Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FAZURA YAKIN DIURUS UNIVERSAL MUSIC 360



Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak hadir pada majlis yang melibatkan Fazura. Rasanya terakhir semasa majlis pelancaran Sunsilk,,, entah beberapa tahun lalu. Namun ada juga lah nampak kelibat Fazura di beberapa majlis di mana terakhir rasanya di pelancaran laman web muslimah "Haqqi" baru-baru ini.

Dan disebabkan sudah lama tidak 'bertemu mata' dengan pemilik bernama penuh Nur Fazura  Sharifuddin ini maka undangan yang datang dari Sam Kassim Events & Communication untuk meliputi majlis Fazura mengikat kontrak dengan syarikat Universal Musics, Kak Fas tidak teragak-agak untuk terus rsvp kehadiran.

Namun Kak Fas hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan. Pada hari berkenaan Kak Fas tidak dapat hadir kerana terpaksa pergi ke Ipoh sehari suntuk bagi urusan keluarga dengan menaiki tren ETS.

Tetapi kerana tidak mahu menghampakan undangan, Kak Fas mengambil keputusan untuk menghantar wakil sahaja  untuk ke majlis.setelah mendapat persetujuan daripada Sam.

Dan melalui wakil Kak Fas itu, Zali, Kak Fas dapat 'siaran langsung' melalui pesanan wats app yang dikirimkan. Jadi terasa macam Kak Fas berada di situ walaupun jauh di mata. Tak kisah lah janji tahu perkembangan majlis.

Kak Fas tengok ramai teman teman media dan blogger yang hadir bagi menyaksikan secara rasmi Fazura  mengikat kontrak bersama syarikat rakaman gergasi Universal Music.

Tahniah Kak Fas ucapkan kepada Fazura yang selama membina nama dalam seni lakonan belum pernah diuruskan secara rasmi oleh mana-mana syarikat. Namun apabila beliau mengambil keputusan untuk melebarkan sayapnya lebih luas kerana tidak mahu momentum kariernya terarah kepada satu bidang sahaja,, keputusan yang diambil untuk menjadi artis di bawah pengurusan Universal Music sesuatu langkah yang bijak.


Langkah awalnya dalam bidang nyanyian disempurnakan melalui single perdananya, Sayangi Dirimu pada 2014. seterusnya sebagai penyanyi wanita pilihan grup terkenal Estranged menerusi kolaborasi dalam hit Hancur Aku pada 2015,

Seperti tersusun cantik dan tidak mahu menoleh ke belakang, kontrak yang ditandatangani Fazura bukan sahaja sebagai seorang penyanyi, sebaliknya, Fazura memberi kepercayaan penuh terhadap Universal Music untuk menguruskan segala urusan karier seninya termasuk kontrak sebagai duta dan hal berkaitan.



Keputusan tersebut diambil bukan sekadar untuk memastikan kerjayanya dalam bidang seni lebih kukuh, tetapi Fazura mahu memastikan impak yang besar dan lebih positif terjadi kepada karier seninya.

"Pihak kami telah lama mengikuti perkembangan karier Fazura. Sebagai anak seni, beliau memiliki perjalanan karier yang baik dan memberi pengaruh besar terhadap banyak peminatnya.

"Apabila melihat kepada perjalanan kariernya yang positif dan semangat beliau untuk terus berkembang maju, Universal Music tidak teragak-agak mengikat kontrak dengan Fazura dan mengambil tanggungjawab besar serta memainkan peranan untuk mencorakkan kerjaya seninya daripada segenap segi,"ujar Pengarah Urusan Universal Music Malaysia & Singapura, Encik Kenny Ong.

Kenny berharap kerjasama yang dijalinkan akan memancarkan lagi pesona Fazura dalam dunia hiburan,

Sehubungan itu, Universal Music mengambil langkah pertama dengan menerbitkan single kolaborasi Fazura bersama pemenang The Voice Filipina musim ke-2, Jason Dy.untuk lagu berjudul "Nothing Like Pag Ibig".


Kolaborasi itu sekali gus menyaksikan Fazura bakal menakluk pasaran muzik Filipina, sama seperti beliau sukses memikat hati peminat di Indonesia dengan bakat lakonannya.

Kolaborasi  'salam perkenalan' ini secara tidak langsung membuktikan Universal Music begitu komited dan serius untuk memberi anjakan besar terhadap karier nyanyian Fazura, jelas Kenny.

"Seperti yang kita sedia maklum, beliau sudah berjaya menawan hati peminat Indonesia dengan lakonannya, saya percaya menerusi single duet Nothing Like Pag Ibig, peminat Filipina akan terpesona pula dengan bakat nyanyiannya," tambah Kenny lagi.

Sementara itu, Fazura juga berbesar hati dan cukup teruja untuk melihat perkembangan positif selepas beliau menyerahkan masa depan karier seninya kepada Universal Music.

"Saya mengambil keputusan memberi kepercayaan penuh untuk Universal Music menguruskan karier seni saya kerana portfolio syarikat rakaman ini cukup baik.

"Dari segi nyanyian, banyak penyanyi hebat bernaung dengan Universal termasuk Yuna dan Dato' Siti Nurhaliza yang menyerahkan kerja pengedar album kepada Universal.

"Justeru saya terpanggil untuk duduk di bawah Universal Music agar bukan sahaja kerjaya nyanyian saya dikembangkan dengan lebih baik, tetapi memastikan karier seni saya  lebih terurus dan terjamin. Dan saya percaya bahawa Universal Music akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik," ujar Fazura.

Sepertimana Universal Music, Fazura cukup teruja menantikan respons terhadap kolaborasi perdananya dengan Jason Dy, sementelah ia merupakan kerjasama pertamanya dengan anak seni dari Filipina itu

Pihak pengurusan Universal Music juga telah merangka dan menyusun projek istimewa Fazura di luar bidang nyanyian seiring dengan kepercayaan yang diberikan untuk memperkembangkan karier seninya.