'MEWANGI' - NORANIZA IDRIS BERPISAH TIADA....
#ADVERTORIAL
Sesuai dengan nama jenama ‘Mewangi’… baunya pun memang harum semerbak mewangi.
Itulah ayat tepat yang dapat Kak Fas rumuskan pada produk penjagaan kecantikan badan keluaran Nizayu Prima Marketing yang telah pun dilancarkan dalam majlis santai tetapi penuh meriah di KL Hilton baru-baru ini.
Setibanya Kak Fas di ruang 'lounge' lobi hotel, Kak Fas tersentak sekejap…. Bukan apa.. tidak sangka pula tema ‘Mewangi’ pada petang itu berwarna merah jambu… sama pulak dengan baju dan tudung Kak Fas petang itu.
Rupanya rona ‘pink’ menjadi warna produk dan tema majlis keseluruhannya…. Jadi sepadanlah dengan pemakaian Kak Fas hihi..
Apa pun, majlis pelancaran produk ‘Mewangi’ yang diasaskan oleh Puan Ayu Azmera Abd Moin dan disempurnakan oleh Tengku Hishammuddin Zaizi bin Tengku Azman Shah Alhaj turut menyaksikan acara menandatangani MoU atas pelantikan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris sebagai duta ‘Mewangi’.
Turut hadir menyaksikan majlis dan memberikan sokongan padu tentulah Bapa Irama Malaysia sendiri, Pak Ngah apatah lagi kedua-duanya kini terlibat dalam program realtii tv3, ‘3 Juara”.
Malah lebih menarik lagi, Pak Ngah dan Noraniza Idris turut membawa bersama mereka ke enam-enam peserta ‘3Juara – Irama Malaysia’ untuk memeriahkan majlis dengan persembahan nyanyian secara duet dan beramai-ramai.
Meriah persekitaran Lounge KL Hilton seketika. Sebenarnya, inilah pertama kali Kak Fas hadir untuk sebarang majlis di ruang lobi waima selalunya majlis berlangsung di tingkat 6. Ingat kut ruang ini tidak boleh diganggu sebab di sinilah para pengunjung dan tetamu hotel relaks dan minum.
Tetapi sangkaan Kak Fas meleset. Cantik juga hiasan dan ruang berkenaan dihias dengan jambangan bunga dengan keempat-empat produk terbaharu Mewangi dipamerkan meliputi Mewangi Chewing Gum Soap, Mewangi Peeling Scrub, Mewangi Cream dan Mewangi Penaik Seri 7 Bunga.
Wah! Mewangi Penaik Seri 7 Bunga… menarik tu… Nak juga cuba kut kut selepas memakainya berseri-seri wajah Kak Fas huhu…
Tetapi malangnya dalam set trial 3 dalam 1 yang diberikan cuma ada tiga produk… Kenapa lancar empat produk tetapi dalam set cuma ada tiga fikir hati.
BIla ditanya kepada pengasasnya, Puan Ayu ini jawapannya,”ya memang saya letak tiga sahaja produk dalam set percubaan ini jadi jika nak cuba yang keempat, kenalah beli.”
Ya betul juga kan… ini strategi pemasaran Mewangi…. Rugilah kalau dipakejkan kesemua produk dalam satu set.
Menurut Puan Ayu, krim penaik seri diformulasikan dari lilin lebah dengan 7 pati bunga malah mampu membunuh masalah jerawat dan jeragat Khabarnya, sesiapa yang menggunakan penaik seri ini kulit akan ‘glow’ dan nampak ‘pinkish’ dalam masa 14 hari.
Oh… barangkali sebab itulah juga kenapa warna produk ‘pink’ ya tak.. dan pemakaiannya disyorkan pada sebelah malam di mana bila bangun keesokan harinya wajah akan berseri-seri bak bulan purnama gitu…
Kena cuba ni huhu….
