Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JOM P KEDAH' TENGOK PESTA TEATER MALAYSIA 20hb - 26hb NOVEMBER INI


#ADVERTORIAL

"Jom! pakat p Kedah ramai-ramai"

Cewah! Dah lama Kak Fas tak borak pelat Kedah nor?

Sungguh pun Kak Fas ni orang Utara tetapi setekat lahir di Ipoh, Perak je kome.... sebab sebahagian daripada kehidupan Kak Fas membesar di merata tempat. Masa zaman kanak-kanak dah duduk di New Delhi, India, pastu  ke London pulak lima tahun dan pastu sambung pengajian kembali ke Kuala Lumpur, jadi lidah Kak Fas ini dah hilang loghat Perak gitu.


Tetapi kenapa lak tiba-tiba Kak Fas borak Kedah ek? Setekat satu baris ayat lagu tu okey la kan, mana nak lawan pekat Kedah Che Ta kita ya tak.... tu pelakon jelita Rozita Che Wan. Jauh panggang dari apa la kalau nak 'compare' dengar loghat Kedah Kak Fas dengan Che Ta haha....

Okey lah, kisahnya sebab Kak Fas nak 'story' kat hangpa kisah 'Festival Teater Malaysia 2016' yang buat pertama kalinya jelajah ke luar Lembah Kelang, dan akan berada di Kedah, nun bertempat di Auditorium JKKN Kedah.

Jadi pada musim cuti sekolah ni, bolehlah orang Kedah dan peminat teater  dari  seluruh negara p ke negeri 'Jelapang Padi' untuk ikuti sepenuhnya acara Festival yang akan bermula dari 20 November ini hingga 26 November depan.

Pada majlis pelancarannya bersama  Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKKN), Tan Sri Norliza Rofli (bawah, berucap) yang tetap diadakan di Kuala Lumpur semalam (Jumaat), Kak Fas yang bukannya peminat teater sangat pun agak teruja dengan pengisian program sepanjang festival berlangsung selama enam hari itu.

Majlis didahului dengan persembahan pembukaan dramatari 'Mek Mulung' dari Kumpulan Kesenian JKKN bersama artis2 tempatan antaranya Zulin Aziz dan pelakon program realiti 'Anak Wayang',   Mohd Hairi Safwan Aznan.



Yang turut hadir bersama Tan Sri Norliza ialah Setiausaha Agung Persatuan Teater Malaysia (penganjur bersama JKKN), Encik Sakrani Shamsuddin, Hj Mesran Mohd Yusop, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kebudayaan dan Kesenian JKKN dan Encik Shahrizal Abdan, Penolong Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya JKKN.




Pada hari pesta itu nanti,  enam kumpulan teater yang berjaya ke pentas akhir  bakal berentap untuk peluang merebut hadiah wang tunai berjumlah  RM37,500 yang disediakan keseluruhannya. Acara kemuncak majlis penyampaian hadiah yang khabarnya  ala-ala malam 'Oscar' gitu,  akan dilaksanakan pada malam akhir iaitu pada 26 November.

Kumpulan-kumpulan terbabit adalah yang terbaik daripada 104 kumpulan yang bertanding dari 14 negeri terlibat. Mereka yang memulakan pementasan pada 20 November (mengikut urutan hari persembahan berikutnya)  meliputi kumpulan dari :




  1. Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis - "Ka'Sorga" arahan Hairi Safwan Aznan
  2. Gabungan Seni Warisan ANak Penang, Pulau Pinang - "The Maids" - Nadhilah Suhaimi
  3. Persatuan Seni Ceritera, Selangor - "Jalan Mati" - Khusiary Mahyuddin
  4. Stage Production Universiti Malaysia Sabah - "Prebet Kabimbangan" - Sharifuddin Zainal
  5. Kelab Penggiat Seni Teater Negeri Sembilan - "Tergantung" - Noor Idlah Abdul Halim
  6. Persatuan Seni Persembahan Sifar Kuching, Sarawak - Di Panji Rumput' - Malek Hassan.


Snippets kesemua tajuk persembahan dipertontonkan atas pentas secara monolog oleh dua orang anak seni yang terkenal, Norzizi Zulkifli (bawah kiri, yang khabarnya bakal menerima Ijazah Kedoktoran Falsafahnya tidak lama lagi) serta penggiat teater, Aminah Rhapor (bawah, kanan).



























