ANUGERAH MELODI RAIKAN IKON HIBURAN -10 DISEMBER
Buat julung kalinya, program hiburan sensasi TV3, Melodi menganjurkan anugerah paling sensasi, Anugerah Melodi 2016 untuk meraikan 10 ikon hiburan yang bakal bersiaran secara langsung pada 10 Disember 2016 (Sabtu) dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.
MIRA FILZAH |
Setiap kategori telah senarai pendek 5 calon berdasarkan pengaruh dan pencapaian mereka di bidang masing-masing. Barisan pemenang bakal ditentukan melalui undian sepenuhnya oleh penonton di www.anugerahmelodi.com.my bermula pada 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016.
Anugerah utama (Ultimate Award) iaitu Personaliti Sensasi Melodi 2016 bakal meraikan personaliti sensasi yang berperwatakan menarik, memiliki aura, karisma dan daya tarikan yang luar biasa serta mampu memberi inspirasi kepada peminat dan masyarakat umum.
Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama &
Rancangan TV3 & TV9, “Sebagai sebuah program hiburan yang memberikan informasi terkini, sensasi, paling hangat dan tidak lekang dengan kupasan eksklusif, Melodi masih gah dan relevan sejak diperkenalkan pada tahun 1992.
AYDA Jebat & Shahrul Ridzwan |
Penjenamaan Melodi dan pengisian kandungan sering diperbaharui untuk menepati kehendak cita rasa jutaan penonton. Selama 24 tahun ini, para penggiat seni dan peminat tidak putus memberikan sokongan dan maklum balas terhadap program ini.
Jadi, Anugerah Melodi 2016 diadakan bagi memberi peluang kepada penonton kami terutama mereka yang membesar dengan Melodi untuk turut serta dan mengangkat personaliti hiburan paling sensasi sebagai pemenang.”
“Selain itu, kami juga memperluaskan pencalonan ke bidang sukan untuk mengangkat semangat skuad Olimpik dan Paralimpik negara yang telah melakar kemenangan dan mengharumkan nama negara di arena antarabangsa. Kami yakin bahawa Anugerah Melodi 2016 dapat menyebarkan semangat positif para penggiat seni dan menjadi inspirasi kepada penonton,” jelas Sherina lagi.
Bagi menyemarakkan lagi Anugerah Melodi 2016 yang bakal berlangsung pada 10 Disember 2016, Melodi turut memaparkan segmen istimewa tentang persiapan calon-calon dan kisah menarik di sebalik tabir pada setiap hari Ahad, pukul 12.30 tengah hari.
Anugerah Melodi 2016 turut disokong oleh TV9, portal video tonton, stesen radio Hot FM & Kool FM dan Studio 8. Sidang produksi Anugerah Melodi 2016 diterajui oleh Jamil Hassan selaku penerbit eksekutif dan Michelle Wee selaku penerbit.
AMYRA ROSLI |
AWAL ASHARI |
Undilah calon pemenang anda di www.anugerahmelodi.com.my bermula 31 Oktober 2016 hingga 30 November 2016. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, Twitter & Youtube TV3Malaysia.