Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEKIN SANGGUP BAYAR RM1.2j 'BELI' SUNG KANG


Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak hadir ke lokasi penggambaran filem. Dan kehadiran Kak Fas ke set lokasi di persimpangan Jalan Sultan Salahudin, Kuala Lumpur  pada malam minggu lalu, bagi menerima undangan sahabat Kak Fas, Ellyna Ali untuk menyaksikan penggambaran babak penting dalam filem ‘KL Wangan”,  arahan Pekin Ibrahim, benar-benar membangkitkan nostalgia.


SUNG KANG
Mana tidaknya… di lokasi inilah jua Kak Fas menghabiskan waktu seharian untuk menyaksikan penggambaran  filem ‘Impak Maksima’  bagi penulisan buku “Di Sebalik Tabir…” filem berkenaan, arahan Ahmad Idham kira-kira 9 tahun lalu. Buku tersebut sudah pun dicetak  dan dijual oleh penerbitnya, FINAS.

Apabila Ellyna memberitahu Kak Fas lokasinya berhadapan bangunan LPP, terus Kak Fas terbayangkan jambatan dan lokasi sama ‘Impak Maksima’ membuat penggambaran aksi ‘dift’ kereta-kereta terlibat.

Tetapi kali ini bukan aksi ‘drift’ yang dilihat tetapi lebih hebat daripada itu. 

Filem terbitan  Centro Pictures ini mengetengahkan aksi pelumba malam dengan adegan-adegan agresif, ‘meletop’ 'melayang' dan pelbagai lagi aksi ganas.

Set yang dibina di lokasi bukan sahaja memperlihatkan sebuah kereta tergantung bahkan sebuah lampu besar juga tergantung di tengah-tengah jalan raya, memancarkan cahaya yang cukup terang… memerangi kegelapan malam kala itu.

Settingnya nampak cukup hebat sehebat nilai kos penggambaran yang khabarnya akan mencecah lebih daripada  RM7 juta.



Malah jika ditakdirkan pengarahnya, Pekin Ibrahim berjaya ‘membeli’ seorang bintang filem antarabangsa yang terlibat dalam filem “Fast & Furious sekadar berlakon ‘cameo’ maka sudah tentui kos akan berlipat kali ganda.

Mana tidaknya, pemenang pelakon lelaki terbaik dan kategori cerita asal terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 28  September lalu, Pekin sanggup membayar USD$300,000 untuk mendapatkan pelakon filem Fast & Furious, Sung Kang.

“Saya dah simpan babak  penggambaran untuk dia dan  walau pun dia sebuk dan mahu saya shoot di mana dia berada saya akan pergi.. Cuma kami sedang berunding jika harga itu boleh dikurangkan tetapi kalau saya sendiri ada duit saya sanggup bayar dia tetapi saya ada rakan kongsi yang perlu diyakinkan,” cerita Pekin sewaktu ditemui di lokasi.



Selain Sung Kang, Pekin membayangkan pelakon-pelakon lagak ngeri seperti Jackie Chan, Michelle Yeoh mahu pun Ekin Cheng.


JACKIE Chan & Michelle Yeoh
EKIN Cheng
"Tetapi keutamaan saya adalah Sung Kang,,,, bagaimana pun kami sedang menunggu jawapan daripada ketiga-tiga artis lain juga dan tengoklah siapa yang 'free' serta harga masing-masing," tambah Pekin.

Terfikr juga… apa perancangan Pekin sehingga sanggup membayar kira-kira RM1.2 juta untuk Sung Kang sekadar satu babak sahaja?

“Saya mahu membuktikan dengan perancangan dan pemasaran yang teliti, filem kita juga boleh diangkat pada taraf sebuah filem antarabangsa. Biar orang luar nampak bahawa Malaysia juga mampu menghasilkan sebuah filem bermutu dan melibatkan artis luar Negara,” ujar Pekin sambil membayangkan pasaran filem “KL Wangan” di beberapa Negara luar.

Khabarnya, selain perancangan untuk tayangan di Jepun, ‘KL Wangan”  sudah pun mendapat persetujuan  tayangan pasaran  di Thailand, Singapore, Germany, dan Taiwan. 
Pemilik nama penuh, Mohd Iznan Ibrahim ini percaya soal pemasaran sama penting dengan penerbitan.


“Masalahnya di Malaysia, kita hanya mahu berlumba-lumba terbit filem tetapi tidak ada bajet untuk pemasaran yang sebenarnya adalah amat penting,” luah Pekin Ibrahim  jujur.

Bagi  KL Wangan, Pekin dijangka membelanjakan kira-kira RM2.5 juta untuk pemasaran dan promosi malah menyediakan dua poster berlainan bagi pasaran tempatan dan luar Negara.

Tetapi kenapa tajuknya KL Wanga malah apa erti Wangan?

Menjawab pertanyaan itu, kata Pekin, “Wangan amat popular di Jepun yang bermaksud pelumbaan malam. Pengisian seperti ini belum pernah ditampilkan dalam filem Malaysia dan ia melibatkan aksi agresif. Malah ‘term’  Wangan dekat dengan budak-budak pelumba kita.”

Turut berlakon, Pekin menampilkan pelakon hebat seperti Fazal Hussein serta bakat-bakat baharu yang mampu menunggang moto dan suka dengan aksi seperti  Kazuto Soon, Jasmine Suraya dan Emily Lim.

'KL Wangan' turut mencipta sejarah sebagai sebuah filem tempatan yang mendapat penajaan syarikat pemotoran antarabangsa seperti Volkswagon di mana sebagai duta kepada jenama kereta ini, VW menyerahkan tiga buah kereta untuk syarikat serta beberapa buah lagi bagi penggambaran antaranya seperti Golf R, Golf GTI, Beetle dan Passat.


'Malah ada juga beberapa kereta yang pernah digunakan dalam filem ;Fast & Furiois' akan terlibat sekali termasuk sebuah jenis Volksagon yang hanya  ada satu sahaja dalam Asia di mana mode inilah yang  diguna oleh Presiden Amerika," cerita Pekin.

Menurutnya, apabila berkolabrasi dengan jenama ternama antarabangsa seperti Volkswagon, mereka mengharapkan satu kelainan dan kerana itu dia harus memberikan yang terbaik.

“Saya memakan masa lebih setahun untuk membuat kajian dan perancangan untuk KL Wangan,” tambah Pekin.

Malah untuk mengekalkan kualiti filem Pekin sanggup  menyewa kamera Phantom untuk penggambaran babak 'melettop' 'kereta terbalik' dan sebagainya termasuk alat-alat teknikel lain seperti lampu dan sebagainya.

"Untuk kamera Phantom sahaja, sewanya RM40,000 sehari jadi saya perlu menggunakannya sebaik mungkin," jelas Pekin.

Mendengar cerita Pekin dan para pelakonnya yang panjang lebar selama tiga jam sudah cukup membuat Kak Fas teruja dan tidak sabar untuk melihat hasil pengarahan kali kedua Pekin ini selepas 'Mat Moto Bukan Mat Rempit'.

Nak tahu pula apa cerita dan pengalaman para pelakonnya? Selepas ini Kak Fas akan tulis lagi ya,,, ,nanti baca story panjang-panjang jemu pulak kan....

Tunggu cerita lanjutnya  ya selepas ini....apa pun ;KL Wangan  bergenre aksi agresif ini dijangka ditayangkan pertengahan tahun hadapan dan akan menyelesaika penggambaran kira-kira dua minggu lagi.