Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PARFUM DMEL SETARAF BAU WANGIAN PRODUK ANTARABANGSA


#ADVERTORIAL

Rasanya dah ramai kut dah tahu mengenai produk DMel perfume? Kak Fas dah baca banyak post-post yang rakan-rakan media dan blogger menulis mengenai pelancarannya yang berlangsung baru-baru ini.

Kak Fas sahaja tidak mahu menulis awal bagi membiarkan produk rakan Kak Fas ini sentiasa berada di dada akhbar mahu pun melalui sosial media. Jadi tak putus-putuslah khalayak membacanya ya...


Ok so baharu hari ini Kak Fas pula nak kongsikan kisah di sebalik wanita besi bernama Sanie Abdul Rahman yang juga pengasas DMel Eau de Perfume di bawa label 'Believe'.

Pertama kali bertemu dengan wanita ini, seolah sudah lama mengenalinya. Pesona wajahnya yang sentiasa mengukirkan senyuman membuatkan sesiapa sahaja yang mengenalinya rasa tenang dan ceria.

Barangkali itulah rahsia peribadi di sebalik empunya diri, Sanie Abdul Rahman yang kini sudah bergelar ‘business women’ setelah melancarkan produk sulongnya, ‘DMel Perfumes” yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Dato Mas Ermieyati Samsudin di sebuah hotel terkemuka.





Apa ada di sebalik nama ‘DMel… itu sendiri?


Bila dirisik begini jawapan Sanie:

“D bermaksud ‘drive’ dan ‘Mel’ adalah ‘nickname’ saya jadi maksud saya adalah ‘driving the product’ ke peringkat antarabangsa”.

Begitu besar harapan Sanie, Kak Fas juga 'believe' atau percaya dengan pengalaman sebagai kakitangan dan mengendalikan kursus keusahawanan bersama Multimedia Develoment Corporation Sdn Bhd atau MDEC, selama 15 tahun,… bukanlah sesuatu yang mustahil untuk Sanie  mencapai sasarannya itu.

Sebelum Kak Fas pergi jauh… elok Kak Fas cerita dahulu lah ya pewangi DMel yang menjadi kebanggaan Sanie.

Melihat pada ‘packagng’ dan reka bentuk setiap enam jenis eau de perfume ‘Believe’ ini yang diperkenalkan dengan tiga koleksi untuk wanita dan  sama bilangan untuk lelaki – ‘Scents’, ‘Shine’. ‘Lovely’ serta ‘Trust’, ‘Chase’ & ‘RrB’… Kak Fas sudah dapat bayangkan sambutan yang akan diterima khalayak.

Lebih-lebih lagi harumannya setaraf bau minyak wangi antarabangsa yang dijual pada harga ratusan ringgit tetapi dengan bau seakan sama pelanggan hanya membelanjakan minima RM54.90 sahaja untuk sebotol pewangi pilihan.

























Nama-nama yang dipilih Sanie untuk setiap minyak wangi melambangkan identiti pemakainya. Bagi kaum wanita, seperti perhiasan diri tentu tidak terpisah dengan scents’ ya tak.... untuk terasa diri sentiasashine(menyerlah) dan ‘lovely’ (indah).






















Waima kaum lelaki juga tidak mahu ketinggalan mahu menampilkan seorang lelaki yang boleh dipercayai (Trust) bagi mengejar (Chase) idaman hatinya.. barulah terasa ada ‘relationship’ (RrB). Tak gitu...? Dan yang penting perlu ada kepercayaan (Believe) dan keyakinan dalam setiap langkah kita.




Sebaik sahaja, model-model jelita dan kacak berjalan di runway sambil menyembur setiap minyak wangi di tangan mereka… harum semerbak aromanya meliputi udara dewan…..sehingga Kak Fas dah tak tahu dah mana satu yang hendak dipilih… semuanya wangi belaka.




Namun Kak Fas suka dengan bau ‘Scents’ pilihan Sanie untuk dihadiahkan sebagai cenderamata untuk media dan bloggers yang hadir. Baunya lembut dan mampu tahan lama sehingga 8-10 jam. Jadi tak perlu risau jika berada di luar seharian malah bila rasa macam bau dah nak habis boleh sahaja bawa botol dalam bag tangan.

Sebenarnya, Kak Fas tertanya-tanya juga kenapa Sanie memilih untuk mengeluarkan produk pewangi sedangkan pasaran tempatan sudah dilambakkan dengan pelbagai pilihan jenama baik antarabangsa mahu pun buatan tempatan?



