KOLEKSI VHIJRAH TAMPIL KONSEP #READYTOSOLAT (TERUS SOLAT)
Mempersonakan!
Itulah perkataan tepat yang boleh Kak Fas ulaskan pada majlis pertunjukan fesyen jubah V Hijrah yang diasaskan oleh usahawan wanita, Vie Shantie Khan baru-baru ini.
Walau pun khabarnya, inilah pertama kali beliau menganjurkan sebuah pertunjukan fesyen tetapi daripada ‘setting’ serta dekor yang ala Arab baik di dalam dewan mahu pun di ruang luar dewan Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur… ia sudah cukup membayangkan betapa hebatnya acara yang dikelolakan.
Rasanya inilah satu-satunya dekor sebuah pertunjukan fesyen yang cukup cantik dan glam dekorasinya. Kak Fas percaya ramai tetamu yang hadir pun sependapat waima sebelum majlis bermula mereka sudah mula berposing sakan di setiap sudut yang cantik belaka.
Walau pun majls agak bermula lewat… namun penantian mampu diisi dengan bergambar oleh para tetamu apatah lagi banyak sudut-sudut fotografi yang menarik untuk dijadikan latar suafoto disekeliling.
Kak Fas dan rakan media lain tidak ketinggalan merakamkan foto samada di backdrop gambar gergasi pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dengan barisan modelnya terdiri daripada antaranya selebriti dan personaliti terkenal seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Temgku Azura, Thanuja, Elaine Daly dan ramai lagi.
Pada malam yang penuh bersejarah bukan sahaja bagi Vie Shanti tetapi semua yang hadir, pentas pertunjukan dimulakan dengan pertunjukan fesyen VHijrah Exclusive bersama dua kolaborasi khas VHijrah Putra Aziz (basic) dan VHijrah RIzman Ruzaini (Black Label).
Setiap koleksi tampil dengan cabang idea yang berbeza tetapi masih menyatukan signatur VHijrah sebagai kunci setiap koleksi yang menitikberatkan konsep #Readytosolat (sedia untuk solat). Konsep inilah yang menjadi tarikan setiap koleksi di bawah label VHijrah.
Malah Kak Fas pun tertarik dengan desain yang ditampilkan. Apabila menggayakan jubah VHijrah anda sebenarnya boleh terus solat apabila tiba waktunya…. Tidak perlu mencari telekung andai kata tidak membwanya.
Seperti kata Vie Shanti, ”Kami membawa konsep ‘Ready to Solat” dalam koleksi Putra Aziz khususnya. Keselesaan menjadi kunci utama selain fleksibiliti dalam pemakaian bagi memastikan setiap aktiviti yang dilakukan tidak terbatas dengan penggayaan yang rumit serta tidak selesa.”
Meh Kak Fas story satu persatu koleksi yang dipersembahkan malam itu….
VHijrah x Putra Aziz:
Koleksi asas ini terdiri daripada rangkaian jubah, tudung niqab dan seluar diserikan dalam 8 padanan rona pastel lembut termasuk warna asas putih.
Melihat pada rekaannya, koleksi yang digayakan sesuai untuk para Jemaah haji dan umrah seiring dengan ketetapan syariah.
Fabrik ‘stretchable satin’ dipilih untuk koleksi ini kerana kebolehupayaan material tersebut untuk dibaa ke mana sahaja dan dipakai dalam kesimbangan gaya dan keselesaan maksima.
VHijrah Exclusive:
Diilhamkan sendiri oleh gaya Vie Shanti Khan, koleksi sedia pakai ini mengambil inspirasi muslimah moden yang sentiasa mahu memadukan fesyen dan dalam penggayaan asas harian. Ia merupakan rangkaian universal yang dicipta untuk apa jua acara, masa dan lokasi.
Terdapat 20 koleksi kesemunya direka dengan penuh ketelitian, bercitarasa tinggi serta mementingkan eksklusiviti. Dan yang penting, koleksi ini masih berpaksikan panduan penggayaan dalam Islam.
Pilihan warna pelbagai daripada pastel, rona alam dan warna-warna premium seperti hitam, biru gelap, hijau dan maroon diperincikan dengan elemen mewah seperti sulaman renda Perancis dan beberapa corak yagn ditempah khas bagi menambah eksklusiviti pada setiap rekaannya.
Untuk kelihatan lebih moden dan trendy, beberapa helaian dalam koeksi ini dilengkapkan dengan tatahan berlian bagi menambah seri.
