NEELOFA PILIHAN UTAMA DUTA JAM TANGAN TITAN
Majlis sebegini merupakan kali ke-2, Kak Fas hadir untuk menyaksikan Titan, pengeluar jam kelima terbesar di dunia memperkenalkan koleksi terbaharunya bagi tahun 2017.
Kak Fas memang suka dengan jam tangan Titan sebab desainnya yang unik dan menarik bahkan rasa bangga juga lah mempunyai koleksi jam daripada anak syarikat Kumpulan TATA dari India ini yang merupakan syarikat tersenarai, menghasilkan lebih 15 juta jam setiap tahun, dengan bilangan pelanggan lebih 200 juta di 32 negara meliputi 7000 tempat jualan, sejak ditubuhkan pada tahun 1984.
Kali ini Kak Fas bukan sahaja berpeluang melihat rekaan terbaharu Titan yang pesona bahkan buat pertama kalinya juga Titan memperkenalkan artis tempatan sebagai duta produknya.
Dan artis tersebut, tidak lain daripada pelakon popular, Neelofa, yang tidak kurang mempunyai jutaan peminat.
Tetapi kenapa Neelofa?
"Dia bukan sahaja mempunyai pengikut instagram ramai sehingga melebihi 4 juta bahkan Neelofa adalah contoh terbaik seorang artis yang aktif malah juga seorang usahawan berjaya dan kami amat berbangga untuk mempunyai kolaborasi dengannya," jawab En. Vijesh Rajan, Ketua Unit Perniagaan, Bahagian Antarabangsa Titan Company Ltd. yang terbang dari India untuk hadir ke majlis memperkenalkan Neelofa sebagai duta Titan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
.
Sudah tentu buah hati rakyat Malaysia ini mampu memperkenalkan Titan kepada khalayak apatah lagi Neelofa memiliki personaliti seorang yang berani dan penuh dedikasi dalam mencapai kejayaan, bertepatan dengan moto jenama ini.
Rasa terharu dengan tawaran berkenaan kata Neelofa, “Saya begitu teruja dan amat berterima kasih pada Titan kerana memilih saya sebagai duta jenama. Saya memang meminati jenama Titan kerana keunikan rekaannya dalam setiap koleksi. Contohnya, setiap utas koleksi Raga, kita boleh nampak kehalusan seni rekaannya dan bagaimana ia direka menepati cita rasa wanita moden."
Titan X Neelofa (Raga Moonlight, Starry Night) |
Koleksi Raga, khususnya di bawah edisi 'Gargen of Eden' yang dipakainya ketika sidang akhbar merupakan antara rekaan favourite bintang filem 'Azura' ini.
"Saya juga amat terpesona dengan Edge, kerana rekaannya yang ultra nipis, elegan dan menggunakan teknologi terkini. Kini saya mempunyai teman sempurna yang bukan saja menunjukkan waktu untuk saya, tapi juga melengkapi gaya saya untuk sebarang acara. Saya tak sabar nak kongsi koleksi yang saya pilih sendiri dengan anda dan saya harap anda juga akan menjumpai teman sempurna anda!” kata Neelofa.
Titan Edge merupakan jam tangan ternipis di dunia ala kad kredit iaitu senipis 3.5mm dan mempunyai pergerakan sehalus 1.15mm dengan kemasan yang elegan malah merupakan sebahagian Koleksi Neelofa untuk pasaran Malaysia..
Bercerita lanjut mengenai koleksi terbaharu Titan, Viijesh menambah kata, “Di Titan, kami percaya seutas jam tangan boleh menjadi moden dan pada masa yang sama rekaannya kekal klasik tidak tepuk dek zaman. Ini kerana, apabila anda membeli seutas Titan, anda bukan sekadar membeli jam tangan, malahan anda sebenarnya menciptakan pengalaman bermakna ketika memakainya. Sebab itulah kami beranggapan bahawa seutas jam tangan boleh dihasilkan dengan kehalusan seni tangan terbaik tetapi masih lagi mampu dimiliki semua.Saya yakin Neelofa akan menjadi duta yang sempurna dan ciri-ciri yang ada padanya akan melengkapi lagi jenama Titan."
Kolaborasi yang berkempenkan ‘Lahirnya Detik Kejayaan’ ini akan mengetengahkan Neelofa dalam semua kempen digitalnya yang memaparkan detik-detik kejayaan buat Neelofa bersama temansempurnanya, Titan, selama setahun.
Peminat-peminat Neelofa boleh menantikan koleksi pilihan istimewa Neelofa seperti Raga, Edge, Neo dan Purple yang kini sudah pun berada di pasaran Malaysia.
Titan menawarkan koleksi jam tangan untuk lelaki dan wanita, pada harga yang mampu milik serta sesuai untuk apa jua gaya – sama ada formal, sukan atau kasual. Setiap jam tangan Titan dihasilkan dengan rekaan yang unik, kehalusan seni tangan yang tiada tandingan serta gaya – inilah komitmen mutlak Titan.
Antara koleksi terkenal Titan yang boleh digayakan sama ada oleh wanita atau lelaki dan termasuk di bawah koleksi pilihan istimewa Neelofa adalah:
- Raga – Diinspirasikan daripada wanita moden yang mengungguli peranannya dengan penuh keanggunan elegan sekali. Dengan sentuhan rekaan sensual dan elegan, koleksi Raga sesuai untuk semua wanita.
Titan X Neelofa (Raga Foliage & Titan Neo) |
- Edge – Jika ketepatan yang menjadi lambang penghasilan jam, maka Edge daripada Titan merupakan contoh terunggul jam kontemporari. Dihasilkan daripada keluli tahan karat dan kaca kristal nilam – jam Edge memberikan anda pergerakan mantap sehalus 1.15mm, pergerakan yang setanding dalam kelas dunia pembuatan jam. Juga dikenali sebagai jam kuarza paling nipis di dunia, inovasi ini telah memenangi Anugerah Red Dot Design pada tahun 2013 dan 2014.
- Neo – Direka dengan gabungan harmoni stail kontemporari, teknologi dan tahan lasak, koleksi Neo memaparkan gabungan sempurna antara rekaan dan fungsi untuk kedua-dua lelaki dan wanita.
- Purple – Lari dari kebiasaan dengan memberikan rekaan yang berani – Purple menyerlah sekali dengan koleksi warna yang pelbagai, sentuhan kristal dan reka bentuk yang menyerlahkan lagi si pemakai. Sama ada untuk ke bersantai atau ke pejabat, ia teman sempurna anda!
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai koleksi Titan, layari www.detiktitan.com, atau cari hashtag #DetikTitan di media sosial, LIKE Laman Rasmi Facebook Titan (@Titan) atau ikut akaun Instagram rasmi Titan Malaysia (@titanmalaysia).
Titan X Neelofa (Titan Purple - Casual Chic Look & Titan Neo). |
Titan X Neelofa (Raga Foliage & Titan Edge). |