Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SALAM TAHUN BAHARU 2017 DARI KAK FAS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca-pembaca setia Kak Fas.

Sewaktu Kak Fas meluahkan coretan sempena tahun baharu 2017 ini, waktu sudah pun menunjukkan jam 12.25 pagi...

So... Selamat Tahun Baharu Kak Fas ucapkan kepada semua...

#Throwback... bersama Anuar Zain.


Jika diikutkan kalendar Hijrah, kita semua sebenarnya sudah melalui fasa tahun baharu pada Awal Muharram (1 Muharram 1438) bersamaan 2 Oktober 2016 lalu.

Kalau ko orang nak tahu mengikut laman web Malaysia Tercinta kalendar Hijriah adalah kalendar lunar, yang dikira berasaskan pergerakan/fasa bulan mengelilingi bumi. Satu tahun Hijriah terdiri daripada 354 atau 355 hari, bermula pada bulan Muharram dan berakhir pada bulan Zulhijjah.

Ini berbeza dengan kalendar masihi di mana pergerakan bumi mngelilingi matahari (kalendar solar). Satu tahun masehi memakan masa 365 atau 366 hari, bermula bulan Januari dan berakhir bulan Disember.

Namun pada zahirnya, ramai yang lebih suka meraikan Tahun Baharu mengikut kalendar masehi... senang kira ya tak... bila habis12 bulan selak kalendar baru... jadi satu dunia menyambut Tahun Baharu dengan pelbagai acara keraian.



Tak apa lah itu kepercayaan masing-masing... tetapi yang pasti bagi kaum Cina pula kemunculan 2017 membawa pertukaran tahun mengikut binatang.iaitu pada 28 Januari 2017, kaum Cina menyambut Tahun Ayam Api yang berlangsung sampai tanggal 15 Februari 2017.

Memandangkan Malaysia dihuni pelbagai kaum dan kaum Cina merupakan rakyat kedua terbesar disamping Melayu, jadi sebaga permulaan penulisan bagi tahun 2017 meh Kak Fas 'story' sikit mengenai Tahun Ayam Api mengikut kepercayaan orang Cina.

Menurut laman web Astroshiopedia, elemen Api (Yin) menjadi unsur dominan di tahun ini yang menunjukkan kehangatan serta ketenangan batin di dalam menjalin hubungan antara peribadi dan keluarga. 

Khabarnya, Tahun Ayam Api adalah waktu yang tepat bagi keluarga  merencanakan kehamilan. Dan bagi ko orang yang masih single, ini akan menjadi waktu terbaik untuk menemukan cinta dalam hidup waima membentuk keluarga sendiri. Tahun ini merupakan tahun yang romantis.

Kak Fas tak mahu ulas panjang tetapi pendekata, pada tahun ini kaum Cina percaya manusia harus cepat bangkit untuk meraih sukses disepanjang tahun 2017, iaitu dengan kerja keras, kesabaran dan memilih momentum yang tepat. 

Okey.. cukup lah setekat itu kepercayaan kaum Cina berhubung kait dengan Tahun Ayam Api yang terbit tidak lama lagi.

Apa pun bagi diri Kak Fas... tahun 2016 berakhir dengan kehadiran Kak Fas ke majlis pelancaran sebuah gadget untuk kereta yang dinamakan "Eaglei Vision 1" yang berlangsung sempena Festival IT di Midvalley Mall petang semalam (tahun lalu lah... ya).




Best juga produk video kereta rekorder ini... nak tahu lanjut nanti selak ke ruangan Product ya untuk mengetahui tentang hebatnya gadget tersebut.

Semalam juga Kak Fas sempat  menaiki KTM Komuter untuk ke Midvalley... tetapi inilah pertama kalinya juga Kak Fas terpaksa meredah kesesakan manusia di stesen-stesen keretapi.

Tak sangka pula begitu ramainya khalayak naik tren... iya lah ingat mudah tak perlu lalui kesesakan lalu lintas tetapi naik tren semalam pun sesak juga... queue nak beli tiket pun panjang berjela.

Nasib baik lah Kak Fas cuba nasib dan meminta laluan pada seorang hamba Allah ini yang sudi membenarkan Kak Fas potong queue dan beratur di hadapannya. Kepada anak muda ini Kak Fas ucapkan terima kasih.. hanya Allah dapat membalas budi baiknya.

Tunggu tren pulak satu hal... lama juga... hampir dekat satu jam baharu tren tiba...

Jadi itulah 'story' Kak Fas mengakhiri 2016 dan menyambut 2017....

Waktu dah pun 1.28 minit pagi sekarang... jadi Kak Fas minta diri untuk berundur seketika ya... mohon dimaafkan sebarang coretan Kak Fas selama ini yang mungkin menyinggung perasaan kalian....jangan marah nanti cepat tua... masa berlalu begitu pantas sekarang... tup tup dah meninkat usia kita kan....

Ok la Selamat Tahun Baharu 2017... semoga kalian 'stay connected' dengan Kak Fas ya...

Bye dan Waalaikumsalah... Good night atau Good Morning? hihi....

Kak Fas: Cuma tengok bunga api dari balkoni rumah sahaja..... Dentam Dentum....