MESIN LASER 'PICOWAY' RAWAT KULIT ARTIS-ARTIS
Wow! Harga mesin 'Picoway' ni bernilai lebih RM1 juta? Biar betik.... eh biar betul...tu dia lidah Kak Fas pun dah berbelit nak sebut biar betul dah sebut style orang KL 'biar betik' haha... tapi Kak Fas sure you all faham kan?
Tapi ko orang mesti blur sekejap kan apa benda Allah 'Picoway" ini?
Kak Fas pun baharu pertama kali melihat mesin yang macam dalam cerita 'Star Wars' ini... patutlah pelancarannya pun ala-ala 'Star Wars' gitu... model-modelnya lengkap berpakaian macam nak ke bulan gitu...
Secara ringkasnya, 'Picoway' adalah sebuah mesin laser yang diimpot dari Amerika Syarikat dan kini menjadi satu-satunya milik pusat rawatan estetik dan laser terkemuka di Asia, Ko Skin Specialist, milik Dr. Ko Chung Beng.
Melalui teknologi PicoWay, ko orang boleh mendapatkan rawatan laser dermatologi. Jadi apabila mendapat undangan daripada Sam Kassim untuk pelancaran PicoWay, Kak Fas tentulah tidak mahu melepaskan peluang tersebut apatah lagi dapat bertemu dengan pakar kulit yang femes itu... Dr. Ko lah yang sering disebut-sebut ramai walau pun Kak Fas tidak pernah mendapat sebarang rawatan daripadanya.
Berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, majlis pelancaran bermula dengan tarian ala 'Star Wars' gitu dan sebaik sahaja selesai, CEO Dato’ Dr Ko Chung Beng sendiri melancarkan mesin laser bernilai berjuta dolar itu.
Diacarakan oleh penyanyi terkenal, Atilia Haron, majlis turut dihadiri sebilangan selebriti yang sedang mendapat rawatan menggunakan PicoWay antaranya termasuk pelakon Idris Khan, pengarah filem Erma Fatima, pengacara Astro SuperSport Amanda Chaang, pengacara TV Yasmin Hani dan pelakon Tengku Putri Najuwa.
Bersama mereka rakan-rakan artis lain yang memberikan sokongan terdiri daripada Maya Matahari, Rohana Jalil, Fazli Zainal, Zur Eda, Salwa Abdul Rahman, Salamiah Hassan dan ramai lagi.
Nk tahu lanjut tentang PicoWay?
Meh Kak Fas story panjang sikit lagi ya...
PicoWay® adalah penyelesaian laser termaju untuk menghilangkan tatu dan pigmentasi benigna seperti jagat dan bintik-bintik penuaan. Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran. Diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat), laser tersebut memecahkan pigmen dengan berkesan menjadi partikel paling kecil untuk disingkirkan oleh kulit.
Ko Skin Specialist ialah pusat laser yang pertama dan satu-satunya di Malaysia untuk menawarkan teknologi laser PicoWay®. Teknologi ini merupakan alternatif terulung kepada pembuangan tatu menggunakan laser tradisional. Tidak seperti laser tradisional, PicoWay® menghantar tenaga ke dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultrapendek yang pantas, selamat dan selesa.
Dan bercakap mengenai teknologi berkenaan, Dr Ko berkata,"Kami merasa keperluan untuk membawa PicoWay® ke Malaysia kerana rakyat Malaysia mempunyai warna kulit yang agak gelap. Adalah sukar untuk merawat pesakit dengan warna kulit yang lebih gelap kerana kebanyakan rawatan laser biasanya menyebabkan tenaga diserap ke dalam kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan.
Tambahnya, PicoWay® ialah pengubah pasaran kerana tenaga laser dihantar ke partikel
pigmen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit.
Jadi rakyat Malaysia kini antara yang bertuah kerana tak perlu terbang jauh hingga ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan Picoway sebab teknologi itu kini sudah pun berada di tanah air kita malah mereka sudah mempunyai
mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka.
PicoWay® ialah teknologi laser proprietari milik syarikat alatan estetik yang bertapak di Amerika Syarikat, Syneron-Candela; diedar di Malaysia oleh Beaumedic di bawah jagaan Pengurus Besarnya, En. Lau Chang Yaw.
Soal harga?
Segalanya bergantung kepada rawatan yang perlu pada kulit yang bermasalah.... jika tak berapa masalah sangat ko orang bayar sikit lah lebih kurang RM800 ke atau mungkin lagi rendah atau lagi mahal... segalanya bergantung pada jenis rawatan yang dikehendaki.
So kalau nak cuba boleh menghubungi mana-mana pusat rawatan Dr. Ko untuk bertanya lanjut ya...