“Pertama kali, sebagai seorang wanita saya memang suka dengan haruman. Tidak salah rasanya untuk mewarnai lagi perniagaan minyak wangi sebagai satu saingan sihat. Dan cabaran untuk bersaing itulah yang menguatkan lagi azam saya untuk terus berjuang sehingga sanggup tinggalkan kerja makan gaji dengan menubuhkan DMel Rahman Resource sebagai platform untuk memasarkan produk-produk tempatan,” ulas Sanie.

Sanie percaya setiap rezeki itu adalah anugerah Allah dan percaya niat ikhlasnya untuk berniaga dengan modal sendiri disertai kerja keras akan membantunya peroleh ganjaran.

Ibu kepada dua orang putera ini membelanjakan RM30,000 sebagai kos permulaan untuk memulakan perniagaannya malah sanggup menghabiskan  masa dua tahun bagi membuat kajian (R&D) sebelum lahirnya ‘DMel – Believe”.

Sebagai seorang ahli perniagaan tentulah satu produk sahaja tidak mencukupi untuk perkembangan syarikat. Kerana itu, Sanie sudah pun mempunyai pelan pembangunan untuk menghasilkan pula produk kecantikan.

Masih dirahsiakan jenis-jenis produk yang bakal dikeluarkan, Sanie cuma mampu menyakinkan setiap pengguna setia ‘DMel’ bakal diperkenalkan dengan produk kecantikan yang juga standing dengan buatan antarabangsa.

Kak Fas yang mendengar Sanie bercerita pun tak sabar nak tahu ‘wish list’ nya itu, inikan pula tuanpunya badan… 


Apa pun Kak Fas percaya dengan personaliti Sanie yang menarik, ceria dan mesra.. produk-produk yang bakal dilahirkan pun tentunya berkualiti dan memiliki aura kecantikan yang tersendiri seperti dirinya. 

Sebagai seorang wanita dan ibu, Sanie turut merasai tanggungjawab berat untuk menjaga keluarga malah dengan ekonomi yang naik turun beliau tidak pula mahu mengaut untung sendirian.

‘Sharing is caring’ kata orang kan? 

Sebab itu, melalui DMel Rahman Resources, Sanie membuka peluang perniagaan bagi ibu-ibu tunggal, pelajar  atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah pendapatan sebagai ejen atau stokis.

Tidak banyak modal yang perlu dilaburkan kata Sanie.  Dengan kos minima RM500 ke atas bergantung pada pilihan samada menjadi ejen jualan atau stokis, DMel mahu berkongsi pendapatan dengan pelanggannya.

Jika ko orang berminat nak membeli atau mahu tahu info lanjut mengenai peluang perniagaan yang ditawarkan itu bolehlah berhubung dengan Dmel Rahman Resorces di talian 0129075382 atau terus ke Facebook: Dmelperfume, IG: dmel_perfume, Whatsapp: 019-2761575/ 0129075382 website: www.dmelrahman.com

Apa pun secara ringkasnya, Kak Fas catatkan kelebihan memiliki DMel parfum yang diformulasikan oleh 100%  ekstrak semula jadi pati tumbuh-tumbuhan, bunga dan buah-buahan terpilih ini…. supaya mudah ingat. Ingat DMEL ingat 5 perkara ini ya huhu:



Halal (gunakan tanpa ragu-ragu!), tiada alkohol
Harga mampu beli
Bau tahan dari 8-10  jam
Kemasan botol yang cantik
Inspirasi dari pewangi antarabangsa



















Dan harganya:
. Women Perfume by Dmel Rahman, (SCENTS 40ml RM 64.90, SHINE 30ml RM 54.90, LOVELY 30ml RM 54.90).
Men Perfume by Dmel Rahman (RrB 40ml RM 64.90, CHASE 30ml RM 54.90, TRUST 30ml RM 54.90).

Jualan hanya melalui ejen dan ‘online’ sahaja malah DMel sedang dalam perancangan untuk memasuki jualan melalui Lazada dan 11street agar produknya boleh dibeli seluruh rakyat Malaysia mahu pun luar Negara.

“Kami masih dalam peringkat perbincangan dan tidak lama lagi anda sudah boleh membelinya melalui dua destinasi ‘shopping online’ yang terkemuka itu,” tambah Sanie yakin.