BUTIK MUSLIMAH 'SINCERELY BY US' DI SERBU
WALAU pun sebuk, Noor Inora tetap tidak mengabaikan tugasannya sebagai ibu, |
#ADVERTORIAL
'"Sincerely By Us' atau dalam bahasa Melayunya 'Ikhlas dari Kami", satu pemilihan jenama butik yang mempunyai makna yang tersirat lagi tersurat bagi pemiliknya, Puan Noor Inora Putri Noorzainy.
Betapa tidaknya, segala cabaran yang dilalui dengan hanya bermodalkan ;kegigihan tanpa wang ringgit yang besar serta urus niaga yang jujur dan ikhlas telah menghasilkan pulangan yang diimpikan Noor Inora atau lebih mesra disapa Puan Nora.
Bermula dengan jualan kecil-kecilan dalam laman 'facebook', kini Nora boleh berbangga dengan sebuah bangunan tiga tingkat yang merupakan ibu pejabat butik "Sincerely By Us" atau ringkasnya 'SBU", beralamat di B-19-G, Jalan Serai Wangi K 16K, Alam Avenue 2, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
"Hari ini adalah pelancaran butik yang telah melalui renovasi serta rebranding produk SBU," cerita Nora sewaktu ditemui sebaik sahaja 'SBU' butik dibuka semula kepada pelanggan sejak ditutup untuk kerja pengubahsuaian kira-kira tiga minggu lalu.
Sebenarnya, Kak Fas sudah beberapa kali nampak butik ini kala melalui kawasan ini apatah lagi papan tanda 'Sincerely by Us' tersergam besar membolehkan ia kelihatan dari jauh lagi.
Dan tidak sangka pula, satu hari dapat undangan untuk bersama meraikan pelancaran semula butik SBU ini sekali gus berkenalan dengan pemiliknya.
Sebaik tiba, sudah kelihatan ramai pelanggan memenuhi ruang khemah yang dipasang di hadapan butik, Mereka tidak sabar nampaknya untuk pintu SBU dibuka bagi merebut tawaran hebat sempena pelancaran.
Kak Fas yang berpeluang masuk terlebih dahulu pun terkejut melihat tawaran yang diberikan. Memang hebat.... harga tudung serendah RM20 malah jubah pula boleh dibeli dengan hanya RM50 sehelai...
Memang harga runtuh.... Kak Fas tengok paling ramai yang serbu ke bahagian tudung terlebih dahulu sehingga sesak ruangan itu...
Lebih menarik lagi apabila setiap 200 pembeli pertama yang mengemukakan resit diberikan cenderamata bernilai RM200 antaranya berisi tudung persegi dan shawl panjang.
Wah... untung mereka yang hadir membeli-belah pada hari pelancaran... dah la dapat murah.. dapat barang tudung free lagi....
"Ini adalah cara kami berterima kasih kepada pelanggan setia yang tidak putus-putus menyokong SBU sejak berada di pasaran. Jadi cuma hari ini sahaja mereka boleh mendapatkan tawaran hebat tersebut sehingga kedai tutup jam 9 malam," ujar Nora.
Lebih menarik lagi, pelanggan yang hadir dapat terlebih dahulu membeli eam desain terbaharu daripada SBU yang belum dijual samada dalam talian atau mana-mana cawangan lain SBU yang berada di Bangi serta Johor.
"Ini sebab di Bangi pun masih tutup sebab kami juga sedang melakukan kerja-kerja renovasi untuk rebranding semula," jelas Nora. jujur.
Seikhlas nama butiknya, terpancar aura ikhlas pada wajah bersih ibu kepada seorang anak berusia setahun ini apabila jujur bercerita perihal pancaroba yang dilalui dalam perniagaan.
Kenangan sewaktu bersusah payah memulakan perniagaan dengan menjual tudung serta menjadi 'vendor' berniaga barang orang nampak masih terbayang pada dirinya.
"Yang penting jangan malu," ringkas Nora memulakan bicara kisahnya.
Menurut usahawan muda ini, beliau sanggup PM rakan-rakan supaya 'like' segala post-post yang dipaparkan dalam laman facebooknya sebagai sokongan.
"Alhamdulillah, sokongan keluarga dan rakan-rakan serta pembeli lah yang membangkitkan semangat untuk saya terus maju ke hadapan dan kini memiliki butik sendiri," tambahnya.
