Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ERA fm RAIH 5,8 JUTA PENDENGAR, KEKAL NO 1


Astro  Radio  mengekalkan  kedudukan  sebagai  radio  No.  1  Malaysia dengan memperoleh  15.1    juta  pendengar  setiap  minggu,  berdasarkan  keputusan  kaji  selidik yang dikeluarkan  oleh  Pengukuran  Pendengar  Radio  GfK,  Liputan  2 ,  2016  baru-baru ini. 

Dari  perspektif kedudukan,  hasil  kajian  mengesahkan  bahawa  Astro  Radio  terus mengukuhkan  kedudukan  sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia. 

Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling  popular, ERA fm meraih 5.8 juta  pendengar  eksklusif  seminggu. 

Dari  sudut  kandungan  radio,  Rancangan  Sarapan  Pagi  popular JoHaRa Pagi ERA yang di kendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperolehi 3.3 juta pendengar. 

Di antara radio – radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominasi gelombang udara secara keseluruhan untuk rancangan- rancangan yang disiarkan. 

Menduduki  tangga  ke-2  radio  yang  digemari  di  Malaysia,  Sinar  FM  dengan  nafas baharunya  berjaya menarik  4.7  juta  pendengar  seminggu.  

Rancangan  Sarapan  Pagi  Sinar  FM,  Sepahtu  Sinar  turut mencatatkan 2.6 pendengar seminggu.  

Berjaya menawan Pantai Timur dan secocok dengan gelarannya Raja  Radio  di Pantai Timur, THR  Gegar terus  bertakhta  di jiwa  pendengar Pantai Timur  dan sekali lagi menggondoli  kedudukan  sebagai  stesen  radio  No.1  di  Kelantan,  Terengganu  dan Pahang.  

Prestasi cemerlang  stesen  ini  diperlihatkan  sebagai  sebuah  kejayaan  mendadak apabila  meraih  2.8  juta pendengar seminggu. 


Datuk Jake  Abdullah,  Ketua  Pegawai  Eksekutif  Astro  Radio  berkata:

"Radio  terus berkembang  maju,  selari dengan pertumbuhannya  mengikut  permintaan masa kini. Bagi  gabungan  kesemua  stesen  Bahasa Malaysia di bawah naungan Astro Radio, kami mencatatkan 74.2% pendengar, manakala stesen Bahasa Inggeris  dengan 85.5% pendengar.  Para selebriti  Astro  Radio  yang  menggendalikan segmen  tertentu turut  menyumbang  ke  arah peningkatan  pendengar.  Antara  yang  turut menyumbang adalah  seperti Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar. Kehidar trio Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah menunjukan  prestasi  yang  cemerlang. 

"Gandingan  penyampai  radio  Zura  bersama Shah di  Ceria Pagi  ternyata memberi kesan di hati   pendengar kerana stesen ini telah menerima banyak respon positif daripada pendengar melalui media sosial."