setiap produk COACH samada koleksi bag, kasut, baju sejuk,jam tangan dan pelbagai lagi memperlihatkan elemen estetika sesuai dengan kemodenan hiasan dalaman butik berkonsep ini.



Bagaimana pun, Kak Fas tertarik dengan sebuah bag yang sungguh pun ia koleksi untuk lelaki tetapi rasanya sesuai juga untuk perempuan. Cuba tengok ni... sesuai kan?


.
Ini adalah bag stail 'Gotham Tote Denim' dengan mofif 'wild beast' berkulit corak 'pebbles' 

Baca deskripsinya dalam BI  untuk keterangan lebih jelas..


'Our Exclusive Wild Beast Camo Print lends graphic style to this simple, vintage -nspired leather tote.Its unlined interior is waxed for a smooth finish and outfitted with a drop pocket for small essentials.The leather wrap construction at the bottom of the bag gives the design added durability and structure. '

Harganya RM 3,000.

Apa pun bagi pembeli setia COACH... banyak lagi sebenanya yang Kak Fas nak kongsikan mengenai produk-produk terbaharu daripada COACH ini...jadi tunggu ya cerita selanjutnya dari Kak Fas dalam ruangan  'Produk & Tech'  dan lihat beberapa lagi kepingan gambar serta deskripsi produk COACH untuk lelaki yang mungkin salah satu daripadanya anda meminati

Apa pun bagi pembeli setia COACH... jika nak tahu cerita lanjut apa kata selak ruangan Produk & Tech  dan lihat beberapa lagi kepingan gambar produk COACH untuk lelaki yang mungkin salah satu daripadanya anda meminati.