Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

COMPASIA SASAR JUALAN 100,000 UNIT IPHONE 7 MELALUI 'RENEW+


#ADVERTORIAL

Pada zaman emak bapa kita dahulu, apabila keluarnya kereta baharu, keinginan untuk membeli waima bertukar kereta  sekali pun bukanlah semudah  kiraan A, B, C. 

Mampu membeli sebuah kereta pun sudah dikira bertuah. Ia sekali gus mencerminkan latar belakang pemiliknya, seorang yang berduit dan golongan berada.

Dan selalunya orang yang baharu memiliki kereta akan memandunya keliling kampong untuk ditayangkan kepada khalayak. Tidak hairanlah timbul kata orang tua-tua  bahawa pemiliknya tengah ‘gila stereng’. 

Pantang ada masa, asyik ke hulu ke hilir sahaja memandu kereta baharu. Kak Fas rasa sesiapa pun akan bersikap begitu apatah lagi jika pertama kali dapat kereta. Gatalnya kaki nak ke luar walau pun sebenarnya tiada tujuan tertentu… makan angin pun jadilah sebab tengah ‘gila stereng’. Kelakar pun ada bila melihat perangai orang.

Tetapi gambaran zaman itu kini rasanya sudah semakin luput gara-gara lambakan kereta pelbagai jenama  dan kemudahan untuk memilikinya tidak lagi sukar. Jika dahulu harus letak ‘deposit’ tetapi kini institusi perbankan sudah boleh menawarkan 100 % pembiayaan untuk pembeli.

Memiliki kereta sekarang bukan lagi dilihat sebagai satu kemewahan tetapi lebih kepada keperluan.

Eh.. kenapa pula Kak Fas mengaitkan kisah ‘gila stereng’ dengan apa yang mahu Kak Fas ceritakan ini ya?

Cukuplah mukadimah tu Kak Fas….

Okey… pendekkan cerita… apa yang Kak Fas ingin katakan ialah zaman anak-anak muda sekarang tidak lagi ‘gila stereng’ sebab kereta sudah mudah dibeli tetapi telah beralih kepada ‘gila gajet’.


Mahunya tidak, penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik bahkan kajian menunjukkan Negara kita ini mencatatkan kadar penembus telefon pintar 80% selepas Hong Kong dan Singapura (87 peratus), diikuti Australia (75 peratus) dan China (71 peratus).

Malah 47%  rakyat Malaysia dikatakan  memiliki lebih daripada satu telefon bimbit diikuti Hong Kong (31%), Singapura dan China  29 peratus.

Jadinya, tidak hairan kan jika pelbagai pelan atau program diperkenalkan syarikat-syarikat telco mahu pun yang berkaitan dengan teknologi maklumat bagi memancing pelanggan.



Dan antara mereka itu, tidak ketinggalan pelan terbaharu yang diperkenalkan oleh syarikat CompAsia.

Pernah dengar CompAsia?

Sejujurnya, Kak Fas yang bukan arif sangat perihal dunia teknologi moden ini tidak malu untuk mengakui selama ini tidak pernah tahu mengenai urusniaga CompAsia yang sebenarnya  sudah lama ditubuhkan sejak 2012.
Kak Fas baharu tahu wujudnya CompAsia  setelah menghadiri satu pertemuan eksklusif dengan komuniti blogger atas undangan sahabat Kak Fas, yang juga blogger Misz Ella (bawah, kanan), baru-baru ini.



Tak sangka kewujudan CompAsia selama ini berfungsi sebagai syarikat  membaik pulih peralatan elektronik termasuk pelupusan aset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) serta memasarkan semula apa yang telah dibaikpulih seperti komputer riba, telefon pintar dan seangkatan dengannya di mana produk-produk tersebut dijual kembali melalui laman web mereka iaitu www.comp-asia.com.

Tetapi kunjungan Kak Fas dan bloggers lain di sebuah café ‘Food Foundry’ di Petaling Jaya baru-baru ini, bukanlah untuk mendengar sejarah lama CompAsia tetapi program terbaharu yang direka khas, yang Kak Fas kira satu initiatif  bijak  bagi jangka panjang pengguna telefon pintar.




Dinamakan ‘Renew+’, pelan printis ciptaan CompAsia ini mampu merealisasikam impian setiap golongan ‘gila gajet’ tadi  yang sekarang ini sedang ‘mabuk iPhone’ katakan.
Siapa tidak mahu memiliki peranti buatan Apple ini kan? Kak Fas antara yang jika ada duit lebih, mahu sahaja bertukar ke iPhone 7 waima banyak mana pun telefon yang Kak Fas ada dalam simpanan tetapi jenama iPhone tetap di hati gitu.

Sampai sekarang Kak Fas masih menggunakan iPhone 5 walau pun kadang kala menghadapi masalah bateri sering ‘kong’. 




Dan apabila mendengar penerangan mengenai pelan ‘Renew+’  daripada mulut  CEO CompAsia sendiri, Encik  Julius Lim (atas), hati Kak Fas rasa berkobar-kobar hendak tukar kepada i{hone baharu ini.

Menarik ke pelan tu?

