Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DELMORAA TAWAR PELUANG MENYANYI SAMBIL BERNIAGA


#ADVERTORIAL

Pandai menyanyi, mengacara dan sporting?

Sekiranya anda tergolong dalam tiga kriteria berkenaan, barangkali anda berminat untuk menyertai pencarian Delmoraa Idol, sebuah projek anjuran bapakku.fm melalui sayap pemasarannya, Bapakku Marketing.

Bukan setekat berjaya digelar sebagai  Delmoraa Idol tetapi  yang bertuah  berpeluang juga berjinak-jinak dalam perniagaan produk Delmoraa. Kira sambil bernyanyi tu ko orang boleh juga menambah sumber pendapatan untuk memperkenalkan serta memasarkan Delmoraa, sebuah produk berasaskan minuman kesihatan.

Tetapi jika ko orng bertanya, kenapa pula perlu minum Delmoraa nak jadi Idol? 

Well…. Jawapannya mudah… budak pun boleh menjawab ya tak? 

Sebab sebagai seorang penyanyi mahu pun pengacara yang sering berada di hadapan khalayak tentulah penampilan kena nampak sihat, cantik dan segar… tak gitu?

Jadi… dengan meminum Delmoraa ko orang bukan sahaja boleh popular bahkan kekal cantik, sihat serta awet muda waima menjadi seorang selebriti yang sentiasa nampak bertenaga dan sihat.

Ini kerana pemenang Idol itu kelak bakal jadi penghias dan penyeri bunting dan banner Delmoraa. Bayangkan wajah anda berada di merata-rata tempat seluruh Negara… kira belum pun popular sebagai ‘artist In the making’ kata orang putih, muka ko orang dah pun femes.

Seperti janji penganjurnya yang juga pengasas Bapakku.FM, Ismahalil Hamzah, “Delmoraa Idol' hendaklah memiliki kriteria yang sesuai sebagai idol di mana calon mestilah pandai menyanyi, mengacara serta bersifat sporting.  Mereka juga bakal menjadi penghias dan penyeri bunting dan banner.”

Dan untuk mencari Delmoraa Idol, satu ‘road tour’ akan dianjurkan merangkumi 4 zon iaitu Utara, Selatan, Pantai Timur dan Lembah Klang.

Kesesuaian tempat persinggahan ‘road tour’ akan dikenal pasti dalam waktu terdekat di mana antaranya seperti di Plaza Angsana Johor Bahru, Melaka Mall dan KB Mall.

Pun begitu, sekiranya ada pihak pengusaha yang ingin jelajah Bapakku.fm ini sampai ke tempat mereka boleh berhubung  dengan pihak penganjur. Dan rombongan ‘Pencarian Delmora Idol’ yang turut disertai bersama oleh team Admin & Marketing, The Super Buskers, penaja dan Team Bikers akan memeriahkan tempat anda dengan pelbagai aktiviti dan cenderahati menarik.



Menurut Ismahalil, bagi memeriahkan acara seraya mempromosikan produk, sebuah lagu telah diciptakan khas bagi tujuan tersebut oleh The Super Buskers dan lirik ditulis oleh Ismahalil Hamzah sendiri. The Super Busker juga merupakan juri tetap dalam pencarian ‘Delmoraa Idol”.

“Setiap bulan kami akan memilih pegguna bertuah Delmoraa yang tampil dengan testimoni yang baik tentang keberkesanan Delmoraa. Percutian ke Pulau Tioman selama 2 hari 2 malam bakal menjadi ganjaran buat pengguna yang bertuah,” cerita Ismahalil selanjutnya.

JIka ko orang berminat tentu nak juga tahu  mengenai produk Delmoraa ini kan? Apa  kah ramuan, khasiat dan kesannya?

Meh Kak Fas ‘story’ sikit dengan ringkas supaya ko orang tak lah bosan nak baca panjang-panjang ya..



Apakah itu DELMORAA?

