CEPAT RASA EDISI TERHAD 'KIT KAT' "TENGKU AMIR'S JOM RILEKS BREAK' DI MIDVALLEY
Siapa agaknya yang tidak suka makan cokelat?
Kak Fas antara yang gemar memakan cokelat... pantang diberi takkan menolak.... jadi apatah lagi kanak-kanak, kalau dihulur cokelat tentu senyum sampai ke telinga.
Cokelat "Kit Kat' antara yang Kak Fas amat menggemari.
Kak Fas masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak malah sampai sekarang pun haha.. apabila mendapat Kit Kat yang berbungkus dalam pek kertas merah tu,,,yang paling Kak Fas suka lakukan ialah mematahkan setiap satu jejari empat baris cokelat itu .untuk dinikmati satu persatu.
Memang lazat apatah lagi jika ia sedikit lembik, habis cokelatnya melekat kat jari.. sedap dijilat pula huhu...
Justeru, apabila mendapat tahu adanya sebuah kedai konsep yang pertama di buka di Midvalley...apa lagi Kak Fas tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa hadir pada majlis pelancarannya pagi Sabtu semalam.
Ini dia rupa kedai baharu itu... menarik kan?
Untung sebenarnya kedai konsep 'Kit Kat Chocolatory' ini. Kenapa anda tanya?
Iya lah ia bukan sahaja mencipta sejarah sebagai kedai 'Kit Kat' yang pertama di Asia Tenggara malah menerima keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj untuk merasmikannya. Tak bertuah namanya...?
Malah buat pertama kali juga bagi Kak Fas menatap wajah Tengku Amir secara dekat. (Teringat zaman ketika Kak Fas membuat liputan perkahwinan bonda Tengku Amir lebih 25 tahun lalu. cepatnya masa berlalu).
Okey biarkan memori itu berlalu....
Yang penting sekarang ini, apa yang mengujakan ialah kedai 'Kit Kat Chocolatory' ini mampu memberi peluang kepada penggemar coklat untuk mencipta KitKat mereka sendiri daripada pilihan 16 ramuan premium seperti kepingan cili yang pedas, karamel “chewy”, daun teh hijau senchia kikusui dan lain-lain.
Malah anda boleh menghasilkan sehingga 10,000 jenis rekaan tersendiri. Wow! banyak tu.... kena datanglah 10,000 kali agaknya untuk merasai setiap satu jenis ramuan Kit Kat yang boleh dihasilkan itu.
Menariknya lagi, jika anda berhajat untuk jadikan cokelat ini sebagai hadiah hari jadi ke, perkahwinan ke atau apa sahaja lah... anda boleh memilih daripada beraneka jenis kotak hadiah yang boleh diperincikan dengan nama si penerima dan mereka juga boleh melampirkan mesej peribadi serta reka bentuk yang dicetak pada pek. Ia ,memang menarik untuk dijadikan cenderahati yang cukup unggul.
Ha.... suka kan? Tak payah susah-susah beli cokelat pastu nak cari kotak untuk mengisinya, cari riben lagi, cari kad lagi kerana apa sahaja mesej boeh ditulis sekali gus dalam kotak hadiah 'Kit Kat' berkenaan.
Bagaiman agak caranya ya? Meh! Kak Fas 'story.'..
Cara-cara untuk ‘mencipta’ KitKat anda sendiri:
• Pengguna boleh memilih sehingga tiga ramuan berbeza untuk menjadikan fantasi coklat mereka satu realiti dengan jejari KitKat mereka sendiri, dengan merealisasikan ciptaan mereka di depan mata mereka sendiri.
• Untuk memperkemaskan proses rekaan bagi pelanggan, beberapa tablet akan diletakkan di serata kedai untuk memudahkan proses pembuatan, pesanan dan pembayaran.
• Di samping mencipta KitKat mereka yang tersendiri, pengguna juga akan disajikan dengan lima jenis perisa luar biasa dari Edisi Khas KitKat yang unik setiap bulan seperti perisa tempatan iaitu Nasi Lemak dan raja segala buah yang begitu popular iaitu Durian; Café Latte untuk penggemar kopi; Banana Cluster Caramel, dan Orange, Pineapple & Pecan dan banyak lagi.
