Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ROADSHOW ANUAR ZAIN BERMULA DI MYDIN, SUBANG 9 OKTOBER

Apabila melibatkan 'jejaka idaman Malaya' ... siapa lagi jika bukan penyanyi hebat Anuar Zain, Kak Fas antara yang tidak akan lepas menghadiri apa jua majlis beliau khususnya sidang akhbar.

Dan baru-baru ini menerima undangan sahabat lama yang juga publisis bagi Anuar Zain, iaitu Sam Kassim, sudah tentulah Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang tersebut.

Dan ternyata seperti Kak Fas, media-media lain pun ramai yang hadir sebagaimana kata Anuar Zain, "tak sangka 100 peratus kehadiran pihak media hadir petang ini."

Memang benar, siapa tak mahu hadir ke setiap PC Anuar Zain apatah lagi bila melibatkan pelancaran album terbaharunya yang sudah lima tahun tidak merakamkan lagu baharu.

Malah pada majlis tersebut, kesemua para tamu dan media yang hadir mohon diperdengarkan kesemua lapan lagu di dalam album Anuar Zain dan bukan hanya singlenya 'Andainya Takdir" sahaja.

Tentu sekali permintaan sebulat suara menyaksikan kesemua hadirin berpeluang  menjadi individu  pertama mendengarkan kesemua lagu-lagunya yang memang ideal dengan suara lunak pemilik nama penuh, Shahrul Anuar Zain, 46 tahun ini.

Khabarnya, album kelimanya ini menelan belanja ratusan ribu ringgit dan mencipta sejarah sebagai album pembikinan AZ yang termahal sepanjang bergelar penyanyi.

Bagaimanapun, dia bertuah apabila dibantu dengan beberapa tajaan daripada syarikat korporat termasuk Wonder Glow, Mydin, Skin Glow, ERM dan Cuisine Inspire.

Album yang masih mengekalkan namanya 'Anuar Zain'  memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.




Sepajang mendengar ke semua lagu-lagu baharunya itu, Kak Fas bagaikan dibuai lena malah adakalanya rasa sayu apatah lagi bila mendengar lagu 'Hujan' nyanyian asal Allahyarham Sudirman yang dinyanyikan semula oleh Anuar dalam lentuk yang cukup dibuai syahdu.

Bukan Kak Fas sahaja tau rasa nak menangis malah Anuar Zain pun terusik emosinya apabila mendengar kembali beberapa buah lagu seperti 'Andainya Takdir' mahu pun lagu 'Kembali Padamu Illahi' dan lebih-lebih lagi apabila ditayangkan klip video lagu 'Andainya Takdir' ciptaan Helan Yap dan lirik Habsah Hassan.


Kalau tak percaya tontonlah  muzik video single berkenaan yang turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Eyra Hazali dan Syafiq M.Nazri,  mulai hujung minggu ini.dalam YouTube Vevo Anuar Zain.. pasti menyentuh perasaan tetapi jangan marah ia BERSAMBUNG..huhu...

Sudah pasti ramai yang sudah pun baca betapa Anuar Zain menitikberatkan kualiti dalam setiap pembikinan albumnya malah tidak pula memikirkan keuntungan.

"Saya melahirkan album bukan untuk mengaut untung tetapi sebagai penyanyi saya rasa puas jika dapat memuaskan hati peminat," ujar Anuar kala ditemui.

Sambungnya, "Saya tidak mahu fikir tentang untung rugi pada masa industri seni sekarang merudum kerana bagi saya ia adalah satu tanggungjawab sebagai anak seni kepada peminat-peminat yang mahu mendengar lagu-lagu saya. Peminat puas, saya puas."

Itulah Anuar Zain. Beliau mengakui setiap lagu yang dinyanyikannya melambangkan personalitnya, jiwanya dan kematangan dirinya.

"Apa yang anda dengar itulah jiwa saya. Sudah banyak kali juga saya cuba mencari lagu berentak laju tetapi akhirnya balada juga yang sesuai dan diminati peminat," ujar adik kepada Ziana Zain ini.


Ditanya mengenai dunia lakonan setelah melihat lakonannya yang mampu menjiwai watak seorang suami yang ditinggalkan isteri, dengan pantas Anuar berkata:

"Saya seorang penyanyi biarlah kekal sebagai penyanyi.Berlakon akan membuatkan saya lebih stress kerana perlu menjiwai watak yang diberikan. Saya hanya akan berlakon dalam video klip saya sahaja, sudah cukup," akuinya senyum.

Begitulah secebis bicara yang Kak Fas rasa cukup bagi mengukur kematangan dan kehebatan gerangan yang bernama Anuar Zain.

Barangkali anda juga sudah rindu untuk menemui jejaka yang masih bujang trang tang tang ini.?

Boleh sahaja.... sebab Anuar akan menemui peminatnya sepanjang sesi 'Meet & Greet' pada road-show yang telah dijad30ualkan untuknya sepanjang tiga bulan  bermula di Mydin Subang Jaya pada 9 Oktober jam 3 petang.

Pada waktu yang sama, lima lokasi pilihan  lain adalah seperti berikut:




  • 30/10/2016 -  Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang 
  • 06/10/2016 -  Mydin Meru Raya, Ipoh
  • 12/11/2016 -  Mydin Gong Badak, Terengganu
  • 04/12/2016 -  Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan
  • 17/12/2016 -  Mydin Pelangi Indah,Johor Bharu.

Album AZ akan dijual di 45 uah cawangan Mydin di Malaysia mulai 1 Oktober 2016. Dengan setiap pembelian CD di Mydin, anda akan berpeluang untuk bertemu Anuar Zain di sesi 'Meet & Greet' yang akan diadakan di setiap lokasi berkenaan.

Malah, Anuar Zain juga akan mengadakan persembahan bagi menghiburkan peminatnya di setiap lokasi.

Makluimat lanjut sila layari www.mydin.com.my dan juga laman facebook dan instagram anuarzainnetwork.

Anuar Zain dan ada instagram tau u alls.... jadi bolehlah berbicara dengan beliau tetapi jangan lah pulak masuk laman web itu untuk jual barang ya...

Laman sosial peribadi bukan untuk sesiapa sesuka hati memuat naik sebarang iklan bertujuan menjual barang ya tetapi untuk menyampaikan komen-komen positif.