Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JURNAL ASYIKIN, TANG GUO HUA, TRAVELOG CINTA HARUS TONTON

NUR ASYIKIN  bersama suami, Ishak Tnng diwawancara oleh hos petang itu, Azman.
#ADVERTORIAL

“Uthlubul Ilma Walau Bishin”  - hadith riwayat Nabi Muhammad SAW yang bererti ‘carilah ilmu sampai ke negeri Cina”.

Barangkali hadith itu tepat bagi Kak Fas simpulkan terhadap perjuangan  pasangan Nur Asyikin Rahmat, 33, dan suaminya, Tang Guo Hua, 38, beragama Islam tetapi berasal dari Tang Wang, Lanzhou, sebuah wilayah Islam di China.

Dan betapa indahnya bunyi peribahasa ‘jauh perjalanan, luas pemandangan’ begitu indah juga jodoh pertemuan Nur Asykin dan Tang Guo Hua atau lebih dikenali sebagai Hj  Ishak Tang apabila kedua insan dari dua benua berbeza ini disatukan dengan ijabkabul.

Kak Fas dapat bayangkan betapa suci dan murninya kisah pasangan romantik ini  yang walau pun kini, sudah mempunyai empat orang anak - Abdul Rahman Tang, 14, Abdul Hadi Tang, 9, Abdul Halim Tang, 5, dan Abdul Muiz Tang berusia  setahun lapan bulan.

Melihat mereka bermesra manja pada majlis minum petang yang Kak Fas hadir baru-baru ini menguatkan lagi andaian Kak Fas bahawa cinta sejoli  ini masih tersimpul ketat dan tidak mudah terlerai.

Semasa mendapat undangan dari sahabat-sahabat blogger Kak Fas, tertanya-tanya juga majlis minum petang untuk apa agaknya waima tajuk yang tertera pada back drop pentas tertulis ‘Jurnal Asyikin’ malah ada pula banting yang mengiklankan fabrik 'Asyikin Exclusive'.

Bila dirisik-risik dapat juga info bahawa hos petang itu, pasangan Nur Asyikin dan suaminya adalah pasangan usahawan tekstil yang terkenal dengan jenama ‘Asyikin Exclusive’ dan juga ‘Baba Nyonya Shop’.

Tetapi sebenarnya, majlis petang itu bukanlah untuk  mempromosikan lagi jenama 'Asyikin Exsclusive' yang terkenal dengan jualan fesyen muslimah tetapi bagi memperkenalkan sebuah program bertajuk “Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua”.

Rupanya program travelog berkenaan  sekarang ini sedang popular dan trending di Astro Oasis 106 setiap hari Ahad jam 7.30 petang. 






















Sudah empat episod berlalu sejak bersiaran 9 Oktober lalu dan hanya tinggal baki lima episod lag untuk tatatap mereka yang ingin menonton kisah cinta, ranjau dan duri dua insan berkasih ini. 

Kak Fas kagum mendengar kisah perjuangan mereka sebab Kak Fas akui bukannya mudah untuk membuat penggambaran di Negara orang tetapi mujurlah segala dugaan dapat diatasi waima di tempat tumpah darahnya Ishak Tang sendiri.

Pengalaman pahit manis inilah yang mereka mahu kongsikan bersama melalui travelog ‘Jurnal Asyikin Exclusive: Cinta Tang Guo Han” yang memakan belanja lebih daripada RM300,000.

Bukan satu perbelanjaan yang kecil itu... bahkan kata Nur Asyikin, kos sebenarnya adalah lebih daripada itu kerana perlu menambah perbelanjaan apabila  berlaku sesuatu yang di luar jangkaan produksi.

Melalui snippets video yang ditayangkan, Kak Fas dapat menyelami  keadaan yang dipaparkan oleh Nur Asyikin dan suaminya. Seolah-olah Kak Fas pun berada di tanah China gitu…

Tahniah kepada pihak produksi yang bukan sahaja menghasilkan travelog yang berinformasi tetapi sinematografi yang cantik dan indah. Terasa dah nak terbang ke negeri China dibuatnya apatah lagi inilah satu-satunya negara sebelah Asia yang Kak Fas belum menjejakkan kaki walau pun sudah jelajah setengah daripada dunia ini.

Lebih menarik lagi, melalui program tersebut, Nur Asyikin secara tidak langsung turut mempromosikan koleksi jenamanya Nur Asyikin Exclusive tanpa disedari.





