Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI SALURAN BBC FIRST, BBC WORLD NEWS PERCUMA

DAMIEN Lewis  sebagai  Henry VIII dalam drama BBC yang diadaptasi  dari nobel Hilary Mantel’s - Wolf Hall.

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV,  melancarkan penawaran kandungan terbaharu dengan dua (2) saluran BBC. 

Kedua-dua saluran tersebut, dalam Definisi Tinggi (HD), iaitu BBC World News (HyppTV Saluran 431) dan BBC First (HyppTV Saluran 812) kini boleh dinikmati secara eksklusif oleh pelanggan HyppTV bermula 1 Oktober 2016 lalu. 

BBC World News merupakan saluran berita antarabangsa yang pertama dan satu-satunya dalam bentuk HD di HyppTV, melaporkan berita-berita terkini antarabangsa. Saluran berita ini merupakan saluran berita antarabangsa yang paling diyakini dengan para wartawannya melaporkan dari jumlah lokasi terbanyak di seluruh pelusuk dunia berbanding saluran lain.

BBC World News boleh didapati dengan melanggan HyppTV Jumbo Pack pada harga RM60 sebulan atau dengan pilihan secara ala carte pada harga RM9 sebulan.

BBC First merupakan saluran Video-On-Demand, menghimpunkan drama-drama premium dan original dari BBC. 

Dengan menampilkan bakat-bakat terbaik dan yang pernah memenangi anugerah sama ada di hadapan dan di belakang tabir, BBC First memberi peluang kepada para pelanggan untuk menonton drama-drama terbaik BBC dari siri drama yang pernah memenangi Emmy Award – Luther dan Sherlock sehinggalah kepada siri Wolf Hall yang diadaptasi daripada novel tulisan Hilary Mantel.

Saluran tersebut turut menampilkan keseluruhan musim siri-siri terkenal dari BBC untuk ditonton oleh pelanggan HyppTV pada bila-bila masa. BBC First boleh didapati pada harga RM60 sebulan dengan HyppTV Jumbo Pack dan turut boleh didapati secara ala-carte pada harga RM15 sebulan.
  
Mengulas mengenai penambahan saluran terbaharu di HyppTV, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata: “Bertepatan dengan komitmen HyppTV untuk membawakan pelbagai kandungan hiburan terbaik untuk para pelanggan, kami amat berbesar hati untuk memperkenalkan BBC First dan BBC World News kepada para penonton di Malaysia sebagai penambahan kepada kandungan-kandungan sedia ada dari BBC seperti BBC Earth, BBC Lifestyle dan CBeebies. Saluran terbaharu ini nyata mempertingkatkan penawaran kandungan daripada saluran BBC dan kami berbangga menjadi rangkaian TV yang pertama dan satu-satunya yang membawakan himpunan saluran BBC terbaik di Malaysia.”

 “Pelanggan HyppTV kini boleh mendapatkan berita-berita antarabangsa terkini dari sumber yang paling dipercayai di dunia di BBC World News dan boleh menikmati drama-drama bersiri premium dan terbaharu dari BBC First. Selain itu, para pelanggan kami telahpun menikmati pelbagai program hiburan menarik dari BBC Lifestyle serta dokumentari yang mengagumkan dari BBC Earth serta program keibubapaan dan untuk kanak-kanak pra sekolah di CBeebies, khusus bagi menggalakkan proses pembelajaran menerusi permainan ketika di rumah. Saluran-saluran ini turut boleh ditonton di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere bagi pelanggan kami yang berada di luar rumah,” tambah beliau.

Monty Ghai, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Asia Tenggara, BBC Worldwide berkata:  “Kami telah sekian lama bekerjasama dengan HyppTV - BBC Earth (dijenamakan semula dari BBC Knowledge),  BBC Lifestyle dan CBeebies merupakan saluran terawal di HyppTV sejak tahun 2009. Kami amat berbesar hati untuk melanjutkan usahasama dengan HyppTV dengan penambahan 2 lagi saluran BBC. Kami yakin penonton-penonton di Malaysia akan terhibur dengan drama-drama premium di BBC First dan liputan terbaik dari BBC World News. Kami sentiasa bersedia untuk terus bekerjasama dengan HyppTV bagi menawarkan pelbagai produk untuk memenuhi kehendak penonton di Malaysia.”

BBC First dan BBC World News kini boleh didapati bersama dengan BBC Earth HD (HyppTV Saluran 501), BBC Lifestyle HD (HyppTV Saluran 620) dan CBeebies (HyppTV Saluran 553) di HyppTV. Kesemua saluran ini adalah dalam bentuk HD, dengan fungsi 2 jam time shift dan catch-up selama 7 hari. Saluran-saluran ini turut ditawarkan kepada pelanggan SME dan Hospitality Entertainment Solution HyppTV.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, HyppTV turut menawarkan tayangan secara PERCUMA selama satu (1) bulan bagi BBC World News dan BBC First bermula 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2016.

Pelanggan-pelanggan HyppTV yang berada di luar rumah atau di mana-mana sahaja boleh menikmati kesemua saluran BBC di HyppTV atau menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere dengan memuat turun aplikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store dan Apple App Store dan memerlukan pendaftaran mudah dengan mendaftarkan nombor telefon bimbit atau log masuk akaun Facebook. 
IDRIS Elba  - Luther.
Dalam perkembangan lain, pelanggan yang membeli Samsung Smart TV siri K5500 terpilih bermula 8 September 2016 hingga 31 Oktober 2016 di mana-mana pusat jualan barangan Samsung di seluruh negara sepanjang tempoh promosi Samsung Smart TV-HyppTV Everywhere akan layak untuk mendapat baucer akses tanpa had ke HyppTV Everywhere selama 60 hari secara percuma. Eksklusif untuk pelanggan TM, setiap pembelian siri SMART TV K5500 yang terpilih dengan nilai di antara RM2,199 hingga RM3,099, mereka berpeluang untuk menikmati diskaun sebanyak RM100 di pusat jualan barangan Samsung. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Samsung Smart TV-HyppTV Everywhere ini, sila layari www.tm.com.my/hypptv.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 112 saluran dengan 52 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 49 saluran premium, 27 saluran percuma, 5 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati himpunan kandungan hiburan bertaraf dunia melalui HyppTV Everywhere atau HyppPlay, saluran Video-On-Demand yang menawarkan siri-siri kandungan yang boleh didapati di HyppTV untuk tontonan secara santai. 

Untuk maklumat lanjut layari www.tm.com.my/hypptv atau layari laman media sosial kami di www.facebook.com.my/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), dan www.instagram.com/hyppworld (Instagram).