Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MENTOR MILENIA 2017: PROTEGE LEGA TIADA PENYINGKIRAN


Pedih juga mendengar komen Datuk Hattan mahu pun Azlan Typewriter ketika memberikan kritikan kepada protege Mentor Milenia 2017.

Walaupun pedih di telinga kita yang mendengarnya apatah lagi protege yang menerima kritikan tersebut... tentu bagaikan satu tamparan bagi mereka.

Namun terpaksa lah menerimanya walau pun pahit hendak menelannya.. kerana kritik yang jujur daripada Hattan dan Azlan mampu melonjakkan lagi semangat protege untuk memperbaiki mana yang lemah.

Kak Fas pun memang bersetuju dengan pendapat kedua juri tempatan berkenaan apatah lagu-lagu yang dinyanyikan bukan sahaja tidak sesuai dengan jiwa protege malah lagu-lagunya pun tidak popular pada telinga Kak Fas.



Kenapa lah tak pilih lagu-lagu yang kita lazim dengar... barulah sedap halwa telinga ya tak?

Pun begitu, Kak Fas perlu akur juga dengan pilihan lagu-lagu yang dipilih oleh mentor masing-masing seperti kata Tomok... 'Saya nak menguji dan memberikan cabaran kepadanya."

Jadi titik... no more komen ok Kak Fas... mentor dah beri pendapatnya...

Okeylah ... untuk kali ini juga Kak Fas terpaksa menoton secara siaran langsung dari kaca tv sahaja sebab tidak kesampaian untuk meluangkan masa hadir ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Battle pertama Mentor Milenia 2017 yang berlangsung pada Ahad lepas telah menyaksikan Balqis & Usop (Hazama), Elica & Anna (Akim), Syeera & Nuzul (Black) dan Qalisya & Along (Tomok) bersaing untuk meraih jumlah markah yang tinggi. 



















Dua protégé yang berada di tangga terbawah iaitu Qalisya (Tomok) dan Nuzul (Black) menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan lantas kesemua protégé mara ke pertarungan seterusnya.

Bab ni... Kak Fas dan rasanya semua penonton pun dah agak dah... terlalu awal untuk disingkirkan ya tak? Bagi peluang lagi hihi...



Fenomena Usop (Hazama) yang menjadi tular di laman media sosial bertambah hangat selepas protégé kepada mentor Hazama ini diumumkan sebagai juara mingguan.

Keputusan persembahan para protégé terletak kepada jumlah markah daripada juri tetap dan juri jemputan sebanyak 50%, undian penonton menerusi laman web rasmi Mentor Milenia sebanyak 30% dan 20% lagi daripada juri awam di studio. 

Menurut Datuk Hattan selaku juri tetap, “Kesemua protégé ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai protégé, mereka perlu tahu bahawa vokal bukan ukuran semata-mata di dalam pertandingan ini tetapi mereka juga perlu pandai untuk menguasai pentas dan memukau penonton. Para mentor juga perlu peka dalam pemilihan lagu yang sesuai dengan protégé untuk membantu persembahan dan meningkat jati diri mereka semasa berhadapan dengan penonton.”



Mentor Milenia 2017 dihoskan oleh Issey Fazlisham dan Marsha Milan Londoh. Pembukaan konsert minggu ketiga lalu telah menampilkan persembahan istimewa daripada juri jemputan, Azlan Typewriter, dengan lagunya bertajuk ‘Melankoli’.

Di pengakhiran konsert itu, penonton dihiburkan dengan persembahan bonus daripada barisan protégé menerusi rangkaian lagu “G.I.G & Stop” (kumpulan Elite dan Spice Girls).



Tertumpu kepada golongan muda dalam lingkungan umur antara 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia 2017 membariskan empat artis muda berbakat besar iaitu Akim, Hazama, Black dan Tomok selaku Mentor bagi mencari dan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya dan berkemampuan melakar nama mereka di dunia seni.

Mentor Milenia 2017 dibawakan khas oleh Neffos, Telefon Pintar Generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, Mentor Milenia 2017 akan dihangatkan lagi dengan Smule, aplikasi karaoke popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi aplikasi Smule ini.

Barisan protégé akan bertanding dalam 9 konsert mingguan yang disiarkan secara langsung dari studio Sri Pentas 2. Konsert mingguan ke-8 dan ke-9 merupakan konsert separuh akhir, di mana protégé-protégé yang masih bertahan akan berentap di pentas akhir Mentor Milenia 2017 untuk merebut wang tunai berjumlah RM 100,000.



Krew penerbitan Mentor Milenia 2017 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia 2017 dan Khirul Fikry Mustafa sebagai penerbit. Program realiti popular ini turut dibantu oleh Azmeer sebagai penasihat, Sazlan Mat Adnan sebagai koreografer dan Faizal Uzir (Lok-U) sebagai pengarah muzik.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mentor Milenia 2017 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege pada setiap Ahad bermula 6.00 petang selama 30 minit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dengan menggunakan hashtag #MentorMilenia2017 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial.

Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.