Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM PERIKSA MATA & MENDERMA BERSAMA FOCUS POINT



Setiap insan yang lahir di dunia ini dianugerahkan Tuhan 5 pancaindera  meliputi pelbagai deria  iaitu mata, telinga hidung, mulut dan kulit.

Dan Kak Fas percaya anda juga setuju bahawa  mata adalah satu daripada deria  yang paling utama memandangkan ia adalah 'jendela' dalam menyingkap segala pandangan keindahan mahu pun keburukan  kehidupan dunia yang terbengtang luas.ini.



Baik buruk yang dilihat mempengaruhi segala organ tubuh pada diri kita. Kerana itulah penjagaan mata sebenarnya amat penting namun tidak dinafikan ada juga segelintir tidak mengambil endah tentang bagaimana cara terbaik menjaganya.

Mungkin anda terkejut jika Kak Fas katakan bahawa 54% daripada setiap 1,000 rakyat Malaysia mengalami masalah penglihatan terhad disebabkan masalah kesihatan.

Menurut satu pendedahan yang dibuat oleh Ketua Perkhidmatan Optometri Nasional Kementerian Kesihatan, Dr. Nur Zahirah Husain, dianggarkan 15,000 orang di seluruh negara mengalami masalah penglihatan terhad.

Hospital Kerajaan di seluruh negara mncatatkan 1,300 kes penglihatan terhad bagi 2013, 1,400 kes bagi tahun 2014 dan 1,500 kes tahun lalu.

Peningkatan 100 kes setiap tahun ini walau pun nampak kecil tetapi tetap membimbangkan waima faktor yang menyebabkan masalah penglihatan terhad termasuklah penyakit seperti glaukoma, diabetes,penuaan, katarak,penyakit retina dan masalah biasan.

Wah,,, menakutkan kan?


Apakah anda salah seorang daripada golongan yang selama ini mengabaikan penjagaan mata? 

Tidak semestinya jika sudah memakai cermin mata itu sudah cukup untuk anda rasa gembira dengan keadaan mata,betul tak?

Apa pun Kak Fas ada berita baik untuk anda. Jangan risau, jika anda tidak mempunyai masa untuk membuat temu janji dengan pakar optometri apa kata sambil nak jalan-jalan shopping ke Sunway Pyramid, singgah seketika di kawasan di mana berlangsungnya kempen 'Lebih Kuat Bersama untuk Kesihatan Mata Universal' anjuran kumpulan Focus Point.


Iya di sini, khalayak boleh melakukan  pemeriksaan mata secara percuma menggunakan pelbagai mesin berteknologi tinggi yang boleh mengesan masalah mata.

Lebih menarik lagi, sempena Hari Penglihatan Sedunia 2016, dengan setiap sepasang kaca mata yang dibeli sepanjang bulan Oktober, Focus Point akan menyumbang sepasang kaca mata kepada orang yang memerlukan.

Jadi, anda bukan sahaja membeli malah melakukan amal ibadat dengan 'menghadiahkan' sepasang cermin mata untuk mereka yang benar-benar memerlukan tetapi tidak mampu.

Kak Fas rasa ini satu initiatif yang cukup cemerlang apatah lagi pada bulan Muharam ini yang memang satu bulan yang baik untuk anda menyokong hal-hal membabitkan kebajikan. Dapat juga pahala in syaa Allah ya tak?

"Falsafah syarikat ini untuk memberi sumbangan - kerana itulah syarikat ini memulakan Yayasan Amal Penjagaan, Jantung Focus Point dengan moto "Jantung Yang Prihatin- Bersama-sama kita melakukan Perbezaan' beberapa tahun lalu," ujar Dato Law Choon Liang, CEO Focus Point pada majlis pelancaran kempen baru-baru ini.



Majlis turut diraikan oleh artis jemputan, penyanyi Elizabeth Tan yang dilihat pertama kali memakai cermin mata.

"Saya tidak pernah memakai cermin mata pada majlis-majlis rasmi sebelum ini tetapi hari ini saya memakainya untuk bersama meraikan kempen ini. Saya mula memakai cermin mata sejak berusia 6 tahun dan saya harap anda tidak mengabaikan kepentingan penjagaan mata dari kecil," akui Lizzy (nama timangannya).

Bersama Lizzy, Focus Point turut mengundang pelajar daripada Creatif Academy of Globa Art untuk membantu membawakan tema 'Kesihatan Mata Universal' dengan menghasilkan ilustrasi mengenai kepentingan penjagaan mata di peringkat antarabangsa.

Lakaran itu kemudiannya diserahkan kepada Focus Point untuk dipamerkan.




Jemputan yang hadir turut mendengar ceramah ringkas berhubung masalah dan penjagaan mata oleh Pengurus Kanan Perkhidmatan Profesional Focus Point, Encik Poo Guan Meng 

Dah cukup rasanya Kak Fas berceloteh panjang mengenai pengisian majlis dan yang penting anda harus menjaga kesihatan mata.

Jadi, jika anda nak buat pemeriksaan mata, jangan berlengah lagi, segera ke Sunway Pyramid sebab kempen yang bermula pada 13 Oktober lalu akan berakhir pada 16 Oktober ia itu pada hari Ahad ini,