Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SECTION 1' TAWAR KOLEKSI PERIBADI ARTIS, VENDOR TANPA BAYARAN

ZIANA Zain antara vendor menjual  koleksi tudung dari Ziana World. Photo credit: Mstar.

Mungkin kah penyanyi Dayang Nurfaizah artis idola anda…. atau mungkin penyanyi ‘Anggapan mu’ – Ziana Zain mahu pun Anzalna Nasir atau pelakon lelaki, Hafidz Rosdi serta Amar Asyraf?


Sekiranya ada di antara nama-nama yang disebutkan itu artis ‘kegilaan’ anda malah rela mendapatkan apa sahaja barang peribadi mereka untuk disimpan dan dijadikan kenangan, barangkali anda #mestiklik ke platform ‘Section 1” yang menyediakan produk peribadi mereka untuk dijual.

Ya… ko orang tidak salah baca apa yang Kak Fas ingin war-warkan ini. 




Sebagai contoh, ada 14 koleksi pakaian penyanyi yang baharu sahaja memenangi anugerah Vokalis Terbaik AJL31 buat kali ketiganya, Dayang Nurfaizah, yang dijual dalam kategori ‘celeb preloved’ melalui laman e-dagang www.section1.com.my.

Kak Fas dah selak dan tengok laman web ini di mana koleksi pakaian Dayang mampu beli dengan harga bermula dari RM50 untuk skirt labuh jenama Michael Ong hingga kepada baju berharga RM100 dan RM200..



CONTOH baju koleksi dari Dayang Nurfaizah.

Tetapi jika mahu produk eksklusif boleh selak ke halaman Anzalna Nasir yang memperlihatkan koleksi berjenama antarabangsa seperti bag tangan Versace yang dijual pada harga RM2,000 daripada harga asal RM5,000. Banyak diskaun tu... tetapi Kak Fas percaya peminat setia tidak akan rasa rugi untuk membayar produk milik artis kesayangan mereka itu.

Tetapi bagi pembaca yang masih 'blur' berhubung dengan 'Section 1' ... meh Kak Fas story u alls secara ringkas ya...
ANTARA Koleksi tudung Ziana Zain.

Baru-baru ini Kak Fas telah pun mendapat undangan untuk hadir ke majlis pelancaran dan memperkenalkan Section 1 kepada media.


Sejujurnya sebelum itu pun Kak Fas belum pernah dengar apa sebenarnya 'Section1' berkenaan.

Section 1 merupakan platform perniagaan dalam talian oleh UiTM Holdings Sdn Bhd dengan slogan "Shopping is Forever' di mana pengguna sudah boleh melayarinya di laman web www.section1.com.my.

Pix credit Mstar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Section One Sdn Bhd, Irmawati Mahamad Tahir (pix atas, tengah) dalam ucapan ringkasnya memberitahu, setekat ini laman web itu mempunyai lebih 1,000 produk daripada pelbagai kategori dengan sasaran 5,000 produk jualan menjelang 2018.

"Berbeza dengan laman e-dagang beli-belah yang lain, Section 1 menyediakan variasi pilihan produk serta memberi pengalaman baru kepada pembeli untuk mendapatkan koleksi barangan  selebriti kesayangan mereka. Di samping itu, Section 1 menyediakan platform percuma kepada vendor memajukan perniagaan mereka," ujar Irmawati.

Dan dalam rangka promosinya, Section 1 akan menganjurkan tiga acara besar iaiatu larian "Shopholic Run", jelajah 'Section 1 Roadtrip to UiTM' dan konsert kemuncak 'Heart & Soul', tambah Irmawati yang mesra disapa dengan panggilan ringkas Irma di kalangan teman-teman media.

Irma memberitahu, pihaknya juga sedang mencari penaja yang berpotensi dalam menjayakan acara-acara tersebut dan berharap dengan sambutan pengguna  laman web Section 1 ini bakal menjadi hub jual-beli menguntungkan pembeli dan vendor. 

Majlis pelancaran turut memperkenalkan kumpulan Bunkface dan penyanyi Kaka Azraff sebagai duta Section 1 serta sebuah lagu tema berjudul 'Shopping is Forever' yang juga merupakan kolaborasi pertama mereka..

Bunkface turut  mempunyai koleksi jualannya dalam Section 1 antaranya seperti  baju t edisi terhad 'Bunkface X Boboiboy'  berharga RM55.

Majls pelancaran yang diacarakan oleh dua hos terkenal, Cheryl Samad dan Faizal Ismail turut dihadiri selebriti jemputan/vendor seperti Ziana Zain, Khai & Rosma AF, Anis Al Idrus serta usahawan Dato Rafiena, bekas wartawan hiburan, Abie Abdullah dan ramai lagi. 

Selain itu, antara artis mahu pun personaliti yang dijangka menyertai sebagai vendor terdiri daripada Zara Zya, Wak Doyok, Amin Hayat, Chef Zaidah dan Faiz Dickie.

Dengan perkembangan dan populariti membeli-belah melalui talian, Kak Fas percaya kemunculan Section 1 merupakan saingan sihat kepada laman-laman web e-dagang lain yang popular sekarang.

Malah dengan 'lay out' desain yang nampak simple ia memudahkan pengguna untuk menempah pembelian mereka dengan hanya  beberapa klik sahaja... yang pasti anda #mestiklik..... sejajar dengan keperluan hashtag bagi pengguna memuat turunkan sebarang maklumat berkaitan Section 1. selain daripada hashtag #shoppingisforever.di laman sosial masing-masing. Untuk melayari instagram boleh berkunjung ke @section1my manakala Youtube Section1 Malaysia.

Untuk maklumat sebagai vendor boleh berhubung melalui emel ke enquiry@section1.com.my manakala untuk layanan pelanggan boleh  emel  kepada customercare@section1.com.my. atau telefon talian 603-55225366.