SIAPA GADIS BERHIJAB 'MIA TIARA'? FATHIA ATAU ....
#ADVERTORIAL
Seperti yang dimaklumkan, sudah tiga tahun beliau tidak berhadapan dalam sebuah majlis dan bertemu media dan selama itu jugalah Kak Fas sebenarnya tidak bersua dengan produser dan pengarah prolifik, Ahmad Idham Ahmad Nadzeri.
Pertemuan pada pra pelancaran ‘’Mia Tiara” di Istana Bambu baru-baru ini mengembalikan nostalgia Kak Fas bersama Idham pada tahun 2007 ketika beliau mengarahkan filem yang pertama kali membabitkan teknik ‘drift’ dalam industri filem Melayu sebagaimana yang ditonjolkan dalam “Impak Maksima”.
Ketika itu, Kak Fas antara ‘krew sambilan” yang sering bersama Idham di lokasi penggambaran gara-gara tugasan untuk menulis buku di ‘Sebalik Tabir Filem Impak Maksima’ terbitan FINAS.
Selepas itu ada juga beberapa kali bertemu ketika beberapa majlis samada di pawagam mahu pun di kediaman beliau sewaktu majlis Hari Raya.
Dan kali terakhir Kak Fas dapat berita Idham ke Johor Bahru mengendalikan sebuah akademi perfileman di Nusajaya tetapi malangnya Kak Fas dengar projek tersebut tidak mampu kekal lama dan Idham kini kembali ke Kuala Lumpur bagi menyambung keaktifannya dalam mewarnai industri perfileman.
Kak Fas tidak mahu berkongsi perbulaan antara kami mengenai kegagalan akademinya di Johor itu....berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Eloklah buku lama ditutup rapat-rapat dan kini mari kita cerita dan buka buku baharu ya tak...
Persoalannya sekarang,,..apakah ‘Mia Tiara” merupakan ‘comeback’ bagi pelakon romantis yang popular dalam drama “Cinderella” bersama Haliza Misbun pada tahun 1998 dulu?
IDHAM membantu Azah dari segi teknikel, katanya. |
“Eh tidak…. saya adalah co produser untuk filem ini dan peranan saya adalah membantu pengarahnya, dari segi teknikel,” jawab Ahmad Idham yang sering melemparkan senyuman kala berbicara.
Masih merendah diri orangnya, Idham menolak gelaran ‘mentor’ yang ditujukan kepadanya oleh pengarah Norazah Sahud sambil berkata, “Mentor tu terlalu besar… saya sekadar membantu dalam soal teknikel. Filem ini sepenuhnya diarah oleh Azah.”
Sebagai rakan kongsi, Ahmad Idham yakin filem yang mengangkat genre keislaman ini mampu memberikan subjek kelainan pada industri.
“Mia Tiara” filem sulong arahan Norazah Sahud terbitan Tenview Sdn Bhd ini mengetengahkan kisah masyarkat di kalangan peragawati Muslimah yang melalui pelbagai cabaran sebelum mencapai puncak kejayaan.
Dengan ramainya golongan artis yang kini sudah berhijrah, penerbitan kisah semangat perjuangan ‘Mia Tiara’, seorang gadis kampong yang tekad membawa lari ibunya ke Kuala Lumpur, daripada cengkaman keganasan bapanya, seorang penagih tegar mampu mengetengahkan sisi lakonan seorang gadis yang taat dengan tuntutan agama..
Karektor Mia ditonjolkan sebagai seorang wanita Muslimah yang tabah walau pun berepan dengan pelbagai rintangan namun akhirnya berkat usaha dan kesabarannya berjaya menjadi seorang model berhijab antarabangsa yang terkenal.
Seperti kata Idham, tidak banyak filem bercorak sedemikian dan ‘Mia Tiara’ boleh dijadikan batu loncatan awal untuk filem Melayu merentas antarabangsa khususnya ke pasaran dunia Islam dan ditonton oleh Negara anggota seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) contohnya.
Kak Fas setuju seratus peratus dengan idea Idham kerana Kak Fas percaya Idham antara produser yang bukan cakap kosong sahaja tetapi akan melaksanakan dan mengotakan apa yang dijanjikan.
Dengan penerbitan ‘Mia Tiara” ia bukan sahaja membuka peluag untuk golongan artis berhijab terus berkarya di layar perak malah membuka minda masyarakat bahawa rezeki untuk wanita bertudung tidak tersekat, janji bakat dan lakonan mantap.
Siapa agaknya artis berhijab yang bakal memegang watak Mia Tiara?
