"KLINCELL' JUS MINUMAN TENAGA, 'PENAWAR' PESAKIT
#ADVERTORIAL
‘KLINCELL’ – namanya sahaja sudah cukup untuk Kak Fas memahami fungsi sebenarnya produk keluaran KlinCell Bio PLT ini.
Jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ia membawa pengertian mencuci sel-sel yang ada di dalam tubuh badan kita. Tak begitu?
Sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan tujuh bulan lalu, ‘KlinCell’ sudah mendapat jualan lebh daripada 4,000 botol dengan bilangan stokis yang semakin meningkat kepada 60 orang sekarang.
Ketika berada bersama di majlis pelancaran minuman campuran botani dalam bentuk jus berasaskan ekstrak asli daun rerama ini, Kak Fas diberitahu pelanggan yang mengamalkannya dapat merasakan perubahan positif terutama mereka yang mengalami masalah darah tinggi, kencing manis dan gout mahu pun menambah tenaga bagi pesakit kanser.
Apakah ini ubat alternatif?
“Bukan. KlinCell bukan ubat. Ia hanya minuman dan penawar masalah kesihatan,” kata pengasasnya, Encik Mohamad Nazri Arshad jujur.
Pun begitu, KlinCell telah mendapat pengkelasan di bawah kategori Interfasa Makanan Ubat Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia malah telah diuji di makmal Pusat Racun Negara untuk memastikan keselamatan produk.
Jadi kalian semua jangan rasa gundah gelana atau risau mengenai khasiat KlinCell ya.
Kak Fas tertanya-tanya juga apakah ‘speciality’ produk ini berbanding dengan berlambaknya produk kesihatan lain yang tumbuh bagaikan cendawan sekarang ini?
Rupanya ‘selling point’ KlinCell terletak kepada ramuannya di mana inilah produk yang pertama menggunakan daun rerama, dikatakan mampu meningkatkan antibodi badan serta merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
“Dengan menggabungkan daun rerama bersama bahan-bahan botani lain seperti delima, apricot, durian belanda dan kurma, inilah satu-satunya produk yang dijuskan dan boleh diminum begitu sahaja,” ujar Mohamad Nazri.
INI rupanya daun Rerama...oo macam bentuk rama2. |
Sejujurnya, Kak Fas tak malu untuk mengakui inilah pertama kalinya mendengar adanya daun rerama atau ada yang menyebutnya sebagai ‘Red Butterfly Wing” malah daun ini dikatakan mengandungi 13 sebatian kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubatan.
Oh.. jadi tidak hairanlah bila Kak Fas layari internet dan baca satu berita tahun lalu yang mengatakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia memberi dana bernilai sehingga RM20 juta semata-mata untuk kos penyelidikan klinikal terhadap daun rerama sehingga ia mampu menjadi ubat yang menepati standard kesihatan dunia untuk merawat kanser, sekali gus mampu mengharumkan nama Malaysia dalam dunia perubatan.
Hebat juga kan tumbuh-tumbuhan yang ada di bumi tanah Melayu ini ya tak?
Apa pun yang penting setiap produk perlu ada testimoninya yang tersendiri dan KlinCell jua tidak terkecuali menampilkan beberapa individu bagi tujuan tersebut.
Pada tayangan video oleh dua orang pesakit yang menghidap kanser ‘thyroid’ dan ‘kencing manis”, kedua mereka yang mengamalkan minuman KlinCell melahirkan rasa puas hati dengan khasiatnya dan berterima kasih kerana telah bertemukan mereka dengan penawar yang dicari-cari.
Antara kesan positif yang mereka rasakan selepas meminumnya ialah:
• Agen anti-kanser yang baik bagi merencatkan sel kanser dan ketumbuhan
• Agen antioksidan yang baik untuk detoksifikasi yang lebih sempurna
• Meningkatkan sistem imunisasi dan antibodi badan
• Membantu sistem penyerapan dan pencernaan
• Membantu meningkatkan peredaran darah dan mengawal tekanan darah
• Membantu mengawal paras gula dalam darah
• Meningkatkan kesuburan
• Membekalkan sumber tenaga segera – tak penat, tak rasa lapar, sudah boleh solat, sudah boleh memandu.
Malah, kata pengasasnya, Mohamad Nazri (bawah, kiri)) bagi mereka yang mengalami masalah ringan seperti darah tinggi boleh mendapatkan kesan positif seawall tiga hari meminuman jus KlinCell.
Sukatannya cuma 10ml pada sebelah pagi dan malam sahaja.
Tidak syak lagi produk ini menepati taglinenya yang berbunyi “Berikhtiar Bersama KlinCell” kerana kewujudannya bertujuan untuk memberi semangat juang pada setiap penyakit yang dihadapi.
Ya kita hanya berikhtiar dan merancang, waima segala Ketentuan datangnya dari ALLAH jua.
Dengan harga RM80 sebotol, ‘KlinCell’ mensasarkan jualan sehingga 10,000 unit sebulan menjelang suku tahun 2017 dengan pengeluaran lebih 5,000 botol sebulan bagi memenuhi permintaan stokis seluruh Negara.
Apakah kalian berminat mahu menjadi stokis?
Boleh aje….
Menurut pihak KlinCell, seorang stokis cuma perlu melaburkan minima RM500 (RM600 Sabah/Sarawak) di mana mereka diberikan 10 unit KlinCell.
“Kami juga memberikan bimbingan pemasaran secara percuma seperti teknik membuat pemasaran menggunakan platform sosial media mahu pun cara menguruskan perniagaan dan pemasaran secara runcit,” jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Khairol Faris Khalid (bawah, kiri) yang turut hadir.
Majlis pelancaran menyaksikan kedua Mohamad Nazri dan Khairol Faris melepaskan lima ekor burung merpati sebagai gimik dan barangkali simbolik kesucian dan keberkesanan produk kepada setiap pesakit mahu pun yang tiada berpenyakit.
“Produk ini boleh diminum seawall usia 2 tahun sebagai makanan tambahan,” pesan Encik Khairol.
Dan sebagai pelan pembangunan lanjut, KlinCell sudah pun melebarkan sayapnya di pasaran SIngapura dan Brunei malah sedang berunding untuk menembusi Asia Barat waima sudah pun mendapat tempahan dari Arab Saudi.
Syabas KlinCell… moga produk tempatan ini mendapat tempat di hati orang-orang di luar Negara sekali gus mengharumkan nama Malaysia dalam dunia perubatan seperti harapan MOSTI.
Nak jadi stokis atau mahu maklumat lanjut bolehlah melayari laman wwwklincell.com/pengedar atau email kepada info@klinellbio.com. Boleh juga terus menelefon talian +603 8861 7445. +6017 6200 464 bagi membuat temu janji di pejabat mereka beralamat No 55-B, Jalan Diplomatik, Diplomatic Enclave. Precint 15. Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Atau jika mahu mengenali lebih dekat, boleh bertemu dengan mereka pada pameran MAHA 2016 yang akan berlangsung dari 1 hingga 11 Disember ini di MAEPS, Serdang.di Dewan Dome bermula jam 10 pagi.
PENGURUSAN KLINCELL turut menyampaikan sijil kepada para stokis yang hadir. |
MAJLIS Pelancaran berlangsung di sebuah cafe di Putrajaya petang Rabu semalam. |