'BE FRESH' PENYELESAIAN MASALAH BAU BUSUK
FOTO Kredit: FB Be Fresh. |
‘Be Fresh’ – namanya sudah cukup membawa maksud yang mahu disampaikan pembuatnya. Diterjemahkan dalam bahasa ibunda ia sudah tentu bermakna ‘Jadi Segar’.
Segar untuk apa agaknya? Itu persoalannya…..
Sejujurnya, ini pertama kali Kak Fas mendengar dan tahu wujudnya produk semburan pelbagai guna yang dinamakan ‘Be Fresh” ini.
Setelah ditawarkan oleh seorang rakan blogger, untuk mencubanya Kak Fas mula-mula tertanya-tanya apa fungsinya?
Sehinggalah tibanya pakej yang dinanti-nantikan… terus Kak Fas melakukan ‘unboxing’…. Eh macam review produk telefon bimbit pulak bila guna istilah ‘unboxing’ ini.
Apa pun… bila dibuka barulah nampak sebotol cecair rona hijau lengkap dengan ‘nozzel’ atau muncung semburannya rona merah/putih.
Semasa ko orang nak masukkan muncung semburan itu ke dalam botol ‘slim’ semuat genggaman tangan ini jangan panik apabila tiubnya agak lebih panjang daripada botol.
Mula-mula Kak Fas agar keliru juga…. Eh kena potong ke fikir hati? Lupa pula bila ditekan sudah tentu tiub itu dengan sendirinya bengkok ke dalam botol haha….
Selepas itu bermulalah ‘semburan’ pertama di ruang dapur.
Kenapa dapur?
Sebab Kak Fas memang tumpukan sebahagian daripada masa di rumah kat dapur maklumlah kita ni orang perempuan… pagi, petang, siang malam kena pergi dapur.
Di dapur ini bila memasak tentulah ada bermacam jenis bau apatah lagi apabila sampah menimbun dalam bakul kecil beralaskan plastik.
Tiap hari sebelum tidor Kak Fas mesti buang sampah, lebih-lebih lagi Kak Fas tinggal dalam apartmen yang ruang rumah sekadar selantai sahaja.
Jadi Kak Fas rasa inilah ruang paling tepat untuk Kak Fas menguji keberkesanan “Be Fresh”, produk tempatan edaran syarikat Koi Ventures Marketing ini.
Seperti yang Kak Fas katakan tadi, sebelum tidor selalunya Kak Fas buang sampah tetapi dek kerana nak uji ‘Be Fresh’ Kak Fas rela simpan sampah semalaman dalam rumah dengan terlebih dahulu menyembur ‘Be Fresh” bagi menilai kuasa penyerapan yang dikatakan mampu mengenyah apa sahaja bau busuk.
Dan keesokannya bila bangun pagi Kak Fas hampir terlupa mengenai ujian malam semalam waima tiada bau sampah pun yang kebiasaannya dihidu jika Kak Fas lupa buang... memang berbau sangat.
Barulah sedar … eh rupanya semburan ‘Be Fresh’ semalam mampu menyerap bau busuk sampah yang disimpan dalam rumah sambil mengekalkan aroma wangi dan segar.
Sekarang masalah Kak Fas dah dapat diselesaikan. Walau pun terlupa buang sampah malam-malam disebabkan kadang-kadang malas nak keluar rumah untuk berjalan ke ruang pembuangan sampah, boleh sahaja biarkan semalaman sehingga esok hari.
Mudah kerja Kak Fas pas ini ya…. Hihi…
Yakin dengan keberkesanannya, Kak Fas cuba melayari internet untuk mengetahui lebih mendalam mengenai produk berharga RM45 sebotol ini tetapi malangnya tidak banyak info mengenainya kecuali di dalam laman sosial facebook ‘Be Fresh’ sahaja.
Jadi Kak Fas sendiri pun tidak mendapat jawapan sejarah disebalik pengeluaran produk ini…. bila dihasilkan dan sebagainya.
Apa yang Kak Fas nampak dan baca adalah 'feedback' pengguna yang berpuas hati terhadap ‘Be Fresh’. Rata-rata mereka memuji produk ini adalag penyelesaian mereka terhadap mencegah bau busuk gara-gara membela kuching.
Beberapa pengguna yang membela kucing berpuas hati dengan semburan ini malah mereka siap sembur pada bulu kuching masing-masing agar sentiasa bau segar dan wangi.
