Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EDRIE PUAS HATI DAPAT CUNGKIL ROCKERS 'GIGIT'


Nampak gayanya angka '3' masih menyengat dijadikan tajuk beberapa program. Jika kbaru-baru ini Kak Fas baharu sahaja menonton konsert 3 Suara yang menggandingkan Dato Jamal Abdillah, Zamani Slam dan Ameng Spring mahu pun terbaharu  menonton 'Konsert 3 Kejora Bertemu' melibatkan kumpulan Rabbani, Hijjaz dan Brothers, kali ini Kak Fas hadir lagi pada program yang menggunakan angka 3 iaitu "3 Juara'.


Kenapa tidak 4 atau 5... kenapa 3 agaknya... yang pasti angka 3 itu membawa pelbagai konotasi... tiga abjad digunakan untuk SOS apabila memohon bantuan, 'Saya sayang kamu' atau "I love you' pun ada tiga perkataan ya tak...jadi ringkasnya Kak Fas simpulkan angka 3 memang padan dan sesuai mahu pun ringkas baik digunakan sebagai angka sahaja atau pun sebaris ayat.

Ahad  lalu Kak Fas sempat menonton '3 Juara' yang menampilkan 3 generasi melalui 3 genre muzik iaitu rock, balada dan irama Malaysia yang mengetengahkan juga tiga komposer mewakili irama masing-masing iaitu Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hashim (Rock), dan Ajai (Balada). 



Dan tujuan mereka ini adalah untuk mencari 3 Juara bagi setiap 3 kategori yang dipertandingkan.

Ha tu dia... semuanya 3 tau....sampai ke pengacaranya pun 3 orang iaitu Mira Filzah, Issey dan Amar dari kumpulan TItan

Ok la cukup lah soal 3 ni...


Jadi pada Konsert Pengenalan 3 Suara yang baharu berlangsung, Kak Fas sempat singgah ke Plaza Alam Sentral untuk menyaksikan lapan peserta di bawah mentor mereka Edrie Hashim bagi mencari enam 'rockers' terbaik.

Kelapan-lapan yang dimaksudkan itu terdiri daripada Kudien, Rahra, Arill, Kelvin, Arul, Ayien, Eva Maria dan Indra.Putra. (teringat pemain bola Indra Putra lak).

Sejujurnya Kak Fas bukanlah berjiwa 'rock' sangat...tetapi kalau rock sentimental tu boleh lah namun ketika menyaksikan konsert perkenalan pertama  3 suara bergenre 'rock' ini ia seolah mampu membangkit semangat kental dalam jiwa.

Jadilah kalau rasa kental dalamjiwa je  waima luaran tetap 'cool' namun melihat ke lapan-lapan peserta yang memang rock 'gigit' kata Edrie, memang sukar untuk Edrie membuat pilihan.

Tetapi dua tetap harus disingkirkan kerana hanya enam peserta sahaja yang diperlukan untuk laluan seterusnya....



Dan seperti tekaan Kak Fas juga, Kelvin dan Rahra adalah peserta yang tersingkir, Kak Fas setuju dengan pendapat Edrie bahawa penyingkiran mereka itu bukan kerana tak bagus.

"Kesemua lapan-lapan peserta yang saya pilih adalah yang terbaik daripada ribuan yang hadir masa sesi uji bakat. Cuma Kelvin dan Rahra belum mempunyai kekuatan untuk terus berjuang." ujar Edrie kala ditemui.

Seperti Edrie, Kak Fas pun setuju tarikan vokal Kelvin kala menjerit menyampaikan lagu 'Highway Star' (Deep Purple) agak cantik tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Kelvin perlu mempunyai vokal yang kuat dan itu yang kurang ditampilkan.


Memang betul, setekat tarikan suara yang sedap tetapi vokal belum mantap, tidak cukup digelar seorang rockers.

Tahniah Kak Fas ucapkan kepada enam lagi yang lain kerana berjaya meneruskan perjuangan untuk 'battle' seterusnya.

Kak Fas tak mahu lah berceloteh panjang perihal program 3 Suara ini sebab khalayak pun dah menyaksikan siaran langsungnya di tv3 minggu lalu kan.

Yang pasti kehadiran Amy Search sebagai juri serta membuat persembahan pada konsert genre rock 3 Suara merupakan pilihan yang tepat dan mampu membakar semangat setiap rockers pada malam itu. Pewitttt!

Amy menyampaikan dua buah lagu, "Gita Rama Sita' pada persembahan pertama  dan 'Fantasia Bulan Madu' mengakhiri tirai persembahan 3 Juara kali ini.



Sebelum itu, penonton dihiburkan dengan persembahan istimewa Pekin Ibrahim dan Khir Rahman dalam sebuah persembahan memperkenalkan filem baharu ‘Rock Bro’ dengan penyampaian lagu temanya, ‘Tiba’ oleh Khir Rahman

MInggu hadapan... kita tunggu pula bagaimana lapan peserta di bawah komposer Ajai bagi genre 'balada' dan seminggu kemudian Irama Malaysia di bawah komposer lagenda, Pak Ngah.

Pertandingan program realiti ini berformat sistem liga, di mana setiap peserta akan berentap bersama pasangan dalam kategori yang sama di satu pentas setiap minggu demi memungut mata daripada undian penonton, juri tetap dan produser daripada kategori masing-masing. 



Contohnya, kesemua peserta dari kategori Rock akan berentap pada malam konsert battle bermula 13 November 2016  nanti secara berpasangan. Peserta yang mampu menundukkan pasangannya dengan memenangi undian majoriti penonton, juri tetap (Awie), dan produser (Edrie Hashim), akan mendapat tiga (3) mata untuk pusingan minggu itu. 

Pengumpulan mata ini akan berterusan sehingga minggu penyingkiran kelak sebelum Konsert Separuh Akhir 3 Juara. 

KUDIEN

AYIEN




















Format yang sama turut diaplikasikan kepada kategori Irama Malaysia dan Balada pada minggu yang sama.


INDRA PUTRA
Ini bermakna, kesemua peserta ketiga-tiga kategori akan berentap dalam satu konsert setiap minggu demi mengumpul mata dan merebut sejumlah hadiah wang tunai daripada RM300,000. 


ARILL
Program realiti yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon kategori sebagai juri tetap.

Mereka adalah Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada).
                                                                               
ARULL
EVA MARIA