Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NORA DANISH ;GILA GILA' DALAM 'SYTD2' DI BUDAPEST


Apabila sesebuah filem dijadikan sekuel, keberangkalian untuk membandingkannya dengan yang asal tidak dapat lari daripada pemikiran penonton.


Kak Fas antaranya yang tidak dapat tidak tetap mahu membandingkan filem ini dengan versi awalnya apatah lagi ditangani oleh dua orang pengarah berasingan.

FIlem yang menjadi perhatian Kak Fas kali ini tentulah filem terhebat Indonesia yang mencapai jumlah tontonan sehingga 2 juta penonton di negaranya sendiri bagi tahun 2015, iaitu “Surga yang tak dirindukan’ (SYTD) serta sekuelnya ‘Surga yang tak dirindukan 2’.

Kak Fas sudah pun berpeluang menonton kedua-dua filem baik arahan Kuntz Agus mahu pun di tangan pengarah Hanung Bramantyo untuk ‘SYTD2”.

Dan bagi penonton di Malaysia, hari ini (16 Februari 2017), mereka berpeluang untuk menonton sekuelnya apabila bermulanya tayangan ‘Surga yang tak dirundukan 2” di pawagam seluruh Negara.

Menyaksikan tayangan perdana filem ini sebelumnya, sejujurnya Kak Fas ingin menyatakan bahawa perasaan Kak Fas dibuai kepiluan kala menonton 'SYTD' berbanding sekuelnya ini.
Terasa ada kekurangan dari segi 'feeling' waima pada filem arahan Kuntz, Kak Fas tidak dapat menahan cucuran air mata yang mengalir tanpa dipaksa. 


Namun kala menonton 'SYTD2', rasa kesedihan itu agak kurang walau pun hakikatnya perjalanan cerita yang berakhir dengan kematian sepatutnya lebih menyentuh jiwa sanubari. 

Hanya sedikit sahaja air mata Kak Fas mengalir pada babak-babak tertentu khususnya kala ibu Arini (lakonan Laudya Chintya Bella) menenangkan anaknya, Nadia (Sandrina) yang menangis setelah mengetahui keadaan ibunya yang kritikal dan menanti maut. Malah Nadia berusaha juga untuk menunaikan permintaan terakhir ibunya untuk ayahnya kembali bersama ibu tirinya, Melrose.

Selain itu, kesedihan yang Kak Fas rasai tidak sampai untuk mencetuskan butiran air manik dari kelopak mata.Entahlah, babak-babak di tangan pengarah Hanung Bramantyo rasanya tidak kesampaian menyusuk ke dalam jiwa Kak Fas. Barangkali untuk orang lain tak tahu lah tetapi jika dibandingkan dengan filem pertama, Kak Fas lebih banyak menangis menontonnya.

Pun begitu, pada keseluruhannya filem ini mampu menambat hati apatah lagi sinematografinya cantik waima sebahagian besar penggambaran dilakukan di Budapest, Hungary.

Barangkali suasana di Budapest yang indah membuatkan rasa pilu itu tenggelam. Perjalanan cerita agak klise waima Arini yang tahu tidak akan hidup lama akibat penyakit kanser yang dialaminya, bersusah payah menyakinkan suaminya, Pras ((Fedi Nuril), agar menerima madunya, Melrose (Raline Shah) dan anaknya, Akbar (Keefe), yang sudah lama terpisah.



Malah adegan di mana Nadia rasa sedih apabila mengetahui Melrose berkawan rapat dengan Doktor Syarief (,Reza Rahadian) lantas mengharapkan ibu tirinya itu menerima kembali ayahnya, Pras  mengembalikan pula ingatan Kak Fas pada filem Hindi "Kuch Kuch Hota Hai" (lakonan Shah Rukh Khan). Mereka yang dah tonton filem Hindustan itu harus tahu maksud Kak Fas ya... tak perlulah Kak Fas jelaskan panjang lebar ya...



Apa pun, penampilan khas pelakon yang mempunyai jutaan peminat, Nora Danish diyakini mampu mengeratkan sillaturrahim antara Malaysia dan Indonesia malah dilihat sebagai faktor yang mampu menarik minat penonton kedua-dua negara jiran ini.

Lakonan Nora sebagai PA yang 'gila gila' bukan lah sesuatu yang sukar dilakonkan  pelakon popular ini waima sebagaimana berat pun watak yang dipikulnya, Nora mampu menjiwainya.

Kak Fas nak ucapkan tahniah kepada Nora yang berjaya dipilih untuk berkolabrasi dalam sebuah filem terhebat Indonesia. Lakonan Nora tidak mengecewakan.

Bagi penonton yang ingin menonton sekuel ini Kak Fas mahu mencadangkan mereka terlebih dahulu melayari internet bagi menonton filem pertama 'SYTD'.

Jadi apabila beberapa dailog berbaur lucu yang dilemparkan oleh Pras kala berhadapan dengan insiden kemalangan jalan raya kali kedua melibatkan seorang pemandu wanita, anda pasti tergelak.



Jika tidak pastinya ko orang akan tertanya-tanya kenapa setengah penonton ketawa apabila mendengar pertanyaan Pras kepada doktor yang merawat gadis kemalangan tersebut.

Kesimpulannya, 'SYTD2' tidak menghampakan dan boleh dilayan oleh semua golongan usia dari dewasa hingga kanak-kanak kerana mesej yang diutarakan bukan sahaja boleh dijadikan teladan bahkan implikasi isu 'poligami; yang diketengahkan ditangani dengan tertib sehingga tiada wanita rasanya yang mampu menentang nasib yang menimpa Pras apabila terpaksa beristeri dua.

Menariknya filem-filem Indonesia, kekuatan agama Islam ditonjolkan dengan rapi sekali waima di atas katil menanti maut sekali pun pesakit tetap mampu mengerjakan solat secara berjemaah.

Ya... sebenarnya sakit bukan alasan untuk setiap umat Islam meninggalkan solat malah hingga nafas terakhir sekali pun solat adalah wajib.

SIAPA di antara mereka berdua ini yang menjadi pilihan Melrose? Pras atau Doktor Syarief? Jawapannya anda perlu saksikan sekuel kedua ini yang sekarang sudah berputar di pawagam tempatan.