Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ADA APA DI SEBALIK MAKNA 'J REVOLUSI' ?


Hanya tinggal beberpa hari sahaja lagi, pawagam tempatan akan dilanda  gegaran apabila satu-satunya filem terhebat pembuka tirai tahun 2017 tampil ke layar perak membawa satu revolusi mental kepada penonton sesuai dengan tajuknya, “J Revolusi”.

Barangkali otak ko orang akan terhenti seketika dengan persoalan kenapa ‘J’ kenapa tidak huruf ‘Y’ ke ‘Z’ ke atau apa sahaja digunakan pada pangkal ‘revolusi’.

Sebenarnya, pangkal ‘J’ dalam industri perfileman membawa konotasi yang cukup menarik. SIla imbau kembali filem-filem Hollywood, kebanyakan figura yang ditampilkan sebagai ‘hero’ bermula dengan abjad ‘J’ contohnya, James Bond atau pun John McClane (Bruce Willis- Die Hard) malah filem Melayu juga pada zaman 60an tampilkan watak Jefri Zain dalam ‘Gerak Kilat’.

Dan kini ‘J’ dalam filem arahan sulung Zulkarnain Azhar, “J Revolusi” memperkenalkan watak Jay Zulkarnain lakonan Zul Ariffin sebagai adiwira filem Melayu era baharu. Barangkali nama Zulkarnain pada hujung tajuk filem ini secara ironinya memperlihatkan juga revolusi mental pengarahnya, waima Zulkarnain adalah nama pengarahnya sendiri. 

Itu yang Kak Fas nampak maksud di sebalik tajuk ‘J Revolusi” yang dibawakan oleh Jay Zulkarnain mahu pun Zulkarnain Azhar yang khabarnya mendapat ilham mencetuskan fenomena ini melalui filem perisikan Jefri Zain.

“Sudah lama kita tidak dihidangkan dengan kisah perisikan seperti Jefri Zain. Dari situlah timbulnya idea untuk melahirkan satu filem perisikan menggunakan perwatakan J,” ujar Zulkarnain Azhar kala berbicara dengan media di majlis tayangan perdana filem ‘J Revolusi” terbitan Grand Brillance dan Infinitus Productions baru-baru ini.

Zulkarnain bukan sahaja berjaya ‘create’  watak Jay Zulkarnain tetapi turut mendedahkan aksi mantap pasukan Unit TIndakan Khas (UTK) di Malaysia pada mata dunia.
Sejujurnya ini kali pertama Kak Fas berdepan dengan kegiatan UTK yang sebenarnya satu pasukan tindakan yang harus mendapat pujian serta sokongan rakyat.




Lebih menarik, pengarah menggunakan uniform serta alat senjata api yang benar-benar milik UTK agar gambaran yang ditonjolkan memperlihatkan satu realiti dan bukan ‘mainan’.
“Saya mahu tampilkan profil sebenar seorang pegawai UTK. Jadi,  segala peralatan sehingga pada  pergerakan dan teknik pertarungan adalah sama dengan rutin sebenar pegawai UTK,”  Zulkarnain memberitahu.



Malah bagi Zul Ariffin pula, beliau perlu memakai sut sebenar UTK yang beratnya mencecah 15 kilogram.

Tetapi segalanya itu ‘is made possible’ dengan kerjasama yang diberikan oleh pasukan UTK dan pihak Polis Di Raja Malaysia kepada penerbitan filem aksi terhebat ini.

Namun sudah pasti apabila membabtikan rahsia jabatan keselamatan negara. Zulkarnain mengakui ada syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi produksi.

Melihat pada promosinya yang tidak kurang hebat antara faktor yang membuatkan hati Kak Fas terlonjak untuk menontonnya sebaik menerima undangan ke tayangan perdananya.  Sebenarnya, Kak Fas jarang mahu menonton prebiu filem apatah lagi pada waktu malam dan jika filem yang dipratontonkan agak biasa-biasa sahaja.

Jika berminat boleh sahaja Kak Fas menontonnya apabila ditayangkan kelak walau pun perlu membeli tiket… setidak-tidaknya Kak Fas menyokong filem tempatan dan bantu melariskannya kan? Hihi…




Tetapi memandangkan kehebatan promosi ‘J Revolusi” yang sentiasa dipaparkan di kaca tv apatah lagi ini merupakan filem Melayu pertama yang sekali gus mencipta aplikasi permainan 3D, Kak Fas harus menontonnya dengan keinginan mendapat jawapan pada persoalan yang berkisar di minda -  ‘hebat ke filem ni?”

