Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GEGAR VAGANZA : SIAPA TERBAIK DARI YANG TERBAIK?


Konsert Gegar  Vaganza sudah masuk musim ketiga  tetapi  selama ia dianjurkan inilah pertama kali Kak Fas berpeluang menontonnya  secara langsung di Auditorium MBSA. Bukan bermakna selama ini Kak Fas tidak suka dengan program tersebut... siapa tidak suka menyaksikan artis-artis yang selama ini sudah popular bertanding sesama sendiri,


Apatah lagi sebahagian daripada artis-artis yang pernah menyertainya membesar bersama Kak Fas dan lagu-lagunya menjadi siulan dibibir pada era masing-masing.

Cuma Kak Fas tidak berpeluang untuk hadir tetapi Alhamdullillah pada minggu lalu, pada Konsert kedua GV3, Kak Fas akhirnya dapat juga  bersama-sama memeriahkan program yang semakin hari semakin popular  di saluran Astro Ria ini.


Dan paling Kak Fas menunggu adalah untuk menyaksikan artis dan teman 'duet' Kak Fas ketika di program  Santai Selebriti  Media Raya anjuran Anita Entertainment beberapa tahun lalu di Universiti Utara Malaysia, tersingkir.

Tentu anda nak tahu kan apa maksud teman 'duet' Kak Fas?

Semasa di program Santai Selebriti Media Raya itu, Kak Fas dan Razis Ismail berduet lagu 'Antara Mata Mu dan Mata Ku'....hihi.. ada lagi  rakaman video nyanyian kami  Kak Fas simpan... alaa buat kenangan jer....huhu...

Dan  apabila Razis Ismail tersingkir, Kak Fas turut rasa sedih. Bukan apa.. .Kak Fas mahu lihat lagi Razis menyanyi pada konsert seterusnya tetapi apa kan daya rezeki Razis setekat itu sahaja.

Pemilik nama sebenar, Ghazali Ismail, 56, ini menyampaikan lagu favourite Kak Fas, "Bunga Pujaan" nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan Eddy Silitonga.

Mendengarnya bernyanyi walau pun sudah lama meninggalkan bidang nyanyian, Kak Fas sependapat dengan komen Datuk Khatijah Ibrahim bahawa Razis telah lakukan dengan baik apatah lagi lagu  Jamal bukan mudah untuk dinyanyikan.

"Tapi perlu jaga low note," komen Khatijah dan barangkali ini juga yang menyebabkan Razis mengumpul markah terendah di antara 11 saingannya yang terdiri daripada (mengikut urutan pemarkahan) Zarul, Siti Sarah, Azharina, Nora, Ameng, Gmie, Elly Mazlein, Zur Eda, Intan Sarafina, Rem dan Shidi.

Kesemua mereka menyampaikan lagu-lagu bertemakan 'Memori Berkasih" dengan juri tetap  terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk A Rahman Hassan.

Dalam pada itu, Azharina diumumkan sebagai pemenang Anugerah Vokal Paling Menyengat dengan membawa pulang rantai mutiara tajaan Raflesia bernilai RM5,000, penginapan tiga hari dua malam di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, Rebung SPA, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.

Kak Fas rasa tak perlu Kak Fas membebel panjang lebar berkaitan konsert tersebut nanti bosan pulak ko orang membacanya apatah lagi khalayak telah pun menonton siaran secara langsung yang dipancarkan dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dan bila dah sekali pergi menonton, tak sabar pula nak sambung lagi menyaksikan program yang memang gempak dan gegar mengakhiri kalendar program Astro tahun ini.

Maklumlah... semua mereka memang boleh bernyanyi malah dah bergelar artis pun jadi nak lah tahu siapa terbaik daripada yang terbaik kan?

ZARUL
SITI SARAH


























Minggu hadapan (30 Oktober), kesemua sebelas artis yang masih kekal diberikan cabaran lebih hebat dengan  tema Ada Bran?

Ini bermaksud, kesemua mereka harus menyanyikan  lagu yang bukan genre kesukaan masing-masing, contohnya Elly Mazlein diberikan lagu  'Perawan atau Janda' untuk disampaikan.

Pada konsert terdahulu Elly menyampaikan  lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' dan minggu kedua 'Berpisah Jua". Ironinya, kedua-dua buah lagu tersebut kena dengan kisah hidupnya yang 'berpisah jua' dengan suami.

Sehingga Nabil dalam gurau senda spontannya menyentuh  'tak faham lah... macam ini pun berpisah jua." Nasiblah Nabil itu memang seorang pelawak, jika tidak dah pasti kena kutuk habis kerana menyindir sebegitu dan membuat Elly lagi sebak kan....


Apa pun yang berlalu tetap berlalu... jadi fokus semua sekarang tentunya untuk membuat yang lagi baik daripada yang terbaik... kita tunggu dan lihat ya.... dan sebelum itu layan corat coret Kak Fas di bawah ini...

  • Sewaktu rehat iklan, gurau senda antara Nabil dan Jihan membuat penonton di Auditorium tidak kering gusi dengan usik mengusik antara keduanya sehingga Nabil berkata, 'Jihan cantik selepas beberapa kali renovation.'
  • BIla ramai yang bangun waktu rihat iklan untuk ke bilik air dan sebagainya ada juga para artis bangun dan bersalaman antara mereka, Melihat itu Nabil mencelah," dah duduk-duduk,.. kenapa ni dah macam kenduri jer." diikuti gelak ketawa ramai.
  • Nabil mengumumkan GV sudah 'world trending'... agaknya gara-gara ada 'Mat Salleh' dalam Dewan seraya menebual 'mat salleh' yang sebenarnya tahu berbahasa Melayu.
  • Seluar ketat Nabil menjadi bahan gurauan. Lain kali jangan pakai ketat-ketat Nabil...huhu.. faham kan maksud Kak Fas... kalau lelaki pakai ketat....
  • Penonton dibenarkan merakamkan persembahan artis dengan telefon bimbit atau kamera masing-masing di mana selalunya pada mana-mana program siaran langsung kadang kala penonton tidak dibenarkan merakam gambar.
  • REM
  • Penonton  ketawa apabila rasa 'tertipu' seketika apabila menyangka Rem sudah habis menyampaikan lagunya tetapi beberapa saat kemudian menyambung lagi.
  • Walau pun  'countdown' saat rakaman dah memasuki 10 saat Nabil dan Jihan tetap berceloteh sehingga 'floor manager' terpaksa menjerit agar mereka diam.
  • Lagu 'Sinaran' membawa tuah buah kali kedua bagi Azharina di mana itulah lagu yang sama disampaikannya ketika bertanding di Bintang RTM semasa berusia 16 tahun.
  • Zur Eda antara artis yang sering mendapat usikan kedua Nabil dan Jihan apabila terlihat kelibatnya berdiri atau masih belum bersedia untuk duduk ketika program hampir nak mula kedengaran usikan berbunyi "Zur Eda sila beredar...."
    ZUR EDA
NORA
 INTAN SARAFINA


AMENG