PEWANGI ELIZAD X FELLA ROSSE SASAR JUALAN 200 RIBU UNIT TEMPOH SETAHUN
#ADVERTORIAL
Siti Elizad Sharifuddin bukanlah satu nama baru dalam dunia hiburan tempatan. Namun sejak kembali popular melalui drama “Teman Lelaki Upahan” malah bergelar pula seorang isteri, rezeki Elizad atau lebih mesra disapa Ejad sahaja, nampak gayanya mencurah-curah.
Baharu sahaja melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian dengan single “Haiyaya”, kini Ejad - ditawarkan pula sebagai duta produk minyak wangi yang dilabel sebagai ‘Inspired Perfume - Elizad Sharifuddin X Fella Rosse.’.
Kak Fas antara yang menyaksikan majlis pelancarannya berlangsung di Terrace, Hotel Royal Bintang, Curve baru-baru ini.
Majlis yang bertemakan “emas/hitam” menjadi rona hiasan persekitaran sama dengan kad undangan pihak penganjur, syarikat Fella Rosse Boutique & Studio, iaitu anak syarikat kepada induknya, Nateeza Enterprise (NZ Roti John Putrajaya & Bekalan/erkhidmatan) yang sudah 10 tahun berbisnes.
Pun begitu, Fella Rosse yang ditubuhkan pada tahun 2015 lebih banyak tertumpu pada perniagaan apparel (pakaian) secara online dan hanya selepas dua tahun lahirnya pewangi 'Inspired Perfume - Elizad Sharifuddin X Fella Rosse."
Ketika di majis pelancaran, Kak Fas tertanya-tanya juga apa kah sebenarnya nama Fella Rosse ini yang bunyinya agak unik dan ada aura antarabangsa? Cantik nama itu, sesuai sebagai jenama pewangi.
Namun dalam pertemuan ringkas dengan pengasasnya, Puan Eija Rosli, Kak Fas tidak berkesempatan untuk mengajukan pertanyaan memandangkan beliau sebuk ketika itu. Jadi persoalan itu dipendam seketika.
Hanya selepas sehari, apabila Kak Fas rasa Eija tidak sebuk lagi barulah Kak Fas menghantar wats app lapan soalan kepadanya berhubung produk terbaharunya itu.
Dan hanya selepas sehari juga baharu Kak Fas terima jawapan daripada Eija. Terima kasih Eija kerana sudi melayan pertanyaan Kak Fas melalui wats app sahaja. Kak Fas pun faham sebagai seorang usahawan yang baharu sahaja melancarkan produk terbaharu sudah tentu tiada waktu terluang untuk rehat sekali pun.
Setelah pi mai pi mai berwats app, baharulah Kak Fas dapat jawapan berhubung nama Fella Rosse yang Kak Fas tertanya-tanya tadi.
Menurut Eija, nama berkenaan dicipta hasil gabungan nama penuhnya sendiri, Rosmarlina Yatianiza dan anak perempuannya, Uzafeeya Rafella manakala pemilihan Siti Elizad sebagai duta selama setahun ditawarkan kepada pelakon itu atas komitmen dan persahabatan yang sudah lama terjalin.
Ya… itu telah diakui oleh Ejad kala berucap santai di majis pelancaran, “kami dah rapat macam adik beradik”.
Dalam pada itu Elizad memberitahu, kesukaannya terhadap minyak wangi melonjakkan lagi kemahuannya untuk menerima tawaran sebagai duta apatah lagi menjadi pencetus dan semangat untuk khalayak khususnya kaum wanita memperoleh sumber kewangan tambahan.
Ya lah, kata orang sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.. jadi dengan pegangan itu baik Elizad mahu pun Eija mahu menjadi inspirasi kepada kaum wanita berdikari dan tidak terkongkong dengan satu kerjaya sahaja.
Itu, jika mahu mendapat pendapatan lebih tetapi bagi surirumah yang tidak mempunyai sumber tetap melainkan mengharapkan pada pendapatan suami boleh menjana wang sendiri melalui perniagaan online seperti yang ditawarkan oleh Fella Rosse.
