Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PERLAWANAN BOLA SEPAK RAIH 6.9 JUTA PENONTON


Apabila berlangsungnya bola, jangan harap peti tv di rumah boleh bertukar saluran. Awal-awal lagi sebelum bermulanya siaran Kak Fas pasti tentu ramai yang dah ambil tempat masing-masing di hadapan peti tv hanya untuk tunggu perlawanan bola.

Masa inilah jangan harap nak minta bantuan suami ke anak lelaki ke atau pun anak remaja perempuan yang kaki bola. Jauh sekali kali minta tukar 'channel' sekejap pun..memang payah... 

Kesimpulannya, jika ada bola di tv alamat program drama kesukaan pun terpaksa terlepas. Memang boleh jika nak streaming tetapi tak puas lah kan...dengan kebisingan sorakan di tv lagi di rumah lagi.. para wanita khususnya isteri-isteri pasti lemas dibuatnya.

Lainlah jika isteri pun kaki bola... duduk depan tv makan kacang pun jadi janji tak miss sebarang tendangan apatah lagi jika gol......

Anyway, apa yang Kak Fas nak kongsikan di sini, 'demam bola'  yang melanda  pada siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di antara Kedah dan Selangor yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober lalu sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tanah air. 

Perlawanan bersejarah ini telah disiarkan menerusi stesen Nombor 1 Negara, TV3, ternyata mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton di rumah dan juga di stadium.

Mengikut sumber Nielsen Media Research, perlawanan sengit antara Kedah dan Selangor ini berjaya mencapai (reach) 6.9 juta atau 43% syer penonton.

Perlawanan yang berakhir dengan kemenangan Kedah   ini   turut   mendapat   sambutan   menerusi   portal  online  Nombor  1   Malaysia,  tonton,  apabila berjaya meraih 150, 000 penonton menerusi laman tonton. 

Kehangatan Piala Malaysia 2016 ini turut disemarakkan lagi dengan Pentas Kita Juara anjuran TV3 &TV9 di pekarangan Stadium Shah Alam yang bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang.







Sambutan yang diterima amat menggalakkan daripada ribuan pengunjung terutamanya penyokong-penyokong tegar Kedah dan Selangor. Antara   aktiviti   yang     mendapat   perhatian   daripada   para   remaja   adalah  Street   Soccer   3   lawan3 #KitaJuara,  street soccer  selebriti,  juara  timbang,  pertandingan freestyle  Kita  Juara dan  juara 1Lawan 1, perlawanan bola sepak kain pelikat, dizzy soccer challenge dan ultras chanting.


Lebih mengujakan apabila salah seorang daripada peserta juara timbang telah berjaya memecahkan rekod   dengan melakukan timbangan sebanyak 10,009 iaitu Muhammad Ariff Bin Abd Karim. Beliau juga merupakan salah seorang pemenang pertandingan freestyle Kita Juara.

Para pengunjung juga turut berpeluang bertemu dan bergambar bersama selebriti sukan yang juga bekas kapten dan pemain bola sepak Malaysia Akmal Rizal, pelawak Faiz Tapaw, pengacara sukanseperti Alyssa, Anim Ezati, Aina Suzaily, Jasmine Chin, penyanyi lagu tema Kita Juara dari kumpulanSOG, Nadzmi Adhwa (hos Jalan Jalan Makan Angin) dan Luqman Hafidz (pelakon Mr Tanda Soal) 

Untuk   maklumat   lanjut,   sila   layari   laman   web  www.tv3.com.my,  www.tv9.com.my danwww.tonton.com.my.  Ikuti   juga   informasi   terbaharu   di   Facebook,   Instagram,   Twitter   dan   Youtube@TV3Malaysia, @TV9Malaysia @tontonMY.

Hangatkan perbualan sukan tanahair kita di laman sosial dengan menggunakan hashtag Kita Juara(#KitaJuara). Pentas Kita Juara, hanya juara di sini