Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

#3 JUARA: KESEMUA PESERTA IRAMA MALAYSIA PUNYAI ROH TERSENDIRI

ENAM perserta yang layak ke peringkat seterusnya bagi Irama Malaysia.

Sepanjang pementasan Konsert 3 Juara, Kak Fas cuma sempat hadir ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada konsert pengenalan pertama, kategori Rock.


Dan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Kak Fas 'miss' menonton kategori balada yang merupakan genre muzik yang dekat dengan hati Kak Fas. Sayang sekali sebab semasa ulangan pun tak dapat tonton.

Jadi, minggu lepas Kak Fas 'make sure' berada di hadapan tv bagi menonton kategori terakhir bagi memilih enam daripada lapan peserta di bawah teraju Pak Ngah dalam genre Irama Malaysia.

Walau pun seperti kata Pak Ngah, untuk menguasai lenggok dan patah lagu Irama Malaysia bukan sesuatu yang mudah, namun Kak Fas setuju dengan pendapat beliau bahawa mereka yang bertanding kesemuanya mempunyai roh tersendiri dalam membawa lagu masing-masing dengan baiknya.


Namun dua orang tetap harus disingkirkan. Dan dengan berat hati, Pak Ngah terpaksa melepaskan Mursalin dan Hidayah (gambar kanan) dua peserta terakhir yang membuat persembahan pada malam Ahad tersebut.

Kak Fas akui mereka semua boleh bernyanyi dan memang sukar untuk Pak Ngah serta juri jemputan, Noraniza Idris membuat keputusan. Tetapi kena buat juga kan. Dan tekaan Kak Fas tepat apabila Hidayah dan Mursalin antara dua yang terpaksa menamatkan perjuangan mereka. Kira Kak Fas ni boleh jugalah jadi 'juri awam' ya tak waima keluarga Kak Fas pun lahir dalam darah daging seni,,, arwah emak main piano 'by heart' tau manakala adik beradik lain juga ada kepakaran masing-masing dalam permainan alat muzik seperti gitar, dram dan seumpamanya. 

Teringat, keluarga Kak Fas pernah menubuhkan kumpulan bernama SInaran Malaysia ketika berada di London malah ditawarkan membuat rakaman kat BBC lagi u olls... cuma pada ketika itu Kak Fas masih remaja dan tidak dibenarkan oleh ayah menyanyi walau pun Kak Fas suka bernyanyi hihi...

Ok... cukup kisah kenangan lama... kembali kepada 3Juara ya...




Konsert Pengenalan Irama Malaysia malam Ahad lalu telah bermula dengan persembahan pembukaan oleh Ratu Irama Malaysia Noraniza Idris dengan lagu ‘Hati Kama’, sebuah karya ciptaan Pak Ngah. Tamatnya persembahan itu, tiga pengacara Ammar, Mira Filzah, dan Issey Fazlisham mengambil alih pentas untuk mempersembahkan kelapan-lapan persembahan peserta genre Irama Malaysia mengikut giliran berikut:

  • ZAYANI         LAKSAMANA RAJA DI LAUT IYETH BUSTAMI
  • NURA         NIRMALA (DATO’ SITI NURHALIZA)
  • AZIZUL         DANAU RAJA  (IYETH BUSTAMI)
  • TYKA         KUDA HITAM (HETTY KOES ENDANG)
  • RAHMAN         SALSABILA (YASIN)
  • HAZRA         LAILA CANGGUNG (IYETH BUSTAMI)
  • MURSALIN     SYAIR LAILA MAJNUN (RAMLI SARIP)
  • HIDAYAH        BALQIS (DATO SITI NURHALIZA)


Pada pertengahan persembahan.  penonton  dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Amelina dengan lagu popularnya, ‘Rindu dan Asyik’.

Dn selepas pengumuman penyingkiran Hidayah dan Mursalin, konsert  diakhiri dengan persembahan lagu ‘Dikir Puteri’ oleh Noraniza Idris bersama keenam-enam peserta genre Irama Malaysia 3 Juara. 

Program 3 Juara ini merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori (genre) muzik iaitu Rock, Balada, dan Irama Malaysia. Setiap kategori itu diwakili oleh seorang produser ternama tanah air, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hasim (Rock), dan Ajai (Balada). 

Pertandingan program realiti ini berformat sistem liga, di mana setiap peserta akan berentap bersama pasangan dalam kategori yang sama di satu pentas setiap minggu demi memungut mata daripada undian penonton, juri tetap dan produser daripada kategori masing-masing. 

Contohnya, kesemua peserta dari kategori Rock akan berentap pada malam konsert battle bermula Ahad, 13 November 2016 ini nanti secara berpasangan. Penonton, juri dan produser diberikan kuasa untuk memberi 1 markah bagi setiap persembahan battle, dan para peserta berkemungkinan akan mendapat dua atau tiga mata (2-1 atau 3-0) untuk pusingan minggu itu. 

Pengumpulan mata ini akan berterusan tanpa penyingkiran selama 5 minggu sebelum Konsert Separuh Akhir 3 Juara kelak. 

Format yang sama turut diaplikasikan kepada kategori Irama Malaysia dan Balada pada minggu yang sama. Ini bermakna, kesemua peserta ketiga-tiga kategori akan berentap dalam satu konsert setiap minggu demi mengumpul mata dan merebut sejumlah hadiah wang tunai daripada RM300,000. 

Seperti yang telah diumumkan di Konsert Pengenalan Irama Malaysia kelmarin, pasangan genre yang akan berentap sesama mereka adalah seperti berikut:

BALADA                                              ROCK                         IRAMA MALAYSIA

SALMAH lawan AQEEM       KUDIEN lawan AYIEN       TYKA lawan RAHMAN
AZUMI lawan HADY       EVA MARIA lawan ARUL        NURA lawan HAZRA
EEZA lawan APPRIL       ARILL lawan INDRA                ZAYANI lawan AZIZUL


RAHMAN
HAZRA

ZAYANI
NURA

















































Program realiti yang ditaja bersama oleh Ribena ini, diterajui oleh Penerbit Eksekutif, saudara Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon kategori sebagai juri tetap. Mereka adalah Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada). 


Jom saksikan Konsert Battle 3 Juara pada Ahad ini, 13 November secara langsung pada jam 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

AZIZUL