#KONSERT3SUARA KEMBALIKAN NOSTALGIA, HARUS TONTON
Dato Jamal Abdillah, Zamani Slam mahu pun Ameng Spring antara tiga nama penyanyi yang memiliki vokal mantap dan yang pasti antara yang Kak Fas suka.
Dan Kak Fas percaya anda pun sama. Raja Pop Jamal dengan suara emasnya hanya ada satu, begitu juga kemerduan dan kelunakan suara Zamani serta Ameng tiada ganti. Sukar bagi mana-mana penyanyi lain yang mahu meniru suara mereka.
Mereka mempunyai keunikan suara yang tersendiri - lemak,merdu dan yang utama vokal mantap.
Dan apabila ketiga-tiganya digabungkan atas sebuah pentas berprestij seperti Istana Budaya sudah tentu tiada siapa yang tidak mahu melepaskan peluang menonton gabungan tiga 'sekawan' yang mempunyai sejarah dan liku-liku kehidupan sama sebelum ini.
Malah bagi adiknya sendiri juga, Jamilil Hayat yang diundang sebagai penyanyi tetamu sudah 16 tahun pula meninggalkan bidang nyanyian. Secara solo, beliau mendendangkan tiga buah lagu 'Gelora Cinta', 'Saat Terpisah' dan 'Mawar Putih Tanda Perpisahan'.
Apa yang menarik perhatian Kak Fas masa menonton prebiu Konsert tersebut sehari sebelum ia dibuka untuk tontonan umum, susunan persembahan dengan lagu pilihan dengan sendirinya menceritakan perjalanan kehidupan ketiga-tiga penyanyi.
Bermula dengan lagu "Mati Hidup Semula" yang merupakan lagu Jamal tetapi disampaikan oleh Ameng sebaik tirai dibuka dan diikuti pula oleh Zamani Ibrahim dengan lagu pembukaannya 'Kembali Merindu' dan seterusnya Jamal melalui "Aku Penghibur' secara ironinya melengkapi cerita mereka tersendiri.
Iya lah selepas keluar dari tirai besi, persembahan julung kalinya ini bagaikan 'mati hidup semula' manakala 'Kembali Merindu' juga menepati kehendak Zamani yang turut dilanda musibah sebelum ini. Manakala Jamal degan 'Aku Penghibur' memang layak menerima gelaran itu.
Dan persembahan seterusya menyaksikan ketiga-tiga mereka menghiburkan penonton dengan beberapa lagi lagu popular seperti antaranya "Bourgainvila" (Ameng), "Kembali Terjalin' (Zamani) mahu pun 'Kau Lupa Janji' (Jamal Abdillah).
Paling menarik dan syok menonton kata orang apabila ketiga-tiga mereka bersama dalam segmen 'battle' di mana mereka ‘berperang’ vokal menyampaikan lagu Isabella, Sampai Hati, Gerimis Mengundang dan Gadis Melayu.
Jika Jamal memuji Ameng dan Zamani bertukar-tukar lagu, beliau pula memilih untuk menyanyikan lagu Ziana Zain dan bukan lagu dari Zamani atau pun Ameng.
Dalam nada gurau kata Jamal, "saya kenakan anda berdua kerana saya tidak akan nyanyikan lagu Ameng mahu pun Zamani tapi akan nyanyikan lagu Ziana Zain, 'Kalau Mencari Teman'.
Kedua, Ameng dan Zamani sedar mereka terpedaya dan ini membangkitkan suasana gelak ketawa dari penonton. yang melihat gelagat serta senda gurau mereka.
Kak Fas percaya, mereka yang sudah pun menonton Konsert 3 suara' yang dianjurkan oleh syarikat Jamal sendiri iaitu Binjamal Event tidak akan pulang kecewa.
Konsert yang mendapat sentuhan pengarah muzik, Raja Mohd Sham memimpin lebih kurang 20 pemuzik profesional turut mengiringi lagu-lagu popular lain seperti 'Maria Mariana', 'Nur Kasih' dan 'Manisnya Rindu.' dari Zamani.
Daripada Ameng pula, beliau turut menyanyikan lagu 'Sejiwa' dan 'Sepi Tanpa Cinta'. Manakala vokal Jamal Abdillah diuji kemantapannya apabila menyampaikan lagu-lagu medley 'Ghazal Asmara', 'Ghazal Untuk Rabiah' dan 'Samrah Mentari' sambil diiringi penari latar IB.
Pndekata, konsert yang berlangsung selama dua jam tanpa henti itu memberikan pulangan wang yang dibelanjakan di mana tiket-tiket bagi menyaksikannya meliputi harga RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458.
'Konsert 3 Suara' bermula hari ini dan akan berakhir pada 25 September 2016 bersamaan hari Ahad.
Tiket-tiket masih boleh diperolehi melaluiwww.ilassotickets.com atau hubungi 03-21706333.
Kak Fas jamin anda pasti terhibur tau
dengan bukan sahaja persembahan mereka tetapi gelagat dan senda gurau mereka di pentas yang mampu mengeletik hati penonton.
Tak percaya? Pergi tengok... guarantee bagus! Terbaik!