Dan selepas menontonnya, Kak Fas akui ‘J Revolusi’ sebuah filem yang memang hebat apatah lagi di tangan seorang karyawan yang pertama kali duduk di kerusi pengarah.
Sebelum Kak Fas cerita panjang… meh Kak Fas ‘story’ sikit sinopsisnya ya…




J Revolusi  mengisahkan  Jay Zulkarnain (zul Ariffin)  yang merupakan  seorang  ketua serangan  bagi Unit Tindakhas (UTK) di Malaysia. Oleh kerana Jay dan pasukan operasinya  memiliki  kehebatan serangan  maut  yang  luar  blasa, mereka  menjadi  mimpi  ngeri  bagi  setiap  pengganas.  Tetapi, apabila adik perempuan  Jay, Dian (Nur Fazura), seorang ejen dalam penyamaran,  ditangkap oleh pengganas  misteri yang telah memerangkap  Jay dengan tuduhan membunuh  ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak  melawan  masa untuk menyelamatkan  adiknya dan membongkar  rahsia lelaki yang tidak mengalah  untuk menghancurkannya.

Okey setekat itu sahaja… nak tahu ‘ending’ kenalah tonton filem ini yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 2 Mac ini nanti ya…

Bersama lakonan hebat Pelakon  Harapan  Lelaki  Terbaik (Festival  Filem Malaysia  ke-26), Zul Ariffin serta Pelakon Wan ita Terbaik  (Festival  Filem Malaysia  ke-27), Fazura, kejayaan filem  ini turut dibantu  lzara Aishah,  Farid Kamil, Azad  Jazmin, ledil  Putra  serta  penampilan  khas  oleh  Dato’  Hans  Isaac, Fatimah Abu Bakar dan para atlet Seni Bela Diri Campuran  (MMA) dari One Championship  iaitu Peter   Davis,   Saiful   Merican,   Jenathan   dan  Davron.  




Azad Jazmin antara watak 'hidup' yang membawa elemen lucu di sebalik ketegangan babak-babak aksi yang ditampilkan. Watak sedemikian lazimnya menjadi penyerti bagi sesebuah filem aksi sama juga yang ditonjolkan dalam filem-filem Hollywood seperti ‘Fast & Furious” dan seumpamanya.

Pun begitu, pemilihan Zul Ariffin memang tepat malah Zul antara pelakon yang sememangnya menjadi pilihan pertama pengarah dalam bayangan barisan pelakonnya.




Tubuh badannya yang sado memantapkan lagi perwatakannya sebagai adiwira cuma seperti diakui Zul beliau terpaksa juga menggunakan ‘stunt man’ untuk aksi-aksi berbahaya walau pun 90% babak aksi dilakonkannya sendiri namun satu hari nanti katanya, mahu mencuba adegan berbahaya tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri.




Pendekata, ko orang harus tonton filem ini untuk melihat aksi pertarungan hebat yang dipaparkan sekali gus rasa bangga dengan semangat juang pasukan UTK Malaysia yang selama ini kita tidak didedahkan.

Walau pun ‘J Revolusi’ tidaklah mampu untuk menyamai kualiti dan kehebatan filem-filem perisikan Hollywood (yang menelan belanja jutaan ringgit) tetapi dengan kos pembikinan hampir RM3 juta, ia sudah cukup menjadi permulaan untuk sebuah filem Malaysia diletakkan pada taraf ‘A+’ dan boleh dibanggakan sebagai buah tangan anak tempatan.




CORAT-CORET:

Aplikasi permainan J Revolusi kini boleh dimuat turun secara percuma menerusi Apple Store dan Google Play Store.
Bagi memastikan gerak seni pertahanan diri tampak lebih realistik, bantuan kumpulan seni bela diri One FC Mixed Martial Arts (MMA) digunakan malah turut mendapat tunjuk ajar perunding aksi Hong Kong.
Filem ini menerima tajaan bernilai RM 1 juta dalam bentuk wang tunai, produk dan perkhidmatan daripada kira-kira 12 syarikat korporat
Filem terbitan bintang terkenal Hong Kong, Andy Lau yang pertama di Kuala Lumpur menerusi Infinitus Productions, yang mengisahkan tentang kehidupan anggota Unit Tindakan Khas (UTK).




Zul Ariffin menggunakan motor berkuasa tinggi jenama Ducati yang baru dibelinya untuk menambah babak perlumbaan namun mengalami kemalangan ketika sesi penggambaran dan akan menghadiahkannya kepada penonton bertuah menerusi peraduan yang akan dijalankan pihak produksi.
‘J Revolusi” filem kelima lakonan Zul Ariffin  dan pertama kali memegang peranan utama.