HYPP TV TAWAR 4 SALURAN CINA PERCUMA SEMPENA TAHUN BARU AYAM
Kepada semua pembaca Tionghua yang melayari blog ini, terimalah ucapan Gong Xi Fa Cai 2017 hari ini.
Selepas makan besar malam tadi... sudah tentu penat kan kerana kekenyangan. Ha... jika tidak tahu nak buat apa 'check out' program tv khususnya yang mempunyai saluran perkhidmatan IPTV atau lebih dikenali sebagai HyppTV milik Telekom Malaysia Berhad (TM).
Perkhabaran baiknya sepanjang tempoh sempena menyambut Tahun Baru Cina, bermula hari ini hingga 11 Februari, HyppTV mengumumkan tontonan secara PERCUMA kesemua saluran berbahasa Cinanya di Ruby Pack buat pelanggan-pelanggannya.
Dikenali sebagai “Chick It Out!”, tayangan secara percuma selama 15 hari ini turut meraikan kedatangan Tahun Ayam dengan pelbagai hiburan menarik dan penonton berpeluang menonton filem-filem terbaharu secara eksklusif serta pelbagai drama bersiri di saluran Now Baogu HD (Saluran 225), SCM HD (Saluran 228), SCM Legend (Saluran 226) dan RED by HBO HD (Saluran 227) termasuk pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.
Selain itu, pelanggan HyppTV turut berpeluang menikmati nyanyian karaoke di HyppStars (Saluran 901), yang menawarkan pelbagai pilihan lagu-lagu berbahasa Mandarin, secara percuma sepanjang sambutan perayaan ini, khas dari HyppTV.
Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, berkata:
“Promosi “Chick It Out!” ini adalah tanda terima kasih kami sebagai menghargai pelanggan setia dan ini merupakan cara kami memberikan kembali kepada mereka. Ia juga menunjukkan usaha berterusan kami dalam menerokai inisiatif-inisiatif inovatif dan menarik untuk meraikan perayaan-perayaan penting bersama rakyat Malaysia.
"Tahun Baru Cina adalah saat untuk kita meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan, dan pastinya antara cara terbaik adalah dengan berkumpul dan menonton filem-filem yang hebat bersama! Dengan tontonan percuma ini, kami turut mempersembahkan pelbagai tawaran kandungan menarik dan membawakan kepada anda barisan program khusus untuk keseronokan berterusan sepanjang Tahun Baru Cina. Pelanggan-pelanggan kami juga boleh menikmati kandungan percuma ini menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere walau di mana sahaja mereka berada.”
HyppTV Ruby Pack menampilkan kandungan hiburan berbahasa Cina terbaik di Asia dari Hong Kong, Taiwan, China, Jepun dan Korea menerusi 11 saluran premium secara LANGSUNG dan HyppPlay, saluran himpunan Video-On-Demand untuk tontonan secara santai.
Saluran-saluran dalam Ruby Pack akan turut menayangkan pelbagai kandungan menarik sempena Tahun Baru Cina ini dan para penonton berpeluang menonton tayangan perdana di Now Baogu HD (Saluran 225) seperti 'New York New York', sebuah filem yang dihasilkan oleh Stanley Kwan yang ditayangkan pada 7 Januari 2017;
Book of Love, salah satu karya yang amat dinantikan daripada penerbit sama yang telah menghasilkan rancangan komedi berbahasa Cina, Finding Mr Right akan mula bersiaran pada 4 Februari; dan The Last Women Standing, akan bersiaran pada 11 Februari 2017.
Terdapat juga beberapa siri istimewa sempena Tahun Ayam ini menerusi Baogu Movie Carnival yang membawakan filem-filem seperti It’s a Mad, Mad World, Too, dan Monster Hunt.
Di SCM HD (Saluran 228), beberapa filem terbaik telah disusun antaranya The Ark of Mr Chow, 72 Tenants of Prosperity, IP Man 3, Lost in Hong Kong dan Ice Man serta banyak lagi.
SCM Legend (Saluran 226) pula menayangkan filem-filem terbaik seperti Her Fatal Ways I, II & III, 1999 The Conman, The Duel, Dragons Forever dan All About Ah Long. RED by HBO HD (Saluran 227) akan menayangkan The New Year’s Eve of Old Lee, dan ‘Master Of The Drunken Fist Beggar So’ pada 29 Januari 2017 sementara Master Of The Shadowless Kick Wong Kei Ying akan mula ditayangkan pada 30 Januari 2017.
Sementara itu, HyppStars (Saluran 901) merupakan perkhidmatan interaktif yang menawarkan kepada pelanggan HyppTV pengalaman berkaraoke menyeronokkan dengan keselesaan berada di rumah mereka sendiri.
Dari serendah 30 sen sehari, mereka boleh menikmati lagu-lagu tanpa had daripada himpunan pilihan yang pelbagai, daripada pilihan klasik sehinggalah yang terkini.
Perkhidmatan ini ditawarkan menerusi Jumbo Pack (HyppStars Lite) dan HyppStars akses tanpa had serendah RM5 (akses selama 3 jam), RM14 (akses bulanan) dan RM99 (akses selama setahun).
Bersempena dengan promosi 'Chick It Out!', HyppTV turut akan membuat penampilan di acara TM’s Life Business Made Easier, bertempat di Paradigm Mall, sebagai rakan kongsi lokasi rasmi acara tersebut, bermula 20 hingga 22 Januari 2017.
Mempamerkan kandungan hiburan terbaik Asia di HyppTV, acara itu akan mengadakan pelbagai aktiviti menyeronokkan sesuai untuk seisi keluarga.
Orang ramai berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah serta bertemu dengan selebriti-selebriti kegemaran anda dan watak kanak-kanak yang digemari, seperti King Julien dan Mr Bean.
Dalam usaha menjadikan hidup lebih mudah buat masyarakat setempat, HyppTV akan menyumbang kepada komuniti dengan menyediakan akses UniFi secara PERCUMA, lengkap dengan HyppTV Ruby Pack untuk PJ Caring Home di Petaling Jaya, Selangor.
Penghuni di PJ Caring Home yang kebanyakannya terdiri daripada golongan warga tua dan golongan yang mempunyai gangguan mental, akan dapat menikmati pengalaman internet berkelajuan tinggi UniFi serta menonton kandungan hiburan bertaraf antarabangsa di HyppTV secara PERCUMA selama 3 tahun.
Antara penyumbang lain bagi usaha amal ini adalah Samsung, sebagai rakan kongsi TV rasmi yang akan menaja sebuah televisyen berdefinisi tinggi (HD) berukuran 65’ untuk rumah kebajikan tersebut.
HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 110 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) - yang terdiri daripada 49 saluran premium, 26 saluran percuma, 4 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On-Demand yang menawarkan pelbagai siri kandungan di HyppTV bagi tontonan secara santai.
Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).