Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

YONDER MUSIC BAWA ANUAR ZAIN KE TASIK 21 JANUARI 2017


Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak hadir di mana-mana konsert solo penyanyi yang sering dinanti-nantikan ramai, siapa lagi jika bukan Anuar Zain.

Terakhir pun, Kak Fas cuma berkesempatan menyaksikan ‘road show’ Anuar Zain sahaja yang kini masih berlangsung di pusat membeli-belah Mydin. Itu pun sekadar mendengar Anuar bernyanyi santai kira-kia empat buah lagu sempena mempromosikan album terbaharunya dengan single ‘Andainya Takdir”.




Tetapi kali ini Kak Fas harap dapat jemputan dan kesempatan menonton Konsert 'Anuar Zain & You',  dibawakan oleh 'Yonder Music  Live Series by The Lake' yang bakal memeriahkan jendela tahun baharu pada 21 Januari 2017 depan di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana

Tak lama lagi kan? Jadi jika tak mahu putih mata eloklah cepat buat tempahan kerana menurut Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron, cuma 2,000 tiket dibuka untuk jualan dalam lima kategori harga.

Harga-harga berkenaan meliputi RM888 (VVIP, Zon A); RM788 (VIP, Zon B); RM588 Zon C; RM488 Zon D) dan RM388 bagi Zon E.

Barangkali ada yang fikir harga tiket-tiket itu agak tinggi  dalam keadaan ekonomi sekarang ya tak?

Tetapi ini jawapan Anuar Zain ketika ditemui petang Isnin lalu:

.
"Saya  akui mungkin ada yang akan berfikir berkali-kali untuk membeli tiket dengan harga sebegitu tetapi saya yakin peminat yang setia dan dahagakan konsert live terutama dibawakan pula oleh Yonder Music yang bertaraf antarabangsa serta menitikberatkan konsert berkualiti, ia tentu berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.

"Saya akan memberikan persembahan terbaik agar peminat berpuas hati dan saya yakin ramai peminat setia akan hadir."

Selama 90 minit, Anuar Zain bakal  mendendangkan 14 buah lagu lama dan baharu diiringi 14 pemuzik di bawah pengarah muzik tersohor, Sze Wan dan pengarah persembahan, Jennifer Thompson.

 Jadi jika kalian tidak mahu ketinggalan segera membuat tempahan melalui www.ticketcharge.com.my bermula 9 Disember ini.

ANUAR bersama Adam Kidron.


SEPERTI biasa selepas habis sahaja temuramah Kak Fas dan teman-teman media lain tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan Anuar Zain yang sentiasa ramah serta sabar dengan permintaan media.  (Pix atas - wartawan Dwan dari Harian Metro sempat juga bergambar dengan AZ serta orang kuat di sebalik team AnuarZainNetwork, Nana dan Sam Kassim.
Dah banyak kali bergambar dengan Anuar Zain pun tetap hendak lagi bila berjumpa dan kali ini bersama Publicist kesayangan Anuar iaitu Sam Kassim dan off course Managernya yang proaktif, Nana.


RINGKAS RINGKAS:

  • Anuar Zain merasa cukup puas apabila melalui lagunya dia dapat 'menenangkan' pendengar menghadapi pelbagai situasi dan masalah. Itu yang ramai peminat menceritakan kepadanya di mana apabila dilanda resah contohnya, lagu 'Bila Resah" mampu menenangkan mereka.
  • Kebanyakan lagu-lagunya menjadi inspirasi kepada peminat dan dijadikan lagu pada majlis perkahwinan.
  • Rasa gembira apabila 'muziknya' mampu menyatupadukan masyarakat dan mengeratkan silaturrahim. - 'Muxik brings people together' katanya.
  • Akui sudah lanjut usia untuk menyanyikan lagu bernada tinggi. Dalam usia 46 tahun katanya, sudah tentulah vokalnya tidak mampu mencapai nota tinggi sebagaimana lagu-lagu yang dinyanyikan ketika berusia 26 tahun.
  • Kini, Anuar lebih tumpukan pada 'feel' setiap kali menyampaikan lagu berentak 'slow' seperti singlenya 'Andainya Takdir" dan lain-lain. " I have nothing to proof" katanya jika tidak bernyanyikan lagu berentak laju atau pun bernada tinggi pun.
  • Album terbaharu yang kelima Anuar Zain mampu mencapai jualan 11,000 unit dalam tempoh dua bulan 'and still counting'....Katanya, jualan 22,000 unit hanya mampu 'break even' dan jika jualan melebihi angka itu dikira 'bonus".
  • Anuar Zain bernyanyi bukan untuk mengaut untung tetapi lebih kepada minat kepada kerjaya sebagai penyanyi dan rasa puas apabila peminat terhibur dengan lagu-lagunya yang berkualiti. JIka tak untung pun tak apa katanya, yang penting ia sebagai rekod pencapaiannya 'Untuk katalog saya" ujarnya.
  • Dijangka menyambung 'road show' dengan Mydin tahun hadapan tetapi butiran akan dihebahkan apabila mendapat pengesahan kelak. 'Road Show' promosi album terbaharunya akan berlangsung pada 17 Disember 2016 di Mydin Pelangi Indah, Johor Bahru, jam 3 petang.