Apa pun yang penting sebelum menaikkan seri muka kenalah cuci muka dulu ya tak…
Istimewanya produk ‘Mewang’ ia bukan sahaja dikhaskan untuk muka tetapi boleh digunakan pada seluruh anggota badan.
Menarik kan? Tak perlulah ko orang bawa banyak produk bila nak ‘travel’ jauh, memadai membawa empat produk Mewangi untuk menjaga kecantikan diri malah halal pula untuk dibawa solat.
Okey… ko orang mesti nak tahu kan serba ringkas sejarah pengeluaran produk ini? Jadi sebelum Kak Fas lanjutkan bicara mengenai tiga lagi produk Mewangi yang ada…. perlu diketahui Mewangi diperkenalkan sejak Februaru 2016 walau pun menurut Puan Ayu formulasinya telah dihasilkan dua tahun sebelumnya.
Jadi kenapa mengambil masa yang agak lama untuk diperkenalkan di pasaran?
“Sebagai pengasas saya mahu terlebih dahulu menguji produk ini bagi melihat keberkesanannya,” cerita Puan Ayu.
Tambahnya, selama 5 bulan berada dipasaran, Mewangi mampu mengumpul lebih 5,000 testimoni yang positif daripada pengguna-pengguna yang berpuas hati dengan keberkesananmnya
Atas kepercayaan tersebut, Mewangi meneruskan pengeluaran daripada kilang milik keluarga, terletak di Sungai Petani, Kedah, yang merupakan sebuah kilang makmal kecantikan bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) bagi memastikan produk dihasilkan melalui proses penyelidikan sebelum dikilangkan dan dipasarkan.
Bagaimana pula dengan bahan-bahannya?
Menjawab persoalan tersebut, Puan Ayu memberitahu, produk dihasilkan daripada bahan semula jadi antaranya seperti garam bukit, lilin lebah, pati bunga dan herba.
Melihat pada kandungannya Kak Fas dapat menilai perbezaannya daripada produk-produk kecantikan yang berlambak di pasaran. Jarang ada produk yang menggunakan garam bukit dan lilin lebah.
Kedua-dua bahan ini diformulasikan untuk menghasilam Mewangi Chewing Gum Soap dan Mewangi Peeling Scrub.
Mari kita lihat satu persatu kandungan dan fungsinya:
Mewangi Chewing Gum Soap (RM49sm & RM59ss)
Ini merupakan sabun pencuci muka yang dihasilkan dari madu dan kulit kayu manis. Sesuai untuk merawat masaalah jerawat, jeragat, melindungi kulit, mencerah, menghilangkan kegatalan muka akibat resdung dan menyejukkan radang kulit.
Kak Fas ada mencubanya dan baunya memang macam chewing gum – ia likat dan rona merah jambunya bila disapukan ke muka membuatkan kulit pun nampak ‘pink’ gitu. Selepas basuh rasa segar dan bersih.
Mewangi Peeling Scrub (RM49sm & RM59ss)
Skrub daripada garam bukit untuk kegunaan muka dan badan. Ia dibuat khas untuk membuang kulit mati, daki, menipiskan jeragat dan memudarkan parut, menghilangkan kehitaman di celah badan, ketiak dan kelangkang.
Seperti sabun ‘chewing gum’ Kak Fas tidak ketinggalan mencuba skrub ini. Ia agak pekat sikit dan semasa digosok terasa garamnya menggasari kulit tetapi bila sudah dihalusi dan dibilas kulit rasa lebih segar dan bernafas. Anda akan rasa masin garam semasa membilas.
Disebabkan kandungan botol ini sekadar ‘trial’ sahaja Kak Fas tidak mahu menggunakannya di badan dahulu sebab nanti habis cepat kelak tidak dapat merasai keberkesanannya.
Apa pun pada percubaan dua tiga kali dah, terasa bersih dan ringan kulit Kak Fas.
