Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAIKAN TAHUN BARU CINA ANDA DI SURIA KLCC


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Jadi terlebih dahulu Kak Fas mahu menghulurkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina atau "Gong Xi Fa Cai' pada pembaca dan khususnya pada rakan-rakan media serra bloggers mahu pun seluruh warga Malaysia yang menyambutnya.




Seperti yang kita semua sedia maklum a malan tradisi makan besar bersama keluarga merupakan intipati sambutan Tahun Baru Cina.  Kaum keluarga berketurunan Cina berkumpul pada malam menjelang Tahun Baru Cina untuk menikmati juadah makanan yang disediakan khusus untuk sambutan ini.  

Atas hakikat itu,  Suria KLCC meraikan kedatangan sambutan Tahun Baru Cina dengan dekorasi indah bertemakan ‘Makan Besar Komuniti Baba dan Nyonya.’ 

Cantik sungguh dekorasi berunsurkan komuniti Baba dan Nyonya yang dibina di ruang utama Suria KLCC apabila Kak Fas berkesempatan ke sana baru-baru ini atas undangan Anrania Roslan dari unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Suria KLCC Sdn Bhd.




Dan seperti biasa majlis dimulakan dengan ucapan daripada Andrew Brien, Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd yang berkata:

“Pada tahun ini, kami telah mengetengahkan elemen unik komuniti Baba dan Nyonya dalam pilihan tema dekorasi kami.  Ianya dipilih kerana komuniti komuniti Baba dan Nyonya iaitu kaum Cina yang mengamalkan tradisi Melayu hanya boleh didapati di Malaysia.  Kami ingin memberi pendedahan kepada para pelancong serta warga tempatan akan keunikan kaum berketurunan Cina yang mengasimilasikan adat resam kaum Melayu dalam kehidupan  harian mereka.”

Wah! bagus sungguh konsep yang dipertengahkan... inilah namanya integrasi kaum tak gitu?

Lebih menarik apabila pengisian acara pentas memperlihatkan muzik angklong dipelbagaikan dengan rentak Kitaro, Bollywood dan Melayu.

Tetapi ada lagi yang lebih menarik. Suria KLCC selalu membuat kejutan dan mencipta sejarah. Dan sempena tahun baharu tahun ini, mereka turut membina 'Tanglung" gergasi, terletak di KLCC Esplanade.

Ya... struktur itu dibina setinggi 70 kaki dan lebar 40 kaki,  diperbuat daripada tanglung serta hiasan bercorak Bunga Sakura (Cherry Blossom) dalam usahanya untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.  

Keindahan struktur tanglung yang terletak di KLCC Esplanade ini boleh dihayati oleh semua masyarakat Malaysia bermula 19 Januari hingga 5 Februari.  



Pada masa yang sama, Suria  KLCC juga akan menjalankan program komuniti “Share the Care” untuk membantu golongan yang memerlukan di mana dana sumbangan sekurang-kurangnya RM10,000 yang terkumpul akan  disalurkan kepada “Shelter Home for Children.” 

Dana ini akan dikumpulkan menerusi jualan kad berbentuk kuih kapit yang dijual dengan harga RM10.00 di kaunter perkhidmatan pelanggan Suria KLCC.  Para penderma akan diminta menulis nama mereka di atas kad berbentuk kuih kapit ini yang akan digantungkan di sebuah struktur berbentuk pohon Bunga Sakura .

“Shelter Home for Children” merupakan badan kebajikan berdaftar yang dibuka pada tahun 1981 untuk membantu kanak-kanak yang didera, diabai atau ditinggalkan oleh ibubapa mereka. 

Sekianya ko orang nak membuat amal kebajikan dan mahukan  informasi lanjut mengenai rumah kebajikan ini. boleh menghubungi talian 03-7956 2382 atau lawati sesawang www.shelterhome.orang.

Sambil makan angin, menderma dan membeli-belah, anda juga diberkan ganjaran oleh Suria KLCC tau...

Apa ganjarannya? Okey baca ini....

Para pengunjung yang membeli belah di  Suria KLCC di musim Tahun Baru Cina ini akan menerima ganjaran bergantung kepada jumlah perbelanjaan mereka.  Antara ganjaran yang diberikan adalah paket merah serta sepasang pot kondimen bagi pembelian RM800 ke atas, manakala pembeli yang membuat perbelanjaan tertinggi pada hujung minggu pula, akan menerima loket jenama Lukfook Jewellery. 

 Kak Fas sudah pun tengok barang-barang di Lukfook Jewellery dari Hong Kong ini sewaktu pelancaran pembukaan kedai emas itu baru-baru ini. Memang berkualiti dan cantik barang kemas di situ...beruntung kalau dapat ganjaran berkenaan tau..

Sepanjang musim perayaan ini juga, pelbagai persembahan tradisi Cina yang menarik boleh dihayati oleh para pengunjung antaranya, tarian naga dihiasi lampu LED, tarian singa akrobatik, persembahan muzik percussion, orkestra tradisi Cina serta pelbagai hiburan yang lain.

Sekiranya orang ramai memerlukan sebarang informasi lanjut mengenai program komuniti, promosi serta persembahan Suria KLCC sempena sambutan Tahun Baru Cina,  sila lawat laman sesawang www.suriaklcc.com.my