AJL 31 PERMULAAN ANUGERAH TAHUN 2017
Hari ini hari ke 2 tahun 2017...
Dan jika dihitung hanya tinggal 20 hari lagi, anugerah muzik berprestij - ANUGERAH JUARA LAGU 31 akan membuka pentas hiburan dan tirai kalendar 2017.
Kak Fas pun tidak sabar untuk hadir pada malam penuh gemilang itu bagi menyaksikan siapakah di antara 12 finalis yang bersaing dapat menggengam trofi AJL31 dengan penuh rasa bangga.
Apakah ko orang juga seperti Kak Fas... tetapi apa pun selain menimati muzik terhebat daripada setiap finalis kehadiran Kak Fas adalah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai 'media cum blogger' supaya pembaca setia Kak Fas dapat cerita yang lengkap kala berlangsungnya majlis anugerah.
GAMBARAN Pentas AJL 31 nanti. |
Kalau mahu ke Dewan Merdeka. Pusat Dagangan Dunia Putra) PWTC pada 22 Januari 2017 di mana berlangsungnya pentas dan siaran langsung AJL 31 apa kata tempah 'Grab' supaya mudah... tak perlu nak pening cari parkir kereta ya tak.
Bercakap fasal 'Grab".. kalau ko orang nak tahu pada malam tersebut jangan terkejut kalau nampak 12 buah kereta 'GRAB' berwajah selebriti.
Ini kerana AJL 31 mendapat sokongan daripada a ‘Grab Car Malaysia’ di mana 12 buah kenderaan ‘Grab’ akan dibalut dengan pelekat kenderaan AJL 31 serta satu wajah daripada 12 finalis AJL 31 di setiap kenderaan.
Ini bermakna sebuah kenderaan akan berwajah Dayang Nurfaizah, sebuah yang lain akan berwajah Black, dan seterusnya.
Menarik kan? Bayangkan diri anda menaik 'Grab" yang berwajah selebriti hebat apatah lagi artis kesayangan anda. Rasa bangga tak haha?
Tetapi jika tak dapat pergi ke PWTC pun tak mengapa. Sebab tahun ini AJL 31 akan bergandingan bersama Tonton untuk mengadakan tayangan strim langsung Anugerah Juara Lagu 31 di layar perak.
Dua lokasi layar perak akan diangkat sebagai rakan AJL 31 pada hari tersebut iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) Dataran Pahlawan, Melaka dan Aman Sentral, Alor Setar, Kedah.
Para peminat AJL akan berpeluang untuk menonton bersama artis-artis jemputan di kedua-dua lokasi tersebut. Walau bagaimanapun, hanya para pengunjung GSC Dataran Pahlawan akan berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan artis dalam acara karpet merah pada 22 Januari itu.
Selain itu bagi memeriahkan kehangatan AJL 31, bermula 15 Disember 2016 lalu hingga 15 Januari 2017 para netizen diundang untuk menyertai pertandingan karaoke #AJL31LaguSaya.
Mereka hanya perlu merakamkan video mereka menyanyikan lagu-lagu finalis AJL31 berdurasi 60 saat dan memuat naikkan video tersebut di laman sosial Instagram berserta hashtag #AJL31LaguSaya dan tag @tv3malaysia.
Mereka juga dikehendaki untuk menulis kapsyen mengapa mereka menggemari lagu tersebut. Lima pemenang bertuah akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 serta dua keping tiket VIP ke Anugerah Juara Lagu 31 di PWTC, Januari nanti.
Jadi u alls jangan lepaskan peluang menyertai mana-mana yang disukai... mana tahu dapat duduk bersebelahan artis atau berpeluang selfie dengan selebriti kesayangan anda,
Apa pun tahun ini, AJL 31 membawakan tema “Cerita Dalam Lagu” demi mengangkat martabat penulis lirik dan komposer serta penyanyi setiap lagu finalis AJL 31 ini.
