'CERITA DALAM LAGU' AJL31 BAWA KELAINAN
Menepati temanya 'Cerita Dalam Lagu", AJL31 tahun ini membawa kelainan pada pementasan serta persembahan setiap 12 finalis yang bertanding.
Setiap tahun Kak Fas tidak melepaskan peluang menonton Anugerah Juara Lagu yang seingat Kak Fas kali ini merupakan kali ke 14 ia berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.
Cuma bezanya kali ini, Dewan Merdeka sudah berubah... tiada lagi kerusi empuk bertingkat tetapi dipenuhi kerusi-kerusi yang disusun secara manual. Pun begitu, set pementasan AJL31 tetap gah dan menarik dengan layar skrin sesuai pengisian digital pada setiap persembahan khususnya pada lagu "Hang Pi Mana" daripada kumpulan Khalifah yang memperlihatkan vokalisnya mengayuh basikal di kampung hinggalah ke pentas AJL31.
Sketsa ini melayakkan mereka memenangi kategori Persembahan Terbaik.
Berhubung dengan keputusan lain, semua seperti akur dengan barisan juri yang mengangkatkan lagu "Lelaki Teragung" sebagai Juara Lagu 2017 waima melayakkan juga penyanyinya Dayang Nurfaizah mencipta kemenangan hatrik.
Kak Fas bersetuju vokal dan tenaga Dayang menyampaikan lagu OST drama popular "3 Hari Mencintaimu' itu cukup hebat sehingga mendapat 'standing ovation' daripada penonton.
Dayang mengetepikan vokal Misha Omar (Pemenang dua kali, AJL2003,2004) serta Hafiz Suip yang juga pernah tiga kali berturut memenangi anugerah vokal terbaik pada AJL2010, AJL2011 dan AJL2012.
Cuma Kak Fas rasa terkilan sedikit apabila "Kalah Dalam Menang" nyanyian Shamsul Yusof dan Mawi tidak berjaya walau pun pada kedudukan Naib Juara.
Pada Kak Fas lagu karya Shamsul Yusof ini ada kelainannya waima lirik yang ditampilkan memang ada mesej menepati tema 'cerita dalam lagu' AJL3 kali ini.
Bukannya mudah melahirkan sebuah lagu popular dengan lirik ketuhanan sambil rap sekali.
Kak Fas rasa lagu ini memang baik untuk mengajak muda mudi ke arah kebaikan. Itu keunikan cerita dalam lagu ini tetapi apa kan daya barisan juri memilih 'Terimaku Seadanya' nyanyian Misha Omar dan Hafiz Suip.
Memanglah kedua-dua penyanyi ini mempunyai vokal mantap tetapi jika dinilai pada lirik cerita dalam lagu Kak Fas rasa 'Kalah Dalam Menang" mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Tapi apa pun rezeki tidak memihak kepada anak kepada produser 'enam juta' Yusof Haslam ini malah memetik kata Yusof,"masuk finalis pun dikira satu pencapaian kemenangan buat Syamsul pada percubaan pertama ini."
Benar... Kak Fas setuju dengan komen Yusof Haslam yang sempat Kak Fas tanya pendapatnya.
Tidak mengapa... tajuk lagu itu sendiri sudah mampu menceritakan segalanya.... walah pun kalah lagu ini tetap menang di hati semua apatah lagi berjaya ke peringkat akhir. Satu kemenangan buat Syamsul Yusof pada langkah awalnya dalam bidang seni suara.
Dalam soal ini, Shamsul berkongsi pengalaman sama dengan artis-artis lain yang pertama kali berjaya ke pentas akhir AJL antaranya seperti kedua anak muda yang masih mentah dalam dunia hiburan seperti Aiman Tino mahu pun Sufian Suhaimi.
Banyak lagi sebenarnya yang mereka perlu pelajari khususnya dalam mengawal vokal. Baik Aiman mahu pun Suhaimi ... mereka perlu banyak berlatih untuk menyanyi secara 'live'... tiada teknik yang mampu membantu sebagaimana proses rekording.
Kak Fas tengok 'happening' nya penonton di Melaka tetapi tidak kurang juga penonton di dalam Dewan Merdeka khususnya yang berjaya membawa pulang hadiah telefon pintar 'Samsung Galaxy A' dalam sesi Karaoke Spontan. Antara penerimanya pengacara Wanita Hari ini, Fiza Sabjahan.
Tetapi segmen yang tidak kurang menyentuh perasaan merupakan kenangan kepada dua penulis lirik yang terkenal, arwah Juwie dan Lolog di mana Ameng, Ella dan Man Bai dipertanggungawabkan menyampaikan lagu-lagu daripada karya mereka.
Juwie adalah rakan seperjuangan Kak Fas dan arwah memang terkenal sebagai antara penulis lirik yang menulis ayat-ayat yang cukup menyentuh perasaan. Al Fatihah pada kedua arwah Juwie dan Lolog.
Pendekata, Dewan Merdeka pada malam minggu lalu cukup meriah dengan acara karpet merah menarik perhatian ramai sebelum bermulanya siaran langsung. Malah barisan pengacara yang terdiri daripada Awal Ashaari, Fara Fauzana, Fizi HotFm dan Sarimah Ibrahim mampu mencuit hati penonton.
Walau pun ada komen mengatakan ayat-ayat yang disampaikan ada unsur lucah khususnya yang dilontarkan oleh Sarimah namun ia bukan satu halangan untuk kempat-empat pengacara ini bergabung tenaga memberikan pengacaraan terbaik mereka.
Semua orang maklum, Sarimah Ibrahim ni memang 'gila-gila' sikit... jadi sudah biasa melihat gelagatnya sebegitu cuma rasanya Sarimah perlu kurangkan sedikit lagak 'over' nya itu,..
Mungkinkah AJL31 kali ini dapat mengatasi angka penonton AJL30 tahun lalu yang ditonton oleh 6.2 juta orang... kita tunggu tv3 'update' nanti ya....
Keputusan penuh AJL 31 Anugerah Juara Lagu 31:
• Juara Lagu AJL 31: Lelaki Teragung – Dayang Nurfaezah (RM50,000 + Trofi )
• Tempat Kedua: Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip (RM35,000 + Trofi)
• Tempat Ketiga: Sudah Ku Tahu – Projektor Band (RM20,000 + Trofi)
Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung (RM12,000 + Trofi)
Persembahan Terbaik: Hang Pi Mana – Khalifah (RM12,000 + Trofi)
Berikut senarai 12 kagu calon Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL31):
• Lelaki Teragung – Dayang Nurfaezah
• Terakhir – Sufian Suhaimi
• Sudah Ku Tahu – Projektor Band
• Selamanya Cinta – Shila Amzah & Alif Satar
• Terimaku Seadanya – Misha Omar & Hafiz Suip
• Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
• Di Amaran Mama – Hazama
• Obses – Akim & The Majistret
• Setia – Faizal Tahir & Elizabeth Tan
• Kalah Dalam Menang – Mawi & Syamsul Yusof
• Hang Pi Mana – Khalifah
• Anugerah Terindah – Black
Kepada yang menang Tahniah dan pada yang kalah, cuba lagi tahun hadapan tetapi anda semua sebenarnya 'Kalah dalam Menang"....