Yang pasti kata Ismahalil, perkataan itu bermaksud ‘Lautan yang luas”

Sebenarnya sudah 6 bulan produk ini berada di pasaran dan baharu kali ini Kak Fas tahu wujudnya Delmoraa. Itu pun selepas hadir di majlis sidang media yang berlangsung di Restoran Padi, Kampung Bahru baru-baru ini. Terima kasih kepada teman  sebintang Taurus Kak Fas, Ellyna Ali  sebagai ‘PR media” yang menghulurkan jemputan.

Malam itu bukan sahaja para tamu dihidangkan dengan menu ‘seafood’ malah diserikan dengan cabutan bertuah serta perkenalan lagu “Delmoraa’ oleh The Super Buskers”…. 
Sedap juga halwa telinga Kak Fas mendengar lagu itu sehingga terngiang-ngian di telinga dan mulut duk kumat kamit bernyanyi dalam hati tetapi setekat lirik ‘Delmoraa…delmoraa… delmoraa.. ‘ je lah hihi….

Ok  kembali pada kisah produk. Secara ringkasnya Delmoraa diformulasikan oleh bahan-bahan seperti nenas, apple stem sel,  acai berry, garcinia cambogia, daun teh hijau, alfalfa dan  nigella sativa.

KELEBIHAN PRODUK:
ISMAHALIL bersama produk Delmoraa.


✔ Agen BOOSTER pelangsingan tubuh
✔ Express langsing dengan hanya 1 kotak
✔ Membuang toksin
✔ Merawat & memulihkan selulit
✔ Menstabilkan tahap kolestrol
✔ Meningkatkan kadar metabolisma
✔ Tinggi tahap antioksida
✔ Kaya dengan vitamin A, C & Protin
✔ Detox tubuh
✔ Melambatkan proses penuaan
✔ Kulit tak gelebeh selepas penurunan berat badan
✔ Mengurangkan selera makan
✔ Menghalang pembentukan lemak
✔ Awet muda
✔ Membakar kalori 70% lebih pantas
✔ Melancarkan pencernaan & atasi masalah sembelit

CARA-CARA PENGAMBILAN:

Minum 1 sachet setiap hari sebelum tidur atau selepas makan
Bancuh / Shake dengan air putih (200ml) pada suhu sederhana dan minum serta      merta
Boleh diambil 1 hingga 2 sachet sehari
Minum minima 3 liter air putih sehari untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak & kalori

KESAN SEMASA PENGGUNAAN:

Tempoh 1 hingga 5 hari :-

Pembuangan najis lebih kerap
Lawas pembuangan air besarl & kecil
Kerap terkentut (Angin badan)


Rasanya cukuplah setekat itu Kak Fas coretkan secara ringkas khasiat Delmoraa… kalau nak dapatkan info lanjut boleh sahaja layari www.delmoraa.com.

Cuma produk ini merupakan salah satu daripada pengeluaran terbaharu daripada Bapakku Marketing selain yang tersedia seperti Aimtiaz (Habattus Sauda asli) dan sabun yang namanya unik … ‘Lucky Biney” haha… (pasti untuk laki bini kan huhu).

Apa pun perihal Bapakkku.fm pula ko orang yang sering dengar lagu melalui radio sudah tentu tahu yang www.bapakku.fm adalah sebuah radio internet yang memulakan operasinya pada awal 2010.

Di asaskan oleh Ismahalil Hamzah bersama beberapa rakan teknikal, radio internet ini ke udara 24 jam sehari di Jalan Kent 7, Off Jalan Maktab, Kuala Lumpur.

Akhir kata, sekiranya ko orang berminat untuk menjadi pengedar secara kecil-kecilan boleh menghubungi Delmoraa HQ di talian 010-5187000 atau agen Lembah Klang dan Selatan, Fazila 012 3264654 atau agen utara, Shidi 019 8877665 mahu pun email butik-butir anda ke sales@delmoraa.com.

Selamat mencuba!