Sudah tentu tidak puas kan menyaksikan persembahan monolog ringkas kedua mereka ini...jadi kalian semua yang berada di Saloma Bistro Restaurant semasa pelancaran Festival Teater Malaysia 2016 ini... jom p Kedah.

Bukan lama pun nak pandu ke Alok Setak (Alor Setar) tu....drive - rehat - drive - rehat kat R&R sepanjang lebuh raya Utara- Selatan tu... dah sampai. Kira-kira lebih kurang  4 jam je u alls. Tetapi lambat sikit sampai pun tak pe... pandu cermat jiwa selamat kata orang.. tak gitu?

Okey, sampai sahaja di sana, bolehlah tempah hotel dulu kan atau kalau dah kampung halaman masing-masing kat sana... tak ada lah timbul masalah. Malah kalau sampai se hari awal lagi baik, tak lah terkejak kejak (terkejar-terkejar) nak p Festival yang padat tu kalau lambat ya tak.... sekali sekala cik borak Kedah seronok gak nor hihi,... janji hangpa paham.

Dan kalau nak tahu program festival... mai baca sini... ada macam-macam tau:

  • Open Mic @Sembang Teater - pengisian baharu berkonsepkan santai dan interaktif
  • Mini Pesta Buku - 10 pamamer buku akan terlilbat
  • Pameran oleh Kumpulan bertanding - berlangsung di laluan masuk auditorium
  • Persembahan Kesenian - Aktiviti sisipan atas pentas terbuka, bermula jam 8 malam

Dan bila dah sehari suntok penat melayan teater, tentulah nak makan minum ya tak.. jadi jangan risau... kat persekitaran ini pun ada disediakan gerai makanan dan minuman - ada roti bakar, teh tarik, nasi lemak, kuih muih tradisional negeri Kedah dan banyak lagi lah. 

Alamak, Kak Fas dah terbayang dan bau ikan pekasam dah yang terkenal di Kedah tu...terima kasih JKKN dah lama dah Kak Fas tak goreng ikan yang merupakan produk makanan pasti beli di Pekan Rabu tu....

Dalam pada itu, orang-orang Kedah yang meminati tokoh-tokoh teater ternama seperti Dato Rahim Razali, Fauziah Nawi, Namron mahu pun Hj Morad Ibrahim, bolehlah cari-cari peluang berjumpa mereka kerana kesemua mereka ini akan berada di bumi hangpa sebagai penerima Anugerah Khas Festival Teater Malaysia pada malam kemuncak. Mana tau kut-kut sempat 'berselfie" dengan mereka... tentu hangpa suka kan?

Khabarnya ramai lagi artis-artis akan turun sebagai penyampai anugerah. Tunggu je...

Jadi 'Jom p Kedah' dan semarakkan teater tanah air yang merupakan program dwi tahunan ini, diperkenalkan pada tahun 70an lagi dengan nama asalnya, "Pesta Tarian dan Drama', kemudiannya bertukar kepada 'Pekan Teater (1990an) dan kini  nama "Festival Teater Malaysia' kekal sejak 2002.

Kita dengar harapan penganjur:

"Dengan penganjuran program ini, kemeriahan berteater dapat terus dikekalkan dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri kreatif. Ia  diharap mampu mengukuhkan keperibadian masyarakat Malaysia melalui mesej dan elemen nilai murni dan budaya yang disampaikan dalam pementasan teater berkualiti."





Tetapi yang lebih teruja pada majlis pelancaran hari itu... tiba-tiba munculnya peserta Otai 'Gegar Vaganza" - AMENG yang mendapat tepukan gemuruh  dengan  penyampaian tiga buah lagu popularnya 'Bourgenvilla", "Sampai Hati" dan "Romantis".

Menggamit nostalgia mendengar keasyikan lagu-lagu Ameng...tambahan ketiga-tiga lagu favourite Kak Fas gitu dan Kak Fas percaya lagu kesukaan hangpa semua gak kan hihi...

Apa-apa pun dah layan dengar Ameng tu jangan lupa pulak 'Jom P Kedah' ya memeriahkan Festival Teater Malaysia 2016 dari 20 hingga 26 November. Ingat haribulan  tu tau!

'JOM P KEDAH'