SYAMSUL YUSOF, MAWI dan SHILA AMZAH & ALIF SATAR (Bawah) |
Kenapa memilih tema berkenaan?
Nak tahu dengar jawapan Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Penjenamaan dan Rancangan TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin:
“AJL 31 memperkenalkan tema ‘Cerita Dalam Lagu’ kerana kami percaya sebuah lagu tidak akan dicipta tanpa sebab. Ilham sesebuah lagu itu pastinya datang dari sebuah cerita. Oleh itu, bagi karyawan muzik tanah air yang sememangnya bijak, menterjemah dan menggubah cerita tersebut menjadi sebuah lagu. Justeru, pada AJL 31 ini, konsep persembahan setiap artis akan berkisar tentang penceritaan maksud lirik yang ingin disampaikan itu. Dengan mempersembahkan tema ini, kami berharap agar para penulis lirik dan komposer dapat merasakan betapa besarnya impak karya mereka dalam industri muzik tanah air, dan kami menyanjung anda.”
Dan seperti kebiasaannya sebelum berlangsungnya malam kemuncak, pihak penganjur mengadakan sidang media bagi memberi peluang kepada calon-calon memilih giliran masing-masing.
Kak Fas berada pada majlis undian giliran yang berlangsung tahun lalu dan dengan mengetap papan filem, skrin di pentas akan secara automatik menunjukkan nombor giliran artis yang melaksanakannya tetapi sebelum itu tetamu dan artis yang hadir dihiburkan dengan gesekan biola Endang menyampaikan 12 lagu pencalonan secara medley d ikuti dengan nyanyian oleh Hafiz di akhir majlis.
AIMAN TINO |
Lihat senarai giliran seperti di bawah:
:
Anugerah Juara Lagu 31 yang diterajui oleh Penerbit Eksekutif Puan Nurhul Huda Abdul Khalid bersama Penerbit, saudara Mohd Zamzuri Mohd Zaini itu akan dikendalikan oleh empat pengacara yang petah berbicara iaitu Fizi Hot FM, Fara Fauzana, Awal Ashaari, dan Sarimah Ibrahim.
Bagaimana pun kempen AJL 31 yang terdekat ini, TV3 akan menganjurkan sebuah sesi bertemu peminat AJL31 pada hari Sabtu, 7 Januari 2017.
Sesi bertemu peminat itu akan mengambil tempat di Boulevard, Pusat Beli Belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur bermula pada pukul 2 hingga 6 petang.
Para peminat AJL 31, dijemput untuk hadir meramaikan sesi itu untuk bertemu beberapa finalis AJL 31. Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari itu adalah sesi autograf dan bergambar, bermain pelbagai permainan dan aktiviti serta persembahan eksklusif finalis AJL 31.
Sesi bertemu peminat itu akan mengambil tempat di Boulevard, Pusat Beli Belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur bermula pada pukul 2 hingga 6 petang.
Para peminat AJL 31, dijemput untuk hadir meramaikan sesi itu untuk bertemu beberapa finalis AJL 31. Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari itu adalah sesi autograf dan bergambar, bermain pelbagai permainan dan aktiviti serta persembahan eksklusif finalis AJL 31.
DAYANG NURFAIZAH. & IMAN IMRAN. |
Walau bagaimanapun, Anugerah Juara Lagu 31 ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada rakan-rakan media AJL 31. Mereka adalah Geng Radio Hot FM dan Kool FM, serta media rasmi Harian Metro, Berita Harian, dan Zip. Tidak ketinggalan juga geng digital portal video nombor satu Malaysia, tonton.
PROJECTOR BAND. dan SUFFIAN SUHAIMI (pix atas). |
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia. Gunakan #ajl31 untuk menghangatkan lagi perbualan dan sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Anugerah Juara Lagu 31. Para penonton juga berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 31 secara strim langsung berdefinisi tinggi dengan geng digital tonton di www.tonton.com.my.
HAZAMA & KHALIFAH (Bawah). |