Tentu anda tertanya-tanya kan macam mana agaknya Kit Kat perisa Nasi Lemak mahu pun Durian?
Kalau nak tahu kenalah ke Midvalley Megamall untuk menjawab pertanyaan tersebut sebab rambut sama hitam, cita rasa masing-masing berlainan. Ada yang suka yang ori macam Kak Fas lah tetapi tidak kurang juga yang mahukan pembaharuan dalam setiap cokelat.
Pun begitu, pada majlis pelancaran yang berlangsung,, Kak Fas dan para tamu lain berpluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana cara pembuatan cokelat dilakukan, lebih-lebih lagi Chef Selebirit popular, Chef Anis Nabilah diberi penghormatan untuk mencipta cokelat edisi terhad yang merupakan seleksi DiRaja iaitu “Tengku Amir’s Jom Rileks Break”, menampilkan lapan jejari KitKat mewah dengan sultana, aprikot, oren dan badam dalam coklat susu.
Khabarnya, edisi terhad ini akan dijual di KitKat “Chocolatory” di mana semua hasil jualan akan diberikan kepada pertubuhan amal pilihan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Jadi sambil membeli anda menderma tau... satu amal kebajikan yang dituntut oleh Islam dan setiap agama lain.
"Sebagai seorang chef, saya tidak pernah melupakan asal-usul saya sebagai rakyat Malaysia, dan ingin mencapai keseimbangan di antara ramuan tempatan dan antarabangsa untuk ciptaan KitKat saya," kata Chef Anis.
Sebaik selesai demonstrasi pembuatan cokelat seleksi Di Raja itu, Tengku Amir sempat mencuba cokelat berkenaan termasuk bebeapa perisa lain.
Kehadiran Raja Muda Selangor ini diiringi bersama Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail, Pengerusi Nestlé (Malaysia) Berhad; En. Alois Hofbauer, Pengarah Urusan Nestlé (Malaysia) Berhad dan En. Sachin Goel, Pengurus Eksekutif Perniagaan di Unit Perniagaan Konfeksioneri Nestlé (Malaysia) Berhad.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dunia coklat popular menyaksikan revolusi dalam pengubahsuaian produk; dan kami sentiasa berpegang teguh kepada kualiti dan sentiasa cuba untuk melangkaui jangkaan pengguna yang kian berubah, dan ini merupakan penggerak utama kami untuk membawakan rasa yang hebat dan keseronokan kepada pengguna. Pembukaan kedai unik ini merupakan langkah yang signifikan bagi jenama ini dalam menyediakan peluang untuk rakyat Malaysia mencipta dan menikmati jejari KitKat yang serba baru,” jelas En. Alois Hofbauer kepada media.
Tambah Horbauer, dengan KitKat “Chocolatory”, pelanggan dapat membawa pulang coklat ciptaan mereka sendiri yang lazat dan luar biasa dibuat dari ramuan yang paling berkualiti.
"Nestlé telah menjadi pelopor dalam bidang inovasi dan kami membawa trend penciptaan sendiri ini selangkah ke hadapan. Matlamat kami ialah untuk membantu mewujudkan pertalian yang lebih bermakna dengan membolehkan pelanggan mencipta sendiri pengalaman KitKat mereka.” sambung beliau.
Sementara itu, En. Sachin Goel turut memberitahu, “Untuk mengerakkan jenama coklat yang ikonik seperti KitKat ke abad ke-21, kami perlu memodenkan pengalaman kedua-duanya iaitu coklat dan ‘break’. Kami ingin mempromosikan penyesuaian dan keperibadian melalui ekspresi diri yang menampilkan keunikan setiap pelanggan dengan membolehkan mereka mencipta rekaan mereka sendiri.”
KitKat “Chocolatory” juga membolehkan pelanggan berada di hadapan dengan memesan jejari KitKat yang disesuaikan untuk mereka secara atas talian untuk penghantaran ke rumah yang dibawakan secara eksklusif oleh 11street (www.11street.my).
Dah panjang lebar Kak Fas cerita jadi kalau dipendekkan atau nak tahu lanjut pergi sahaja ke Midvalley untuk melihat senidiri. Kak Fas jamin anda akan terpegun malah jadi buntu seketika nak memilih ratusan perisa yang tersedia.
Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia, layari www.kitkat.com.my