Bagaimana agaknya ya?
Kata Eija kepada Kak Fas, ‘mudah sahaja… mereka mempunyai empat pilihan: Combo A, B , C dan D.
Eh jangan rasa pelik lak sebab 'Combo' di sini bukan bermaksud pakej makanan ringan tau… bukan McD atau KFC atau apa-apa tetapi ia meliputi kategori pilihan sebagai agen.
Sekiranya memilih untuk menjadi agen melalui Combo A contohnya,khalayak dari Semenanjung perlu melabur kira-kira RM2,080 untuk 80 botol 35 ml dengan keuntungan RM2,720 waima keuntungan sama diperoleh melalui Combo B dengan pelaburan RM900 bagi 30 botol.
Nak untung lebih? Boleh memilih Combo C yang menawarkan pewangi Exclusive by Elizad Sharifuddin untuk samada Edisi Zara atau pun Edisi Gemini bagi kandungan 110ml namun pembelian pertama harus 50 botol bermodalkan RM3,250 dengan keuntungan jualan RM60 sebotol..
Kandungan sama bagi Combo D memerlukan pelaburan RM1,500 untuk pembelian pertama sebanyak 20 botol dengan keuntungan RM50 sebotol.
Pening nak mengira? itu baharu harga buat Semenanjung Malaysia.. lain pulak harga untuk agen di Sabah Sarawak, Singapore atau Brunei.
Tetapi apa pun ko orang janganlah fikir teruk sangat, nak dapatkan info lanjut boleh sahaja berhubung terus dengan pihak Fella Rosse kerana jika tiada modal pun ko orang masih boleh menjadi agen melalui platform 'Dropship' tanpa risiko kerugian atau pun simpanan stok tetapi tetap dapat untung.
Apa itu Dropship? Eloklah dapatkan informasi itu sendiri nanti bosan pulak ko orang nak baca entr Kak Fas ini.
Jadi untuk mendapatkan lebih info boleh layari laman web dan media sosial mereka seperti berikut::
Contact : 0195576887
Website : www.fellarosse.com
FB : Fella Rosse Perfume
IG : @elizadsharifuddin_fellarossehq
Apa pun apa yang Kak Fas diberitahu, buat permulaan permohonan terhad kepada 100 agen dengan pembelian 20 botol sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat...
Eija menaruh sasaran jualan 200,000 unit bagi tahun pertama pengeluaran kesemua edisi pewangi Elizad Sharifuddin di mana untuk ‘inspired’ parfum (35ml) sahaja ada lebih 40 bau-bauan yang diinspirasikan dari jenama antarabangsa.
Pada majlis tersebut, setiap tetamu diberikan setkotak pewangi setiap seorang dan Kak Fas dapat EDP 35 ml diinspirasikan dengan bauan 'Salvatore Ferragamo, Incanto Shine' .
Baunya memang klasik malah kata Eija boleh tahan sehingga 8 jam memandangkan kandungan bahan-bahannya diimpot apatah lagi diformulasikan dengan tebu yang disulingkan. Kira halal 100 % lah kerana segala pemprosesannya dilakukan di kilang di Malaysia.
Sebelum majlis berakhir, tetamu dihiburkan dengan nyanyian lagu Siti Elizad "Haiyaya", juga menampilkan artis jemputan, Ippo Hafiz menyampaikan lagu OST drama popular "Teman Lelaki Upahan". iaitu 'Rahsia".
Melihat pada keindahan dekor persekitaran majlis Kak Fas dan rakan-rakan blogger lain seperti Misz Ella, Hanny dan Faten sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang 'enter frame' juga...
Turut hadir rakan Cipot Redz yang tidak ada dalam gambar sebab Cipot terpaksa ambil foto kami bersama Puan Eija. Jadi...sila lah layan foto-foto kami ini.... jangan marah ya....ni bukan glamor tapi tugasan haha...Bagaimana pun, blogger Faten tu lebih bertuah sebab dapat sebotol lagi 'inspired perfume' by Elizad apabila memenangi cabutan bertuah....