Mewangi Cream (RM49sm & RM59ss)
Juga krim yang dihasilkan untuk muka dan badan. Walau pun nampak putih tetapi masih ada rona ‘pink’ sedikit. Penghasilan krim ini menggabungkan 7 pati bunga dan serbuk mutiara serta mempunyai SPF60 untuk menyekatakan tona kulit, menggebu, mencerah, melembut, menganjal seri, menaikkan aura dan seri wajah.
Krim ini pun Kak Fas dah cuba pada sebelah pagi dan malam….dan harumannya kala melekat kat muka memang mewangi sangat.
Apa pun Kak Fas cuma nak komen satu sahaja – sepatutnya pada set ‘trial’ ini turut disertakan cara penggunaannya agar memudahkan pembeli yang baharu nak mencubanya.
Jadi tak perlulah nak cari-cari dalam laman sosial mengenai cara penggunaan.
Jika tidak dicetak atas kotak pun memadai diselitkan kertas cara penggunaannya dalam kotak. Lagi memudahkan betul tak?
Kak Fas pun sebenarnya tercari-cari cara penggunaannya tetapi belik punya belik tiada langsung dicatatkan. Jadi pandai-pandailah guna sendiri ya tak.
Takpe biar Kak Fas catatkan di sini cara penggunaannya ya supaya ko orang semua boleh membacanya.
Jika mahu terus membeli set ‘trial’ bersama penaik seri harganya lebih kurang RM128 (SM) manakala set lengkap premium kesemua empat produk berharga RM216 (SM) dan RM252 (SS).
Untuk set lengkap skrub, soap dan krim berharga RM147 (SM) dan RM177 (SS).
Sebagai langkah perkembangan pemasaran, Nizayu Prima Marketing bakal mengeluarkan beberapa produk kosmetik seperti Gincu bibir Mewangi dengan 4 pilihan warna – pin ayu, pink mawar, merah pinang & Natural Gloss; Bedak Asas Mewangi (Ting Ting Foundation); Minyak Wangi Mewangi merangkum 7 kelopak mawar #wangikanlahhatimu, #wangianpenenanghati&jiwa.
Sehingga kini, khabarnya lebih 1.5 juta unit telah berjaya dijual oleh 300 wakil-wakil jualan dan para pengedar dari seluruh Malaysia dan negara jiran iaitu Singapura.
Namun Puan Ayu memberitahu, pihaknya masih membuka peluang untuk orang ramai menjadi wakil jualan Mewangi.
Ya lah.. lebih ramai lebih meriah ya tak. Nak tahu lanjut mengenai keahlian atau produk boleh dapatkan info lanjut dengan melayari jaringan media sosial atau menghubungi nombor di bawah:
Hotline: +6016 444 7131 / +603 7813 7707
Pejabat MEWANGI
No 23-G, Blk 2 Jalan Elektron Nu16/N,
Sek U16, Denai Alam, 40160, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Facebook: Mewangi Satu Dunia
Instagram: Mewangi Satu Dunia
Youtube: TV Mewangi
Website: www.mewangiofficial.com
Ringkas-RIngkas:
• Noraniza Idris dipilih memandangkan penyanyi ini gemar mengamalkan penjagaan kesihatan secara tradisional dan dengan adanya Mewangi memberi banyak kemudahan dan penjiatan masa bagi dirinya yang kian sibuk dengan kerjaya sebagai artis. Noraniza pengguna Mewangi sejak produk ini mula berada di pasaran pada Februari 2016.
• Satu pasukan Khidmat Pelanggan Mewangi diwujudkan bagi membantu pengguna
• Produk Mewangi adalah 100% dijamin berkualiti tinggi, selamat, suci dan bebas alahan.
• Mendapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terbukti bebas daripada bahan berbahaya seperti merkuri, hidrokian dan paraben yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna.
• Moto produk Mewangi – ‘Putih, ANjal Gebu dan Cantik’.