Jadi pembela-pembela kucing semua… apa lagi … inilah dianya produk yang anda cari-cari selama ini…. pastu boleh sepuas-puasnya memeluk dan mencium kucing kesayangan semua.
Bukan itu sahaja, semburan pelbagai guna ini juga berkesan untuk kegunaan bukan sahaja di semua ruang rumah samada di dapur, bilik air, bilik tidor mahu pun ruang tamu tetapi boleh juga dibawa untuk menyegarkan dalaman kereta serta ruang pejabat.
Diperbuat daripada ekstrak pati tumbuhan berasaskan air sahaja, baunya memang harum menawan dan mampu kekal lama dan menyegarkan udara persekitaran.
Yang penting, ia tiada alkohol dan selamat disemburkan kepada fabrik, perabot dan apa sahaja yang anda rasa perlukan aroma penyegaran.
Kak Fas pasti ko orang tentu tak sabar nak tahu bagaimana nak memperolehnya kan dan juga yang paling utama berapa sebenarnya harga jika jualan hanya boleh dibuat secara dalam talian?
Meh Kak Fas ‘story’….
Untuk pembelian 1 botol bagi kandungan 300 ml , bersamaan 1000 kali semburan (atau bergantung pada kekerapan penggunaan), harganya memang RM45 tetapi perlu ditambah RM7 untuk pos jadi jumlahnya RM52 sahaja.
Tetapi kalau ikutkan penggunaannya, sebotol sahaja tentu tak memadai anda kata perlu dibawa ke pejabat atau pun bawa ke kereta. Eloklah simpan setiap satu botol di rumah, di pejabat dan di kereta ya tak?
Jadi jika mahu memiliki lebih dari satu botol apa kata ko orang pilih untuk membeli set kombo sahaja mengandungi tiga botol sekali gus.
Dengan pembelian set kombo anda tidak perlu membayar pos laju kerana dengan harga RM110 daripada harga asal RM156, anda jimat RM46. Cuma bagi penghantaran di Sabah Sarawak sahaja dikenakan ‘flat rate’ untuk pos laju iaitu sebanyak RM10.
Selain itu, ada lagi promosi khususnya untuk pelanggan yang benar-benar berminat…
Ko orang boleh membeli 2 botol besar bersama 1 travel pek ‘Be Fresh’ bernilai RM141 dengan harga RM100 termasuk pos dengan tambahan RM10 bagi Sabah dan Sarawak.
Apa macam? Rasanya harga berkenaan berbaloi dengan kesan yang anda peroleh? Kak Fas yakin anda akan berpuas hati dengan produk ini.
Ia memang boleh mencegah pelbagai bau busuk mahu pun bau hancing dalam bilik air.
Bila sebut bilik air ni Kak Fas terfikir juga, memandangkan saiz botol yang mudah di bawa di dalam bag… boleh sahaja membawanya merata-rata dan bila masuk bilik air awam boleh sahaja sembur ketika dalam tandas ya tak.
Maklumlah tandas awam kadang kala bau hancing dan busuk. Dengan adanya semburan ini… lega rasa bila dapat menyahkan bau sebelumnya itu… huhu….Nak lebih mudah apa kata tuangkan sahaja cecair hijau ini ke dalam botol semburan lebih kecil jadi senang di bawa dan muat disimpan dalam tas tangan sekali pun....
Bagus tak idea Kak Fas hihi…
Okey lah …. Nak pendekkan cerita kalau nak tahu lanjut serba ringkas atau mahu membelinya online boleh sahaja berhubung dengan ejen-ejen jualan ‘Be Fresh’ melalui empat ejen jualan ini - Azu 019 773 3211; Ina 018 2659511; Ain 019 3202122 dan Nanie 012 223 4507.
Ma;ah nak dapatkan info lanjut dan kepastian mengenai apa yang Kak Fas catatkan tadi boleh juga layari laman sosial https://www.facebook.com.BeFresh.MultiPurposeSpray atau boleh terus ke syarikat Koi Ventures Marketing beralamat di No 22 Jln Putra Indah 9/1D, Putra Height, 47650 Subang Jaya.
Untuk bercakap langsung dengan pihak berkenaan boleh telefon talian 03 5103 9093 dan 019 3202122 untuk bercakap dengan kakitangan terlibat ya.
Selamat Mencuba!
FOTO dari facebook 'Be Fresh'. |