“Inilah cara  kelainan yang saya lakukan untuk mempromosikan Asyikin Exclusive tanpa membuat penonton rasa bosan,” jelas Nur Asyikin kepada Kak Fas.

Ternyata, ‘approach’ begitu satu langkah yang bijak… macam orang putih kata ‘Killing two birds with one stone’  atau lebih tepat kata pepatah Melayu -  ‘sambil menyelam minum air’. 

Tak gitu Nur Asyikin?

“Saya ingin membawa penonton menyusuri pengalaman perniagaan tekstil melalui sentuhan perkongsian jatuh bangun dan jerih perih sepanjang kami berdua membina empayar,” cerita Nur Asyikin sambil memandang manja kepada suami tercinta disebalahnya.

Tambah beliau, paling difokuskan melalui rancangan ‘Jurnal…” nya itu adalah pengembaraan mengenal budaya masyarakat Cina di Negara Tembok Besar Cina berkenaan.

Jika lazimnya, penonton akan dipertontonkan dengan lokasi popular apabila berada di negeri China, tetapi lain pula yang dilakukan oleh kedua pasangan ideal ini.

Sebahagian besar daripada lokasi yang dipertontonkan bukanlah ‘wish list’ tumpuan pelancong tetapi dipilih agar memberi satu kelainan sekali gus mempromosikan daerah-daerah lain yang tidak kurang menyimpan seribu satu khazanah budaya dan alam yang sangat indah untuk dikunjungi.
Pemandangan Lanzhou


“Antara lokasi itu adalah daerah kampong suami saya dilahirkan iaitu di daerah  Tang Wang di Lanzhou," sambung Nur Asyikin sambil tidak henti-henti mengalihkan pandangan pada suami tercinta.

Cara sedemikian, katanya, dapatlah travelog ini juga memperkenalkan tempat-tempat menarik untuk pelancong berkunjung agar tidak tertumpu kepada bandar popular sahaja.

"Pasti sahaja keunikan pengembaraan membuatkan penonton terpukau dan kagum dengan keindahan budaya serta pemandangan di sana," harapan Nur Asyikin.

Khabarnya, selain perkongsian antara dua budaya, banyak elemen kejutan menarik dalam rancangan tersebut seperti kata Ishak Tang:

"Ia menjadi satu perkongsian bernilai kami dalam usaha membangunkan empire tekstil ini. Untuk kita sukses, banyak hakikat pahit yang terpaksa kami telan dan terus cekal bersaing dalam pasaran fesyen,:

Jadi jika kalian mahu mendapatkan inspirasi dan mencontohi bagaimana perjuangan kedua Nur Asyikin dan Ishak pastikan tidak melepaskan peluang menonton 'Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua" setiap Ahad jam 7.30 petang di Astro Oasis yang terkenal dengan taglinenya  "Inspirasi Sanubari".

Tidak syak lagi cinta dan pengalaman Nur Asyikin dan Ishak Tang akan memberi inspirasi buat hati sanubari kalian selepas menontonnya.

Mungkinkah ada musim kedua selepas tamatnya 9 episod nanti?




Kita tungguuuuu..... tetapi kalau dah dapat sambutan hangat khabarnya.... tentu penonton mahu lagi kan? Jadi jangan berhenti menyaksikan rancangan berbentuk 'infotainment' ini ya....

Ooops malam ini rupanya  tau (6 November 2016) akan disiarkan episod ke 5....so watch it u alls.. 

Sebelum itu Kak Fas nak melencong sikit sebab nampak kelibat penyanyi dan pelakon AF musim ke 6 iaitu Lufya Omar yang turut hadir di majlis hi tea berkenaan.

Adakah Lufya akan menjadi duta Nur Asyikin Exclusive fikir hati?

Jawapan dalam hati Kak Fas terjawab apabila Nur Asyikin memberitahu:

"Lufya adalah tetamu kami memandangkan dia pernah mempromosikan jenama Nur Asyikin Exclusive. Kami tidak lagi memperkenalkan artis sebagai duta kerana kami rasa lebih baik jika kami sendiri yang menjadi duta kepada produk kami supaya ia lebih dekat di hati peminat."

Betul juga kan? Sendiri punya produk lebih baik sendiri yang melakukan promosi sebab apa sahaja persoalan sendiri boleh jawab....ok bai!

LUFYA Omar (dua dari kanan), antara tetamu khas Nur Asyikin.





J