LEAGOO PILIH ARTIS BERHIJAB JADI DUTA, SIAPA AGAKNYA?
Apabila memperkatakan mengenai jenama telefon pintar ‘LEAGOO’, Kak Fas boleh rasa terlalu dekatnya nama itu terpahat di dalam jiwa.
Bukan apa, kali pertama berpeluang hadir ke majlis pelancaran yang dianjurkan oleh LEAGOO ini beberapa tahun lalu, Kak Fas kagum dengan anak-anak muda yang menerajui syarikat ini seperti CEOnya seorang jejaka muda bergelar Datuk Calvin Chan.
Lebih terasa dekat apabila seluruh daripada ‘team’ syarikat LEAGOO Malaysia ini cukup mudah mesra dengan senyuman sentiasa terukit dibibir masing-masing.
Jadi kemesraan bagaikan keluarga itulah yang membuat Kak Fas terasa seperti sebahagian daripada mereka untuk membantu mempromosikan beberapa produk keluaran mereka.
Sudah dua atau tiga kali rasanya Kak Fas telah bersama mereka dalam pelancaran telefon pintar di mana kali terakhir ketika memperkenalkan model Elite 1 serta pembukaan ‘flagship’ store LEAGOO yang pertama di Plaza Low Yat akhir tahun lalu.
Selepas itu, agak lama juga Kak Fas tidak bertemu mereka sehinggalah Selasa lalu (8 November 2016) Kak Fas mendapat undangan untuk hadir ke ibu pejabat baharu LEAGOO Malaysia terletak di di Kawasan Perindustrian Prime Axis , Shah Alam.
Dan kerana ingin melihat perkembangan LEAGOO, Kak Fas usahakan juga hadir walau pun membuat keputusan saat akhir bagi menyaksikan sendiri ibu pejabat LEAGOO yang khabarnya bangunan empat tingkat ini baru dua bulan beroperasi.
Dan sempena lawatan ke ‘headquarters’ itu juga, LEAGOO sekali gus melancarkan telefon bimbit terbaharu dalam siri T1 iaitu T1 Plus dengan taglinenya ‘Best Selfie Partner’ atau dalam erti kata Bahasa Melayunya, ‘Rakan Kongsi Selfie Terbaik’….betul kut kan Kak Fas translate hihi…
Ternyata, sejak mula bertapak di Malaysia pada September 2014, LEAGOO semakin dikenali ramai malah apa yang dinyatakan untuk membina sebuah industri pembuatan telefon bimbit buatan Shenzhen OTEDA Technology Co., Ltd’ d Malaysia ini sudah terlaksana.
Syabas kepada Dato Calvin dan anak-anak buahnya.
Dan menurut Dato lagi, untuk perancangan tahun hadapan, LEAGOO mensasarkan jualan 80,000 unit sebulan dan menjadikan LEAGOO pada kedudukan di antara lima jenama telefon pintar terbaik di Malaysia menjelang suku tahun 2017.
“Kami juga dalam perancangan untuk membuka lebih 30 lagi pusat LEAGOO seluruh Malaysia,” ujar Dato Calvin penuh yakin.
Pun begitu, Kak Fas lebih tertarik apabila LEAGOO mengumumkan akan memperkenalkan seorang artis perempuan yang akan dijadikan duta terbaharunya. Sebelum ini pelakon Zul Ariffin telah bersama LEAGOO bagi duta jenama ‘SHARK 1”
.
Belum mahu mengumumkan nama artis berkenaan tetapi yang pasti beliau seroang artis wanita berhijab?
EMMA Maembong kah? |
Siapa agaknya ya?
Kak Fas cuba risik-risik tetapi semua kunci mulut tetapi apabila Kak Fas meneka apakah di antara ketiga nama yang Kak Fas bisikkan iaitu Emma Maembong, Mia Ahmad atau pun mungkin Neelofa.. orang yang ditanya, Pengurus Produk LEAGOO, Encik Harry sekadar tersenyum tanpa jawapan.
ADA kah Neelofa? |
Apa yang mereka katakana adalah artis wanita itu cukup popular…
ATAU Mia Ahmad? |
Meh… Kak Fas nak teka… jika di antara ketiga mereka ini… Kak Fas lihat yang selalu ada dalam pengiklanan ialah Emma Maembong… Mia Ahmad belum pernah rasanya jadi gadis ‘pengiklan’ dan Neelofa pula ada produk tersendiri ya tak…
Jadi Kak Fas kuat mengatakan EMMA MAEMBONG… .hihi… apa pun kita TUNGGUUUUU…. Jawapannya yang dijangka pengumumannya awal tahun hadapan ya u alls.
Sementara itu, jika nak tahu spesifikasi telefon pintar terbaharu T1 Plus… sebaiknya ko orang selak ke ruangan ‘Product/Tech’ ya dan baca di sana bila Kak Fas dah ‘up’ storynya ya….
Apa pun Dato Calvin terima kasih.
“Hutang dah habis ya.. “ katanya… Apa maksud itu hanya Kak Fas dan Dato sahaja maha mengetahui perjanjian kami…. Huhu….