PELUANG TERAKHIR BORONG FABRIK, TONTON REKAAN JAAFAR ONN
Agak unik dan menarik apabila sebuah karnival berkaitan fesyen dilangsungkan di sebuah dewan hotel terkemuka.
Rasanya, ini pertama kali Kak Fas melihat sebuah karnival yang menggabungkan pertunjukan fesyen sekali gus menjadi medan untuk khalayak membeli-belah fabrik-fabrik eksklusif keluaran Eurotex Asia.
Tetapi hakikatnya inilah yang berlaku di Dewan Utama Hotel Concorde KL selama tiga hari bagi Karnival Tekstil Jaafar Onn Design Eurotex Asia bermula dari 3 Februari lalu sehingga 5 Februari 2017 (hari ini).
Kak Fas berpeluang hadir ke pertunjukan fesyen Jaafar Onn setelah mendapat undangan daripada selebriti yang sudah lama Kak Fas kenali itu.
Dan disebabkan sudah bertahun-tahun lamanya juga Kak Fas tidak 'bekerjasama' dengan Jaafar Onn sebagaimana ketika Kak Fas menjadi wartawan Majalah WANITA dulu, maka kesempatan untuk menjalin balik sillaturrahim bersama Jaafar atau lebih mesra Kak Fas sapa dengan nama pendeknya, Pa....seolah mengembalikan nostalgia zaman lalu.
Sebaik tiba pada ruang luar dewan, sudah kelihatan beberapa fabrik baju dihiasi pada tubuh 'mannequin' sementara lima bunting setiap artis undangan Jaafar menghiasi ruang bersebelahan pintu masuk utama iaitu Maya (Matahari), Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman dan Isma AF. Juga ada Sam Iskandar serta Fazli.
Dan sebaik melangkah masuk ke Dewan, Kak Fas agak terpegun melihat persekitaran yang bukan sahaja sebahgiannya dihiasi meja makan dan pentas persembahan tetapi pada sebelah kiri dan kanan dewan berbarisnya sejumlah 12 orang gadis-gadis manis berpakaian kebangsaan negeri-negeri seluruh Malaysia.
Setengah daripada dewan itu pula dipenuhi dengan pameran fabrik-fabrik pada tubuh 'mannequin' waima di sebalah kiri berlambak kain-kain yang sudah siap dibungkus untuk sepasang baju dibentangkan di lantai.
Tetapi ini bukan pasar lambak ya...kira 'pasar eksklusif' gitu. Kak Fas semacam rabun mata nak memilih mana satu corak yang berkenan di hati sebab semuanya nampak cantik dan eksklusif sebab sepertimana Jaafar Onn memberitahu, cuma ada 5 design untuk setiap pengeluaran fabrik.
Lebih menarik, harganya mampu beli di mana fabrik kosong dijual pada harga lebih kurang RM70 manakala yang ada permata berharga sekitar RM120. Pendakata, harga mengikut corak dan jenis fabrik yang dikehendaki.
Bila berada di karnival ini,Kak Fas percaya bukan kaum wanita sahaja yang akan terpesona dengan pelbagai corak fabrik dan desain Jaafar Onn tetapi orang lelaki juga tidak kurang mempunyai pilihan memilih fabrik untuk baju Melayu mereka pada Raya tahun ini.
Selain fabrik kosong ada juga kain pelikat jenama Mangga dan yang popular, 'Gajah Duduk" siap dalam kotak berharga kira-kira RM35 rasanya.
Pendekata, andainya ko orang sedang mencari fabrik untuk dijahit baju Raya yang hanya beberapa bulan sahaja lagi, Kak Fas rekomen ko orang pergi sahaja ke Hotel Concorde segera kerana esok (hari ini) karnival yang dibuka dari jam 9 pagi akan tamat jam 9 malam.
Malah jika mahu Jaafar Onn sendiri mereka desain untuk anda, ko orang boleh mendapatkan khidmatnya secara percuma, Itu telah pun dijanjikan oleh Jaafar Onn kala memberikan ucapan aluannya.
Kak Fas tengok rekaan Jaafar kali ini agak menarik waima bertumpu pada kain bercorak pelbagai rona. Setiap koleksi yang ditampilkan diiringi penyanyi jemputan malah Jaafar sendiri mencipta sebuah lagu khas dengan lirik yang berkaitan kain-kain baru keluaran Eurotex Asia ini seperti lagu "Joget Pinang Meminang."
Apa kata ko orang layan tengok gambar-gambar Kak Fas di bawah kerana setiap gambar menceritakan sendiri produk nya ya tak?
Apa pun jangan lupa esok segera ke Karnival Jaafar Onn Design sebelum putih mata ya sebab harga nya memang terbaik dan mampu beli. Malah yang datang juga mempunyai kemudahan untuk bertanya lanjut mengenai peluang menjadi agen dengan tiga pakej pelaburan mengikut kesesuaian meliputi pilihan RM3,000 (pakej emas, agen) , RM6,900 (Premium, rakan niaga) mahu pun mimilih pakej Titanium sebagai perkongsian niaga bagi pelaburan RM10,000.
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi Rahil (+6011 2553 2096), Affiq (+6013 431 4066) atau Laila di talian +6012 841 7972 atau berhubung dengan Eurotex Asia yang kini mempunyai beberapa cawangan kedai sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan dikenali sebagai Aked Mata Air, Aked Salihin dan Aked Asnidar.
Bila dah lama tak bertemu dengan Jaafar Onn mahu pun Maya Matahari, Kak Fas sempatlah menyambung silaturrahim dengan mengambil sekeping foto buat kenangan pertemuan semula. Tapi bila berada di samping Jaafar... terasa rendahnya huhu....
Tahniah Pa... atas kejayaan mencipta sebuah fenomena apabila mengadakan karnivel di sebuah hotel gitu....