Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALAHAI LEE KWANG SOO, BAIKNYA....... JADI PENYELAMAT AYDA JEBAT

PIX  Kredit: Facebook (Internet).
Alahai Lee Kwang Soo… idola peminat sedunia #runningman ini…. Baiknya hati awak jadi ‘putera’ penyelamat kepada artis popular kita sendiri – Ayda Jebat. 

No wonder laa dia digelar ‘Prince of Asia’ … memang putera kesayangan ramai…. 


Kak Fas rasa hampir semua yang tahu mengenai kisah telefon bimbit Ayda Jebat dirampas gara-gara mahu berselfie dengan Lee Kwang Soo kan? Dah viral kut…

Kita tengok pun naik geram dengan pengawal keselamatan tu… ini lah yang dikatakan ‘lebih kuah dari sudu’…

Dia bertindak biadap di atas pentas dengan artis-artis jemputan kut… arahan siapa dia mengambil langkah itu? Arahan pihak penganjur 100 plus ke? Atau dia sengaja nak cari publisiti murah...

Tergamam Ayda dan barisan artis lain di pentas seperti Shahrul Ridwan, Ajak Shiro, Hairul Azreen dan ahli sukan pemotoran, Hafizh Syahrin.



Mahu tak malu diperlakukan begitu…. Nasib baik lah ‘prince charming’ cepat bertindak… mengambil kembali handphone yang dirampas dan serah balik kepada Ayda untuk sambung berselfie…

Tindakan spontan itu mendapat tepukan dan sorakan peminat Lee Kwang Soo… dan kini apa kata kita bagi gelaran baharu pada Kwang Soo sebagai  ‘Rescue Prince’ di samping gelarannya terkini  seperti ‘Giraffe’ (disebabkan ketinggiannya)  "Kwangvatar’, "Prince of Asia" dan “God of Variety’… aik macam Tuhan pulak… takpe lah itu panggilan peminat kesayangannya. Siapa kita untuk menghalangkan… kecuali ‘security guard’ yang kurang sopan tu huhu…

Insiden yang berlaku itu berlangsung di Paradigm Mall ketika sesi penggambaran pusingan akhir ‘RUNNING MAN CHALLENGE HYDRATED BY 100PLUS’ bersama ONE HD.

Meh… Kak Fas 'story'  sikit kisah cabaran 100 plus ini…

Ujibakat dalam memilih peserta telah diadakan di Kuantan, Putrajaya dan Johor Bahru sejak bulan Oktober yang lepas di mana 10 peserta terbaik telah dipilih melalui sesi ujibakat yang menyaksikan persaingan sengit antara peserta-peserta dari segi mental & fizikal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir program RUNNING MAN CHALLENGE HYDRATED BY 100PLUS bersama ONE HD.



Dan semalam peserta-peserta bertuah  yang berentap  diketuai oleh  barisan selebriti yang Kak Fas sebut tadi iaitu pelawak, Ajak Shiro menerusi “Team Original”, Ayda Jebat pula memaparkan kuasa wanitanya menerusi “Team Berry”, manakala pelakon Hairul Azreen pula  beraksi bersama “Team Orange”  sementara  artis popular Shahrul Ridzwan mengetuai “Team Lemon Lime.”



Mereka  beraksi dan mencabar tahap kecergasan masing-masing untuk muncul sebagai juara 100PLUS Running Man Challenge yang pertama di Malaysia.

Dan yang bestnya,  juara cabaran berkenaan  akan berentap dengan penampilan tetamu khas dari program 'Running Man' itu sendiri , siapa lagi Lee Kwang Soo lah.

Jadi itulah serba ringkas kisahnya kenapa tiba-tiba Paradigm Mall yang lazimnya sunyi sepi dibanjiri lebih 4,000 manusia.. semata-mata nak menyaksikan kehadiran Lee Kwang Soo.

Hebat tak penangan Kwang Soo….sesak Paradigm Mall dibuatnya. Sampai sebuah kedai yang berdekatan laluan ketibaan Kwang dipenuhi peminat yang mengintai di celah-celah baju jualan.... kedai tu kemudiannya terpaksa ditutup... gara-gara ramai dtg bukan untuk membeli tetapi tengok melalui cermin.



Begitulah … setiap kali ada Lee Kwang Soo …. Setiap kali juga lokasi di mana dia dijemput akan penuh sesak.

Kak Fas teringat kali terakhir bersama dalam satu majlis dengan pelakon Korea ini ketika dia diundang melancarkan Samsung Galaxy S7 Edge pada bulan Mac lalu di Suria KLCC…memang penuh ruangan kompleks membeli-belah itu. Setiap tingkat  bulatan dihimpit manusia….




Peminatnya sanggup menunggu lama dan beratur panjang semata-mata mahu mendapatkan autograph dan bergambar dengan lelaki tinggi lampai ini.

Dan sering kali apabila melibatkan artis Korea… ‘security’ cukup ketat. 

Pada acara  di Paradigm Mall pun sama juga tetapi kali ini Kak Fas dengan pengacaranya memberikan bermacam macam syarat  seperti ‘no selfie’, ‘no touching unless he touch you’, … no this no that… macam-mavam no lagi laaa… grrr… mengalahkan Presiden Amerika lak…

Obama datang sini pun walau pun kawalan ketat tak dengar pulak no this no that….. emmm kita pun faham kan takkan nak ambil masa berborak dan berselfie wama kekekangan masa. Tak begitu…?


Orang-orang Malaysia ni  dik ooi....kita berbudi bahasa dan berkelakuan baik… tak de siapa yang fanatik sampai nak tarik rambut, baju bagai…Jangan artis-artis di luar sana tu terutama artis luar negara, Bollywood juga yang sering begitu sukar didekati,.,, ketahuilah budaya dan adap sopan kita sebelum datang ke Malaysia ya.

Tak payah nak risau sangat... ini nasihat kepada pengiring-pengiring terutamanya.... kasihan Kwang Soo... nak angkat muka ke atas pun tak boleh.... orang sebelah minta tunduk dan sign autograf sahaja..... agar tidak membazir waktu. Pada hal Kwang Soo amat mesra nampaknya.. mahu je layan peminat yang menjerit namanya.




Apa pun sekiranya ko orang nak tengok episod  “Running Man Challenge” yang pertama di Malaysia ini  bolehlah tontonnya di saluran   ONE HD - saluran ASTRO 393 pada 1hb Januari 2017, jam 4.45 petang nanti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang 100PLUS www.100plus.com.my atau melalui laman media sosial @my100plus di Facebook, Instagram & juga Twitter! 

Jom kita layan gambar sekitar sikit... untung laa yang dapat bergambar dengan jejaka tinggi lampai macam 'giraffe' ni.











Media's and bloggers...