Seronok Kak Fas dengar cerita Nora, Semangat kentalnya diwarisi daripada ibu yang minat berniaga... jadi faham lah ya... dari mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... tak gitu?
Malah dengan sokongan ibu dan restu suami tercinta serta berkat kesabaran, usaha Nora ternyata membuahkan hasil cemerlang walau pun tiada segulung ijazah dalam bidang fesyen atau bisnes yang dipegangnya.
"Saya belajar melalui pengalaman dan mungkin kerana darah daging sudah minat bisnes seperti ibu maka itulah mendorong saya untuk berniaga," Nora mensyukuri langkah yang diambil,
Apakah Nora sendiri desain semua produk hasil jualannya seperti jubah, tudung dan segala pakaian muslimah berkenaan?
"Saya mempunyai seorang pereka fesyen yang menghasilkan rekaan untuk jubah, baju kasual dan sebagainya, " ujar Nora yang memulakan perniagaan tudung hasil rekaannya dan ibunya sebelum itu,
Dan sebagai perancangan untuk mengembangkan bisnes, Nora memberitahu akan berusaha untuk memasarkan produknya di Perth, Australia.
"Saya sedang mengusahakannya bersama seorang rakan di Perth," jelas beliau yang kini mempunyai 15 orang pekerja.
Wah, Kak Fas tumpang gembira dengan kejayaan Nora apatah lagi setelah mendengar pahit jerih yang dilalui ketika mula-mula berjinak dalam bidang perniagaan.
MERAKAMKAN Kenangan dengan Nora. |
Apa yang boleh Kak Fas kata hanyalah 'Syabas dan kipidap... ewah pinjam kejap bahasa slanga media sosial yang diperkenalkan Abdul Rani Kulup...
Kak Fas rasa, sesiapa yang pernah membeli-belah di 'SIncerely by Us' sudah tentu gembira dengan rebranding jenama berkenaan apatah lagi Kak Fas tengok harga jualan adalah 'affordable' kata mat salleh.
Jadi tidak hairanlah pada hari pelancaran, ramai yang mengambil peluang membeli produk-produk yang ditawarkan dari harga serendah RM20 hingga kepada yang paling tinggi pun cuma RM179 sahaja.
Jika ko orang ke sana, boleh juga singgah ke tingkat dua untuk minum ringan di cafe yang disediakan pada ruangan jualan produk dari vendor.
Walau pun Nora sudah mempunyai produk sendiri, beliau masih membuka peluang niaga untuk beberapa vendor setianya yang selama ini menyokongnya.
Eloklah tu, kan 'sharing' itu namanya 'caring' ya tak.. Dah tentulah dengan cara itu, Puan Nora akan lebih dihormati bahawasanya beliau tidak lupa diri apatah lagi beliau juga pernah menjadi seorang 'vendor' yang menjual hak orang untuk berkongsi rezeki.
Kak Fas tengok barang-barang jualan vendor pun menarik, Macam-macam ada dan murah pulak tu... jadi kalau ko orang nak cari barang dari hujung rambut hingga hujung kaki bolehlah singgah sebentar ke butik 'Sincerely by Us'.
Dan kalau dan penat dan buntu nak pilih mana satu yang berkenan di hati .. rehat sekejap dan minum di cafe SBU di tingkat 2 ya...
Apa pun masa pelancaran, Kak Fas sempat basahkan tekak dengan Cendol Songkok Tinggi... hahaha... ya betul peniaganya memakai songkok tinggi... menarik gak nama tu.. cendol pun boleh tahan... juga disediakan kuih apam balik atau ada yang sebut kuih Melayu serta keropok lekor.
Pendekata, pagi itu, pelanggan bukan sahaja happy dapat beli barang murah tetapi yang datang jamu mata sekalipun dapat makan dan minum percuma....
Info lanjut jika nak beli online boleh cek laman web mereka www.sincerelybyusofficial.com atau folo je Instagram @sincerelybyusofficial mahu pun facebook https://www.facebook.com/sincerelybyusshawls serta twitter @shawlsbysbu.
Nak lagi cepat call 03 5524 1806 ya.... selamat shopping!
PADAN dah tu Miera Nadhirah... |