Teknik rekaan ‘pleated Fabric Trimming’ digunakan dalam koleksi ini dalam memberi sentuhan semasa yang banyak digunakan rumah fesyen mewah antarabangsa dewasa ini.
Apa pun daripada penglihatan Kak Fas, misi utama VHijrah Exclusive menepati objektifnya untuk memberi impak berbeza dalam penggayaan fesyen muslimah yang konservatif kepada sentuhan moden dan terkini namun masih mengekalkan etika serta estetika berpakaian dalam Islam.
VHijrah Rizman Ruzaini (Black Label) :
Koleksi daripada dua pereka fesyen terkenal ini, Rizman dan Ruzaini agak menimbulkan tanda tanya apabila menggunakan nama ‘Black Label” yang umum tahu adalah nama produk minuman keras.
Tak kah kontradik apabila jenama melambangkan Keislaman dikaitkan dengan produk haram?
Kak Fas percaya Rizman mempunyai alasannya yang tersendiri. Kak Fas tidak berpeluang untuk bertanyakan soalan itu kepada mereka waima mereka sebuk waktu itu.
Apapun Kak Fas melihatnya daripada sudut positif lah… kalau negatif memang tidak sesuai rasanya nama itu dikatikan dengan koleksi VHijrah.
Kolanroasi istemewa Vie dan Rizman Ruzaini ini menampilkan rangkaian premium bagi yang mahukan sesuatu yag lebih eksklusif.
Sebanyak 10 rekaan eksklusif dicipta khusus untuk koleksi ini yang diinspirasikan daripada busana permaisuri dan puteri-puteri diRaja Arab menggunakan fabrik ‘beaded lace’ dan ‘fancy lace’ yang dipilih buat wanita yang sentiasa dahagakan kemewahan dalam penggayaan.
Paduan warna-warna mewah seperti Sapphire Blue dan Ruby Pink sempurna dalam mendefininasikan ilham mewah dalam rekaan.
Disamping itu rona Nude yang semakin digilai dan digunakan cukup meluas turut dipilih menyerikan koleksi ini bersama padanan warna gelap yang sentiasa menjadi pilihan seperti kelabu, ungu dan padanan timeless hitam dan putih.
Menyemarakkan lagi ilham mewah pada koleksi VHiragh Rizman Ruzaini Black Label ini terletak pada beberapa helaian diserikan dengan tatahan berlian Swarovski dicipta bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lebih menyerlah dan dominan.
Kemunculan koleksi Rizman Ruzaini bertambah elegan apabila ia digayakan oleh barisan 10 siupermodel tempatan ternama seperti Nasha Aziz, Tengku Azura, Tinie, Amber Chia, Elaine Daly, Anita Aziz, Fadzlun Abas, Thanuja, Karmen Khor dan Eyza Iskandar.
Hanya pada malam tersebut Kak Fas dan teman-teman dapat melihat penampilan selebriti bukan Islam seperti Amber Chia, Thanuja, Elaine Daly, Karmen Kho berhijab ya tak?
Jadi daripada koleksi-koleksi yang diperkenalkan sudah tentu ada yang berkenan di hati ya tak? Jika mahu membuah tempahan boleh sahaja melakukannya secara online menerusi www.vhijrah,com bermula 15 Januari 2017 tau…
Tak lama lagi…. Beberapa hari sahaja lagi tahun 2017 menjelma. Apa pun khabarnya koleksi-koleksi ini boleh didapati di butik VHijrah yang bakap dirasmikan tidak lama lagi…
Jadi tungguuuu ya berita selanjutnya…..
Apa pun sebarang pertanyaan boleh telefon hotline VHijrah di 013 888 7862 atau di laman facebook V_Hijrah, Instagram @v_hijrah mahu pun email kepada admin@vhijrah.com atau vhijrah@gmail.com untuk pertanyaan lanjut. Boleh juga tulis kepada stokis jualan di sales@vhijrah.com.
Majlis gilang gemilang diserikan dengan persembahan lanjuan daripada penyanyi jemputan Indonesia, Syahrini sewaku makan malam.
Tahniah Vie Shanty atas ilham jubah #readytosolat yang diciptakannya…. Satu inovasi fesyen muslimah yang cukup menarik. Kak Fas bukan sahaja suka dengan rekaan jubahnya tetapi tudung yang panjang mencecah pinggang itu sekali..
Cantik u alls….