Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT HIGH NOTE: HEBAT DALAM KEKURANGAN


Sejujurnya Kak Fas nak beritahu… kehadiran Kak Fas pada malam pertama Konsert High Note adalah kerana tarikan besi berani ‘Ziana Zain’.

Semasa menulis story ini… hati Kak Fas tertanya-tanya jadikah persembahan Konsert High Note  malam ini (Sabtu ) gara-gara masalah yang melanda dari pihak penganjurnya - DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagro.

Tiga pihak penganjur tu.. tetapi kenapa boleh timbul masalah sehingga Ziana Zain mahu pun Jaclyn Victor mahu tarik diri… barangkali benar kata orang putih ‘Too many cooks spoil the broth’ ya tak.


Maklumlah bila dah banyak kepala agaknya hati semua perlu dijaga… akhirnya yang menjadi mangsa tentulah nama artis yang terlibat – Ziana, Jac da Azlan Typewriter.
Sebenarnya kalau ikutkan jadual asal prebiu untuk media bagi  Konsert High Note sepatutnya berlangsung pada 24hb November tetapi ditunda ke 25hb November. Itu masalah pertama.

Masalah kedua… apabila pintu Panggung Sari Istana Budaya lewat dibuka seperti kebiasaannya. Kira-kira pukul 9.20 rasanya baharulah penonton dibenarkan masuk. Ramai yang berdiri di luar macam dah gelisah dan tertanya-tanya  kenapa lewat eh?

Dan setelah masuk ke dalam panggung… konsert masih belum nampak nak bermula…. Penonton terpaksa menatap pesanan Istana Budaya berulang  kali termasuk iklan Konsert High Note..

Penonton dah mula gelisah…. Apa sebenarnya yang terjadi ni?

Dan apabila tirai konsert dibuka dengan kemunculan Azlan Typewriter mulalah rasa lega akhirnya….tetapi melihat gelagat Azlan yang bermain teka teki dengan beberapa kali menyebut nama Ziana Zain seperti ada ke tak de ke… Kak Fas dah dapat merasakan pasti ada sesuatu yang berlaku di belakang tabir.



Apa pun Kak Fas puas mendengar nyanyian pembukaan Azlan yang memangnya seorang penyanyi ‘high note’ ketika menyampaikan “Lagu Untukmu’ dengan begitu bertenaga lagi.  Hilang sekejap rasa keraguan Kak Fas.

Selepas Azlan, Jaclyn Victor satu-satunya artis bersuara lantang di kalangan penyanyi bukan Melayu tidak kurang memberikan persembahan memukau dengan lagu ‘Cinta Tiada Akhirnya’ ciptaan Sulu Sarawak.

Malah sebelum Ziana muncul, Azlan sekali lagi mengambil alih pentas dengan  beberapa pertanyaan dan cakap-cakap yang membayangkan seolah ada berlaku sesuatu… tetapi akhirnya apa yang ditakuti tidak berlaku…. Ziana memang ada….

Kak Fas pasti semua di dalam panggung rasa lega dengan kemunculan Ziana. Tetapi yang peliknya apabila lagu-lagu yang dinyanyikan baik Ziana atau pun Jac seoalah  dibuat macam impromptu… last minit kata orang.


























Tak pernah Kak Fas tengok artis terpaksa pergi pada pengarah muzik untuk memberikan note dan sebagainya…..

Malah apabila kemunculan Azlan, Ziana dan Jac asyik duk keluar masuk pentas silih berganti selepas satu lagu setiap seorang macam tidak teratur dan tiada konsep.
Macam persembahan konsert sekolah pulak… tak nampak professional dari ketiga-tiga bintang yang professional.

Mesti ada yang tak kena ni… 



Akhirnya segala persoalan terjawab pada sidang akhbar selepas persembahan berakhir…
Rasanya semua dah baca kan apa sebenarnya yang berlaku….

Luahan hati Ziana Zain dan Jac (Azlan tidak hadir pada sidang media) menjawab kehampaan yang mereka alami.



Kata ZIana Zain:

“Inilah pengalaman paling terburuk saya alami sepanjang bergelar penyanyi sejak lebih 20 tahun. Persembahan hari ini adalah sebenarnya rehearsel pertama kami. Sampai MD (Muzik Director) pun dah hamper pitam. Kalau ikutkan hati memang saya nak tarik diri.
“Tapi saya kuatkan semangat dan teruskan juga walau pun akan menjerut leher kami. Setiap kali kami menghubungi penganjur mereka tidak menjawab dan kami juga tertanya-tanya jadi ke konsert ni….”

Kata pula Jaclyn Victor:

“Saya cuma dapat berlatih dengan pengarah muzik pada jam 7 malam sedangkan konsert akan bermula jam 9 malam. Bayangkan masa lagu Negaraku bermain dalam panggung saya masih belum habis make up. 