Memang menarik sebab melalui ‘Renew+’, pengguna yang ‘gila gajet’ boleh sahaja bertukar ke telefon bimbit terbaharu setiap tahun.



Iya… ko orang tidak salah dengar apa yang Kak Fas ceritakan. Tak perlu keluar banyak ongkos gitu, jimat duit poket.

Yang penting  you all semua  boleh dapatkan telefon baharu jika yang lama buat hal atau rosak mahu pun dah rasa bosan.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja… dengar Kak Fas ‘story’ ya…

Tetapi terlebih dahulu Kak Fas nak ingatkan bahawa  setiap yang mahu menyertai skim ini haruslah mempunyai kad kredit MaybankEzyPay bagi memudahkan urusniaga memandangkan setekat ini CompAsia hanya MoU dengan Maybank dahulu.

Melalui pelan ansuran tanpa faedah selama 24 bulan, pemegang kad kredit boleh memilih skim bayaran mengikut model phone yang dikehendaki. Contohnya, untuk  iPhone7 dengan 32GB, bayaran yang dikenakan hanyalah RM160/sebulan. Seterusnya, bagi 128GB, RM182/sebulan dan 256GM RM210 sebulan. 

Manakala untuk iPhone7 Plus 32GB RM190/sebulan, 128GB RM2015/sebulan dan 256GM RM240/sebulan. 



Apa macam?  Ada kemampuan? 

Sudah tentu pakej ini yang terbaik daripada pelan telco yang ada sekarang ini. Lebih memudahkan lagi ketiadaan pembayaran pendahluan, hanya ‘swipe’  sahaja kad kredit  dan ko orang sudah mampu memiliki sebuah  telefon idaman hati.

Bukan itu sahaja, pelan ini tidak terikat dengan mana-mana rangkain telco dan pembeli turut berpeluang mendapat insuran 'Phone Guard' percuma selama setahun sebagai perlindungan dari skin retak. 



Jadi anda tidak perlu risau jika telefon terjatuh dan skrin pecah, selepas menggunakannya selama setahun sudah boleh dipulangkan semula kepada CompAsia untuk mendapatkan yang terbaharu  waima segala baki pembayaran  yang masih tetunggak akan dikembalikan sekali gus.

Sesungguhnya, kejayaan program yang dirintis oleh CompAsia ini pastinya bergantung kepada sambutan pengguna.

Pun begitu, Julius mensasarkan CompAsia mampu menjual 100,000 unit dalam jangka masa setahun program diperkenalkan apatah lagi perancangan global sudah pun diaturkan di mana  urusniaga ‘Renew+’ akan dilebarkan sayapnya sehingga ke Singapura dan Filipina pada bulan November 2016 ini.

“Kami berharap Renew+ dapat memberi impak atau pun merevolusikan cara bagaimana telefon pintar akan dibeli dan dijual kembali di Negara Malaysia, Singapura dan Filipina,” harapan Julius.

Lim menambahkata, ReNew+ akan menawarkan lagi sebuah program upgrade istimewa pada awal tahun hadapan  khas untuk pengguna yang gemar telefon pintar Android. 

Program berkenaan akan bercorak ‘jenama bebas’ di mana pembeli mempunyai kebebasan untuk menukar atau menaiktaraf telefon pintar mereka kepada telefon pintar baharu yang sama mewah tetapi berjenama lain.




Jadi pengguna telefon Android, usah hampa… tunggu sahaja tahun hadapan…. Beberapa bulan sahaja lagi pun.

Dan bagi peminat iPhone 7, inilah peluang anda untuk mendapatkan telefon yang sedang ‘trending worldwide’ sekarang ini.

Pendekata, ReNew+ yang bercorak unik ini direka khas untuk menawarkan pilihan yang lebih bijak kepada pengguna yang ingin menaiktaraf telefon pintar mereka setiap tahun.

Sekali lagi Kak Fas ulangi.kepada yang berminat, mereka  hanya dikehendaki membeli iPhone terbahru ini dari kedai online CompAsia (www.compasia.com) ataupun dari mana-mana kedai tertentu yang turut menawarkan program ReNew+ melalui Maybank EzyPay.

Secara ringkasnya  ini antara sebab musabab faedah yang boleh diperoleh melalui  “Renew+” :



Faham kan penerangan ringkas Kak Fas di atas. 




Apa pun jika Jika  masih rasa keliru atau pun mahu  tahu lebih lanjut bolehlah terus ke pejabat  ComputerAsia Sdn Bhd, Suite 2.04 Level 2, Wisma Academy, No. 4A, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, pada waktu pejabata dari 8.30 pagi hingga 6 petang  Pejabat bagaimana pun tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti umum. 

Di situ jika nak terus beli boleh sahaja mendaftarkan diri tetapi jangan lupa bawa kad kredit anda ya.

Bagi yang tinggal jauh boleh layari laman web my.compasia.com atau ke laman facebook mereka,  fb.com/CompAsiaMY. Twitter: @compasiamy mahu pun ikuti Instagram: @compasiamy

So... jangan tunggu lama-lama... jom tukar ke iPhone 7 baharu ya dan tunggu iPhone 8 bila keluar nanti ya....