“Kami sudah pun menawarkan peranan itu kepada pelakon Fathia Latiff dan pada dasarnya beliau bersetuju cuma belum ada kata putus akhir daripadanya memandangkan Fathia kini sedang melaksanakan umrah,” ujar Norazah Sahud.
Pun begitu, Norazah memberitahu, pihaknya turut membuka peluang kepada bakat baharu untuk membintangi filem “Mia Tiara” di samping pelakon-pelakon lain yang telah disenaraikan seperti Amar Asyraf, Eja, Faizal Hussein, Izzue Islam, Julia Ziegler, Hafreez Adam dan Nadiyah Shahab.
“Kami akan mengadakan misi pencarian samada untuk watak Mia Tiara (jika Fathia tidak berminat) atau watak sampingan. Yang berminat bolehlah menghantar profile mereka ke emel filemmiatiara@gmail.com,” ujar Norazah.
Apakah syaratnya?
Mereka yang berminat haruslah berusia 21 hingga 28 tahun dengan ketinggian sekitar 5’7” tetapi harus berhijab serta minat dalam fesyen dan modelling.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2017 jadi cepat-cepatlah ya… mana tahu kalau ada rezeki.. dah jadi bintang filem u alls.
Kalau Kak Fas muda dan bujang trang tang tang sudah pasti Kak Fas mencuba uji bakat hihi….bergurau sahaja tau…
Pun begitu, melihat pada rangka perancangan dan kos penerbitan filem ini yang dijangka menelan belanja sekitar RM1.2 juta serta kesungguhan Norazah memperlihatkan keyakinannya untuk mengarah filem sulongnya ini, Kak Fas percaya ia bakal meletup apabila ditayangkan kria-kira akhir tahun hadapan.
Khabarnya, shooting akan bermula pada bulan April dan melibatkan penggambaran di Malaysia sahaja walau pun ada hasrat untuk membawa lokasi ke luar Negara.
“Ini bergantung kepada penaja. Sekiranya ada penaja yang sudi bekerjasama mungkin kami boleh shoot kat luar Negara,” harapan Norazah.
Ada sesuatu yang agak menarik perhatian Kak Fas ketika hadir di pra pelancaran filem ini?
Apa dia?
Begini…. apabila Ahmad Idham menyatakan persetujuannya untuk mendengar pandangan media dan bloggers berhubung dengan tajuk filem itu sendiri.
Dengan hati dan minda terbuka, Idham dan barisan team produksi sanggup mempertimbangkan untuk menukar nama tajuk filem andai kata ia tidak menarik perhatian khalayak?
Kebanyakan pendapat yang dikumpulkan agak kurang bersetuju dengan tajuk ‘Mia Tiara’ yang dianggap agak klise dan tiada nilai komersial di sebaliknya.
“Di sinilah saya mahukan pemikiran dan pandangan anda sekelian. Kami masih ada masa untuk mengubah tajuk atau sebarang hal lain sekiranya mendapat pandangan positif. Kami membuat filem untuk anda sebagai penonton, rasa puas dan jika tajuk ini dirasakan tidak sesuai saya boleh fikir untuk menukarkannya,” kata Idham.
Rasanya, sejak Kak Fas hadir pada mana-mana pra pelancaran filem, inilah pertama kali Kak Fas berdepan dengan pihak produksi yang mahu mendengar pendapat umum.
Iya lah masa shooting pun lambat lagi… jika khalayak rasa tajuk tak menepati objektif cerita masih boleh mencari yang lebih menarik kan?
Pada Kak Fas jika mahu kekalkan pun tajuk itu barangkali boleh mencari ‘sub heading’ di bawah nama ‘Mia Tiara’ tu…( contohnya ‘Mia Tiara – Hijabku Mahkotamu’… hihi) ….agar dapat membayangkan sebuah filem berkisar pada dunia peragawati Muslimah sebagaimana Dato Shah Rezza memperkenalkan nama ‘KLIFF” (KL International Islamic Fashion Festival).
Sehingga kini KLIFF sudah menjadi nama ternama dan diingati seluruh dunia.
Apa pun Kak Fas mahu melihat perkembangan ide bernas Ahmad Idham sebagai ‘mentor’ kepada Norazah Sahud….
Tak sabar nak tunggu fiem hasil penulisan skrip Rosmadewi Zain ini tahun hadapan nanti....
Tunggu ya u alls... sementara itu Kak Fas dan rakan-rakan blogger, Hanny, Ruby, Halim dan lain-lainnya dari kumpulan #HaiBloggers pun nak layanlah bergambo sikit ya... ni bukan misi pencarian pelakon tau hihi....'pass time' je kata orang....