“Ia sangat memberi tekanan. Memang saya pun kalau ikutkan hati nak tarik diri tetapi disebabkan tanggunjawab dan amanah saya tetap teruskan walau pun terpaksa nyanyi lagu secara impromptu. INi kali pertama saya menghadapi situasi seperti ini.”





Dan apabila pihak penganjur yang diwakili oleh penerbitnya, Encik Mohd Hidayat Mohd Shah hadir untuk menjawab… ini pula alasannya:


“Kami ingin memohon maaf atas apa yang berlaku. Dalam hal ini kami tidak menyalahkan penyanyi. Kekurangan yang berlaku ini adalah daripada pihak kami kerana berlaku masalah teknikal sehingga konsert terpaksa dilewatkan dan perjalanan konsert terpaksa diubah di saat-saat akhir,”

“Kami ada terfikir untuk menangguhkannya tetapi bimbang ia akan membabitkan kos yang lebih tinggi selain turut membabitkan banyak pihak serta tiket yang sudah dijual. Lagi pun pihak Istana Budaya tidak membenarkan konsert ditangguh pada saat-saat akhir. Masalah ini timbul bukan keana kami kekurangan wang.”

Tetapi Kak Fas macam tak percaya masalah yang timbul tiada kaitan langsung dengan wang ringgit khususnya pembayaran pada artis dan para pemuzik.


Ketika mendampingi Ziana Zain untuk mengucapkan tahniah atas  persembahannya yang tetap hebat dan juga kerana Kak Fas dah lama benor tidak ketemu artis favourite Kak Fas ini (yang satu ketika dahulu sering Kak Fas undang untuk ‘road show’ majalah HAI), Kak Fas sempat berbisik dengan bertanya, “ Ziana dah dapat bayaran penuh ke?”.

Tak perlulah Kak Fas catatkan apa yang Ziana jawab. Memadai Kak Fas kata….Ziana seorang yang penyabar dan sanggup berkorban bagi menjayakan konsert walau pun hatinya sendiri luka….

Faham kan u alls maksud Kak Fas.

Jadi dalam soal ini, pihak penganjurlah yang sepenuhnya perlu dipersalahkan. Khabarnya tiket-tiket hanya terjual dalam 35% sahaja….

Dan inilah pertama kali Kak Fas dengar dan benar-benar berlaku di Istana Budaya yang kesemua penonton yang hadir pada malam pertama boleh sekali lagi menonton konsert pada malam terakhir iaitu esok (Ahad).

Jadi… ini sudah cukup untuk membayangkan bahawa penjualan tiket tidak memberangsankan. Di mana silapnya padahal artis-artis yang terlibat adalah nama-nama yang hebat.

Barangkali punca utama adalah kerana pihak penganjur tiada pengalaman dalam menganjurkan konsert berskala besar… di Istana Budaya pulak tu….

Promosinya pun Kak Fas tengok kurang sangat… apatah lagi soal latihan bersama artis pun dilakukan pada hari persembahan.

Kesian juga Kak Fas tengok pihak penganjur diajukan soalan panas bertubi-tubi yang memang sukar untuk mendapatkan jawapan sebenar.

Iya lah soal pentadbiran dan masalah syarikat mana boleh kongsi. Tak terjawab  Mohd Hidayat nampak gayanya 



Apa pun nasi sudah menjadi bubur… apa yang pihak penganjur boleh janjikan adalah masalah sama tidak timbul pada malam kedua (iaitu hari ini, ketika Kak Fas menulis ni)
Dan apabila Kak Fas wats app seorang rakan…. Khabarnya Konsert High Note tetap berlangsung malam ini ok…



Alhamdullillah… semoga kemelut dapat dileraikan dengan aman dan berjayanya. Jadikanlah pengajaran semalam satu lonjakan untuk memperbaiki kelemahan… itu yang rasanya pesanan terbaik bagi penganjur yang tiada pengalaman. Dan kesabaran para artis harus dipuji….. 


Guess that’s what makes a professional artis a professional …. Oopps tercakap ‘mat salleh’ pulak…

Maksud Kak Fas, Ziana, Jac dan Azlan seorang artis yang benar-benar professional dalam mengharungi situasi sedemikian… walau pun terluka tetapi demi penonton… the show must go on…
.
And the show was good despite all the setbacks… 



Kak Fas enjoy tengok tiga penyanyi bersuara lantang ini….

Jadi mereka yang hadir pada hari pertama jika tak puas boleh hadir lagi ya pada konsert terakhir esok. Anda cuma perlu membawa tiket masing-masing untuk direkodkan semua di kaunter. Dan bagi mereka yang belum membeli tiket dan tidak mahu terlepas peluang menonton plantun lagu “Madah Berhelah’ – Ziana  atau “Gemilang” – Jac  maju pun “Jeritan Batinku –Azlan”  bolehlah mendapatkan tiket menerusi www.ticketpro.com.my atau hubungi ditalian 016-4444937.