BIANCO MIMOSA TAMPILKAN GAYA UNIK 'NEO GLADIATOR'
#ADVERTORIAL
Rabun mata Kak Fas sebenarnya melihat barisan peragawati-peragawati menggayakan pelbagai rekaan pada runway Peniagawati yang berlangsung baru-baru ini di Minggu Fesyen Malaysia bertempat di Matrade,
Mana nak lihat gaya lenggok peragawati yang cantik, mana nak lihat rekaan baju yang lawa apatah lagi dengan kelajuan langkah setiap model yang memperagakan pakaian di tubuh masing-masing.
Pada petang itu, Peniagawati runway memperkenalkan rangkaian fesyen rekaan enam jenama popular meliputi Bianco Mimosa, De Natura Dave, Lexsrra, Luvhlee Wardrobe, Nur Huda dan Wanpa.
Pun begitu, Kak Fas harus fokus pada rekaan daripada jenama Bianco Mimosa yang diilhamkan oleh pengasasnya Dato Ida Suraya memandangkan undangan Kak Fas untuk menyaksikan pertunjukan fesyen tersebut datangnya daripada team Bianco Mimosa.
Rupanya sahabat Kak Fas, Athirah (kanan sekali) yang menjaga media pada majlis tersebut justeru mempermudahkan lagi urusan entri ke dalam Matrade.
Dan alhamdullillah juga, Kak Fas dapat 'chup' kerusi di barisan hadapan sekali yang telah dikhaskan untuk media jadi senang Kak Fas nak mengambil gambar dengan kamera telefon bimbit.
Sebaik sahaja 'tirai' persembahan dibuka terpampang logo Bianco Mimoso pada skrin pentas dengan tema fesyen 'Neo Gladiator".
Wah... perkataan 'gladiator' itu sahaja sudah cukup gagah.. bagaimana agaknya rekaan yang ditampilkan, hati berkata-kata.
Penampilan gaya pertama daripada 10 adibusana terbaharu di bawah koleksi 'Neo Gladiator' menyaksikan satu rekaan baju skirt yang ringkas bewarna warni waima kasut yang berbelit hingga ke lutut melambangkan seorang wanita gladiator yang tentu sekali berhati waja sesuai dengan corak kain yang garang tetapi tetap lembut tanda kewanitaaannya.
Melalui setiap rekaan yang ditampilkan menepati tema gah yang diangkat seolah berada di zaman kemegahan bumi Rome lagaknya.
Seperti kemahuan pereka fesyen yang juga pengasas kepada butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha, koleksi Geo Gladiator diilhamkan demi memberi suntikan nuansa gaya pemakaian atau fesyen di era berkenaan yang dianggap unik dan mempunyai ciri elegan dan kelas yang sukar ditafsirkan.
Kata Dato Ida Suraya (bawah):
"Ia tidak cuma mengenai kemegahan perjuangan bak seorang pahlawan, tetapi di zaman itu uga mempunyai elemen fesyen yang menarik dan saya sangat suka dengan tema ini yang mana bagi saya, ia penuh dengan gambaran bak berada di Rome di zaman itu."
Dengan menampilkan koleksi gaya ini, Dato Ida mahu menggambarkan penggayaan busana ala Gladiator di zaman berkenaan yang menyaksikan bagaimana kaum wanitanya mempunyai citarasa yagn elegan dalam busana mereka, terutama penggayaan bak seorang puteri raja seperti penampilan model terakhirnya yang bergaun kembang putih ini,
Merangkumi gaun pendek, gaun panjang, jumpsuit, t-shirt, jaket dan busana lain, 10 koleksi Neo Gladiator ini boleh didapati dalam sentuhan formal ala New Rendition.
Istemewanya, setiap rekaan daripada Bianco Mimosa menitikberatkan kualiti dalam fabrik. Dan kerana itu, koleksi terbaharu ini juga menggunakan kain sutera yang diimpot dari luar negara.
