MATKOOL, PANDA BERGABUNG CIPTA AIS KRIM PALING COMEL
Sudah bertahun-tahun rasanya Kak Fas tidak ke Zoo Negara Malaysia. Seingat Kak Fas kali terakhir memasuki zoo kala produksi MIG melancarkan filem 'Zoo" yang dibintangi oleh Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani dan Azlee Jaafar pada tahun 2010.
Filem berkenaan mengangkat tema kehidupan manusia dengan haiwan. Jadi memang bertetapanlah produser Mr. David Teo membuat pelancaran sekali gus 'shooting' di Zoo Negara.
Jadi bila dihitung sudah hampir tujuh tahun Kak Fas tidak menjejakkan kaki ke Zoo Negara sehinggalah pada Sabtu lalu atas undangan Fariza Aniah (sama lah dengan nama Kak Fas- Fariza haha) dari firma perhubungan awam, Cohn&Wolfe yang bertanggungjawab menjemput media serta bloggers bagi pihak penganjur, Nestle.
Tetapi yang menarik Kak Fas untuk turut serta apabila penganjur membenarkan pihak media membawa keluarga dan anak-anak masing-masing.
Jadi, Kak Fas pun fikir eloklah mengambil peluang bersama keluarga sambil meraikan pelancaran aiskrim terbaharu MAT KOOL® Panda keluaran Nestle Ice Cream yang diadakan di Pusat Konservasi Panda, Zoo Negara Malaysia ini.
Sebaik pelancaran disempurnakan oleh Cik Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Aiskrim, dengan kehadiran En. Eugene Chan, Pengarah Eksekutif, Komunikasi, Nestlé (Malaysia) Berhad, semua hadirin diberikan sebatang ais krim yang dimaksudkan dan apabila paketnya di buka..... wah ... comelnya ais krim berbentuk panda dengan kombinasi vanila dan coklat.
Bila dirasa... teksturnya lembut berkrim, enak sungguh sehingga tak sabar pula nak rasa lagi buat kali kedua huhu...
Seterusnya keriangan pelancaran diteruskan ke bahagian luar dengan persembahan penuh bertenaga oleh kumpulan penari ‘flash mob’ dengan tarian berkumpulan diiringi oleh irama ikonik MAT KOOL®.
Kumpulan yang sama juga telah membuat persembahan pada acara ‘flash mob’ pra-pelancaran MAT KOOL® Panda pada 7 dan 8 Januari 2017, di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan Mydin Mall USJ1, yang bertujuan untuk menarik orang ramai dan mengumumkan tentang pengenalan aiskrim MAT KOOL® Panda.
Cik Yit yang mengalu-alukan kedatangan para media dan tetamu berkata, “Nestlé Ice Cream amat teruja dengan penambahan satu lagi aiskrim yang menarik kepada portfolio jenama kami. Dengan pelancaran MAT KOOL® Panda, kami yakin bahawa para pengguna kami akan tertarik untuk menikmati kombinasi hebat perisa vanila dan coklat serta bentuk Panda yang comel yang ditawarkan oleh produk ini.”
Mengulas lanjut mengenai produk baru tersebut, Cik Yit berkata, “Sebagai sebuah syarikat aiskrim, kami harus kekal berimaginasi kreatif dalam kerja kami. MAT KOOL® adalah jenama yang berhasrat untuk sentiasa memperkenalkan produk yang dapat mencetuskan keseronokan. Ekoran kejayaan aiskrim perkongsian pertama iaitu MAT KOOL® Butterfly, pasukan kami mengambil peluang untuk melancarkan MAT KOOL® Panda dengan cerita produk yang juga menarik dan menyeronokan.”
Jemputan yang hadir juga dijemput untuk menyertai sesi mencari harta karun dan bersiar-siar di sekitar zoo. Dalam sesi mencari harta karun tersebut, pasukan peserta dikehendaki mencari jawapan berkisar pada tema hari itu di Pusat Konservasi Panda. Aktiviti lukisan muka dan acara mewarna turut disediakan.
Sebagai penutup bagi acara yang penuh dengan kesenorokan itu, para tetamu berpeluang untuk melawat keluarga panda gergasi Malaysia: Xing Xing, Liang Liang, dan Nuan Nuan.
Sebaik memasuki ruang di mana panda-panda berkenaan berada... pasti semua tidak akan terlepas memandang pelekat yang bertulis 'Syhh".... jadi ko orang yang membawa masuk kanak-kanak perlu memberitahu anak masing-masing supaya tidak bising atau bercakap kuat.
Kenapa agaknya ya? Bila ditanya pada kakitangan zoo... katanya panda-panda ini tidak boleh mendengar bunyi bising kerana mereka akan menyorok....
Oh gitu... kalau menyorok susah la kan semua nak tatap wajah comel panda-panda ini kan?
Okey... semua hormati amaran yang diberikan itu tau...
Seronok tengok gelagat panda-panda ini... ada yang tidur, ada yang makan bahkan mencuit hati apabila seekor panda yang sedang nak cuba duduk tiba-tiba nak terjatuh.
Apa pun terima kasih kepada Nestle yang menjadikan pagi Sabtu kami cukup 'happening' walau pun terpaksa berjalan kaki jauh untuk balik sebab 'tram' tidak disediakan, Kalau nak naik tram ko orang kena bayar RM4 seorang.
Bukan tak nak bayar... masalahnya bila dah separuh jalan dan menghampiri pintu masuk baharulah terasa penat... jadi tak guna juga nak tahan 'tram' sebab dah dekat pun haha....cuma yang membawa anak kecil tu sebaiknya naik tram dari Pusat Panda itu.
Apa pun bila dah panas terik... sejukkanlah diri dengan Aiskrim MAT KOOL® Panda. Ia boleh didapati pada harga yang disyorkan iaitu RM 1.50 di pasaran, serta di laman atas talian 11street (www.11street.my).
Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim MAT KOOL® Panda baru yang enak ini, sila layari laman sesawang Nestlé di http://www.nestle.com.my atau laman Facebook Nestlé Malaysia di https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.
Apa pun jom kita layan gambar sekitar majlis dan zoo negara ni ya....