"Saya ke luar negara untuk memilih sendiri jenis kain sutera yang helaian fabrik yang dihasilkan adalah daripada Cocoon (kepompong) ulat sutera yang terbaik dan bermutu tinggi," cerita Dato Ida sewaktu ditemui.
Dari segi teknik penghasilan, Bianco Mimosa menampilkan teknik tenunan, sulam tangan termasuk tenunan halus diterapkan dengan setiap prosesnya dihasilkan lapisan demi lapisan bagi memberikan hasil yang terbaik pada fabrik.
Dan lebih eksklusif lagi, Dato Ida banyak menggunakan batuan Swarovski serta manik terpilih hasil buatan tangan dalam menaikkan elemen glamor pada busana.
Malah setiap rekaan pula ditampilkan dengan aksesori, tas tangan dan kasut sepadan bagi memberi variasi fesyen kepada pelanggan.
Lazimnya, fesyen koleksi couture begini yang bernilai lebih tinggi di ekspot ke luar negara kata Dato Ida sebagai memenuhi permintaan pasaran di sana seperti di Amerika Syarikat mahu pun Afrika.
"Saya baharu sahaja mendapat undangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen di China dan berharap dapat menembusi pasaran itu dalam masa terdekat," Dato Ida melahirkan rasa puas dengan usahanya.
Usahawan cantik dan bergaya ini turut menyifatkan kolaborasi acara pertunjukan fesyen bersama Peniagawati sebagai satu platform istimewa yang membantu melonjakkan usahawanita dan jenama pereka fesyen tanah air ke peringkat antarabangsa,
Barangkali bagi setengah orang tentu tidak tahu apa sebenarnya maksud Bianco Mimosa kan?
Okey.... keh Kak Fas story sikit mengenai jenama ini...
Bianco Mimosa diambil daripada nama berbahasa Itali yagn menyaksikan Bianco membawa maksud putih (Houses Couture Atelier), manakala Mimosa pula adalah nama saintifik bagi tumbuhan semalu.
Merupakan butik fesyen yang menyediakan koleksi 'ready to wear', Bianco Mimosa yang ditubuhkan pda 26 April 2013, mengambil inspirasi daripada pereka fesyen dari luar negara waima fabrik yang digunakan didatangkan khas daripada pelbagai lokasi di luar negara.
Antara tempat-tempat di mana Dato Ida sendiri yang melakukan pembelian adalah di Itali, Perancis, United Kingdom (UK), Turki, Afrika Selatan, India, Vietnam dan pelbagai lagi.
Tidak hairanlah Kak Fas apabila Dato cerita 'almost' setiap bulan beliau akan terbang ke negara-negara berkenaan.
Pendekata, sebahagian masa dalam kehidupannya pasti di awan biru gitu kan Dato Ida. Dan khabar terbaharu pula Dato Ida bercadang mengadakan pertunjukan fesyen di kota Paris yang terkenal dengan dunia fesyen antarabangsa.
Wah.. tak sabar Kak Fas nak lihat usahawan wanita Melayu kita mampu memperagakan hasil rekaan hingga ke runway kota Paris....
Kipidap Bianco Mimosa!
TAN SRI Shahrizat Abdul Jalil turut diundang menyaksikan pertunjunkan fesyen anjuran Peniagawati. |
BERSAMA ahli-ahli Peniagawati. |
ANTARA para artis yang hadir memberi sokongan kepada Dato Ida Suraya ialah Norman Hakim dan isteri, Memey serta Arja Lee (bawah) |
Last sekali, Kak Fas pun mahu juga lah merakamkan foto dengan Dato Ida dan rakan-rakan Peniagawati yang Kak Fas kenal antaranya bekas model yang selalu memberikan kerjasama kepada Kak Fas sewaktu bertugas di Majalah WANITA pada era kegimilangan Mimi Waheeda (tengah) di pentas peragaan,
Mimi mendapat tepukan dan siulan kala dia muncul kembali pada runway Penagawati kali ini.... ternyata beliau tidak hilang langkah ayunya... masih berbisa gitu Mimi dan bolehlah selepas ini aktif kembali terutamanya sebagai model jemputan ya tak?